INILAH "AKU".TEMPAT AKU MELEPAS PERASAAN SUKA-DUKA,GEMBIRA,MARAH SEDIH DAN BERBAGAI DALAM HATI DAN JIWA AKU YANG TAK DAPAT AKU TANGGUNG DALAM DIRI AKU BAGAIMANA PUN AKU TETAP HAMBA"NYA"YANG TIDAK DAPAT LARI DARI MEBUAT DOSA. AMPUNILAH AKU "YA TUHAN KU
Tuesday, August 31, 2010
MEDEKA ..... MEDEKA 53
Wednesday, August 25, 2010
sedih buka puasa hari ni.......
Alia pun macam aku gak bila minum air dah tak lalu makan.karemel pun aku "suap juga tapi tak habis pun sepotong hasidah x makan langsung.rumah aku sunyi dah 5 hari abah x balik lagi so kami 3 beranak aje. sembahyang tarawih pun tak pergi hb tak ada.petang sebelum buka puasa aku dah kunci pintu pagar pintu dan sebagai sapa yg x mai rumah aku ? sat ni tetamu tak di undang pulak masuk .alhamdulilah .....syafiq makan spegetti yg aku buat semalam dan hari ni masih ada lagi syfiq habiskan spegetti semalam.nasi pun baru aku masak tak sat........ untuk sahur .
Sebenarnya aku dah tak tau nak masak apa sekarang ni ,pusing -pusing benda yg sama,resepi yg sama kalau yg tu selang sehari dah 2,3 kali buat anak-anak jemu tak lalu makan .aku dah pening fikiq nak masak apa? hari- hari tanya depa? tengok resepi dlm internet pun dah tak selera nak makan.kat pasar ramadan pun tengok lauk pauk yg jual pun tak selera.tambahan mahai pulak tu......... ikan bakar paling murah pun 3. 00 so tambah la ikan besar mau belas ringgit.nak makan tak tau lagi............
Mama dah rasa sunyi abah dah x ada lama nak balik malam esok...... rasa abah tinggal kami lama kali ni..........
Tuesday, August 24, 2010
Kisah kat Pasar Ramadan
lepas aku kata nak pi pasar ramadan .hari tu memang pi gak dah apa pun tak masak. so hb aku dah cakap jgn beli benda yg membazir .tapi.............. kan dia yg beli macam 2 aku takat beli makanan anak-anak n air buah aje...............
memula pi tu rasa mcm "perakk" pulak tak ....tau nak tuju tang mana nak cari org yg dok biasa dok juai ......... kut dalam pekan kangaq ni....... ada yg peniaga mee segera setahun sekali bulan puasa baru nak berniaga. dok tengok satu tempat satu tempat. so hari pertama pi membazir la jugak aku . tanya alia nak makan apa? alia nak murtabak,obolong n sikit kuih......... tapi kan bawa balik apa pun tak makan..... makan nasi aje. dengan daging yg aku masak skit untuk sahur. so apiq tak la gaduh sangat dia cakap nak makan black papper so aku cari kawan yg dok biasa jual tiap kali ramadan xada .pi cari tempat orang lain la pulak ....... aku beli 3 hinggit sikit sangat daging .mesti apiq tak kenyang.so beli lagi 3 ringgit.aku beli air buah aje......
hb aku punya angkut segala bagai kari itik la ...... kerabu kaki ayam la...... sayur la...... dia makan aku tak kisah kuih berjenis -jenis.(tapi tak makan)
hari ke 2 kat" param" pun hb aku membazir gak. dah dia tahu kami ni tak makan mee kari dia hentam beli mee kali 2 bungkus.aku memang tak lalu .so bila aku tak makan dia yg beli pun tumpang x makan.kebetulan mak aku tidur kat sini .mak aku pun makan utk sahur w/pun mak aku tak lalu. lepas aje sahur nak solat subuh terus mak aku muntah w/pun panas balik kuahnya.memang membazir 7 hinggit.
Dan hari ahad lalu hb x ada ,dia ada meeting kat melaka......... so pagi tu dia gerak awai la juga ,nak jumpa nak busuk dia (anis) so dia nak berbuka dengan anis hari tu ...... sampai aje kat subang, amik anis bawak anis di KLCC, anis nak beli buku dan barang makanan dia nak buka puasa tentu la sushi ......so balik bangi bawak anis tidur dengan dia. syox anis tak terkira abah mai buka puasa dengan dia...........abah dia cari makan buka puasa kat "param pkns bangi aje.......
sahur pun beli sekali kut......
Lepas subuh hantar anis balik subang Isnin anis ada class. kami kat sini lagi la suka.......... sbb aku tak byk kerja yg nak buat n dapur aku tak la kecah bila malam.hb suka makan lepas balik tarawih habis dapur dia kecah......
so aku pi Param pun beli yg teringin yg penting makanan yg tak membazir .dah 2 mlm tidur 3 beranak aje...... tunggu sampai khamis ni baru hb balik n anis pun balik sekali dgn abah dia cuti merdeka.
Aku ingat baru nak masak balik bila anis balik nanti .
Thursday, August 19, 2010
Hari ni confirm pi PARAM
Monday, August 16, 2010
Nak Masak Apa ?????
Alhamdulilah dah 6 hari kita berpuasa. cepat sungguh masa berjalan dan selama 5 hari dari semalam ,aku tak jengah lagi PARAM (pasar Ramadan) .baiknya aku kali ni. tak beli lauk kedai,tak beli lagi apa-apa bila petang ,cik dok masak la ni........tak tau lama mana rajin..... tapi hari ni dok berkira dah nak makan apa petang ni.......
Sbbnya depa dah buat kelaku depa makan sikit- sikit je.... semalam aku masak daging masak merah ala thai n tomyam ayam nak habis ayam kpg hb so buat la tak la banyak ...... tapi makan dah mula ciput. baik hb n alia. alia makam sushi semalam aku pi a/setar lagi amik tiket flight anis nak balik raya mujur ada firefly tinggal 3 seat je lagi.terus gerak pi tesco beli brg skit so alia beli sushi. tu yg tak makan malam tu buka puasa dengan sushi je.....
memola tu aku mola tak nak masak dah balik letih sangat....... pi dah dekat pukul 1 so pi tesco gedebuk- gedebak dah hampir pukul 3 perderas balik lagi kelam -kabut sembahyang zohor lagi hb tak berhenti kat mana-mana dia kata sempat sembahyang kat rumah....so aku memang tak larat. hb pujuk suh masak sikit ,dia tak nak beli . mau tak mau aku masak la jugak ,aku dah keluar semua ikan sayar dari p.ais tu yg masak tu mau tidak keras -kedekong tak mau aku masak .
bab masak ni aku dah tak tau nak masak apa dah........ hari tu buat goreng udang tak jalan. buat sotong masak kari ala mamak pun tak jalan aku seorang yg habiskan pastu buat bihun singapore pun tak jalan makan pun tak habis nak kata buat byk tak jugak. aku nak bagi kat jiran takut mereka tak kenyang.ni mula nak membazir dah...... tak habis......
Pening kepala dok pikiq ni.......... nak buat apa nak masak apa....... ??????
Pasai apa la ni hari ke 4,5 orang dah tak ramai pi sembahyang Tarawih ha.........??? pakat letih kut ........hari 1,2 sampai tak jelus masjid pastu dah tak dak tinggal 7,8 saf perempuan .......@ hari hari minggu pakat balik kampong sat...... @ pakat sembahyang kat Masjid area rumah depa? Allahhualam........
Thursday, August 12, 2010
Alhamdulilah lepas sehari Puasa
Tengok orkid yg mana ada aje .......... dulu rajin gak gunting ranting -ranting kering now dah tak sempat dah..........
Bercerita berbuka semalam ....... aku masak tomyam ,sweetsour ikan bawal n goreng ayam kampong je............. tapi kan ayam kampong tak sempat aku nak tutup kuali dan merecik meletop kena lengan aku ...... awal posa dah buat kelaku ni yg dok mola terbantut nak masak ni.
ayam kampong tu hb yg beli .kononnya dia tak mau makan apa! tak mau beli apa! tapi hb aku jugak pantang nampak gatai tangan nak beli, mulut cakap lain tapi tangan dok huluq nak beli macam -macam. semalam pi parking kat market nampak ayam kampong dan-dan menonong masuk gerai ayam.aku dah mola membebel bila dia masuk beli ayam tu...... tapi piqik balik dia teringin biar pi lah.......... bahananya aku bila basuh dah satu bab kecut tangan-tangan.bila mengoreng meletup lak.........w/pun bubuh asam keping dalam minyak.
Tapi beselera betui depa buka posa semalam. alhamdulilah syukur.walaupun masak simple saja. apiq pun tak banyak kerenah....... mau makan nasi tak payah di suruh- suruh.sbb ada ikan.
hari ni nak masak apa tak tau lagi? pukul 11.30 sat gi gerai kat depan rumah aku tu buka boleh la serbu ......... kedai budak tu(aku panggil budak tu adik- kakak)juai serba -serbi ikan sayur,daging ,ayam tak yah pi tempat lain semua ada ,tapi kena pi cari awal dlm pukul 11.30 dia angkat brg .kena tunggu baru dapat fresh .sat gi pukul 12- 1 orng opis balik mola depa serbu kat gerai tu nanti apa pun tak dak dah pukul 2.
Subuh tadi apiq buat hal tumpah air milo atas katil habis cadar,selimut sarung bantal n tilam .kawan tengah mamai makan sahur ,sudah makan pi tidur balik bawak air milo dlm bilik letak atas katil apa lagi........... tergolek mug tu......... tak sempat aku nak suap nasik apiq dah menjerit........ "mama milo tumpah atas katil.............. dia boleh tidur kat tepi katil buat dhek......... geram pun ada tapi mandangkan apiq ngantuk sangat aku buang cadar ,semua n selimut masuk mesin aku mesin la tu gak............
Alhamdulilah.......... panas mula dah masuk dalam rumah ,pagi tadi masa sahur hujan lebat dengan kilat sabung -menyabung.ni panas dah keluar nak jemur tilam pun tak gaduh dah..........sat gi tilam tu kering yek. tak yah tarik jemur kat luar.........
Wednesday, August 11, 2010
Permulaan Puasa
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadan Al Mubarak
Persiapan apa makan malam ni ?aku tak tahu lagi tapi aku dah keluarkan daging,ayam n ikan untuk di masak.malam tadi aku dah buat agar-agar .buat agar2 biasa aje yg merah bodo tu......... buat puding pun bukan hb n anak -anak aku makan.
Hari ni aku tak la buat kerja sangat. syukur juga bibik sebelah rumah aku tu mau mai rumah aku tiap petang untuk serika kain .masa tak dak orang ni dia tawar diri nak buat kerja rumah aku secara part -time.so majikan dia bagi. aku pun minta kat majikan dia .so setuju dia pun mai la kerja rumah aku 1,2 kerja petang -petang .bab kain baju ni tak la aku hantar dobi untuk serika .lega satu bab.
Semalam aku pi padang Besar huh........ lega pi dari pukul 10.00 sampai pukul 2.00 baru balik yang pasti aku beli banyak benda..... termasuk la baju ...... memola kata tak mau beli pastu tengok cantik beli la gak so baju ayong pun beli jugak sehelai......... kat ct padang duduk kat 2 jam dok belek nak beli satu-satu barangan dapur dan segela bagai sabun,pinggan mangkuk sampai aku beli rice cooker kecik yg nak bagi kat anis disana .jenama sharp haga 55 henggit..... mahai ka...... @ murah?? tapi rasanya di sini tak dapat. tu dok intai yg besar sikit rice cooker tak sampai 100 pun.mak aku pun angkut 2 periuk besar bagi kat adik aku, kebetulan dik aku balik tengok periuk tu dia kata" besarnya periuk macam nak masak nak juai kat pasar ramadan pulak.......bayangkan ......... mak bila pi rumah adik nak buat yg jenis berkuah kat rumah adik ada periuk kecik aje so bila nak buat jamuan payah la sampai 2.3 bekas .
Sat lagi aku nak pi Airport sat nak ambik tiket firefly kat anis dia nak balik sat 26 hb ni rindu kat kangaq katanya rindu kat pasar ramadan kat kangar n rindu kat adik-adik dia ,nak buka puasa kat rumah sat. kebetulan cuti.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL- MUBARAK .RAMADAN DATANG LAGI.... DENGAN KESEMPATAN INI SAYA MINTA MAAF JIKA TERKASAR BAHASA DAN KESILAPAN DALAM MENULIS N3 SAYA YG TAK SEBERAPA INI.LUAHAN KU TETAP DISINI. MOGA KITA MEMPEROLEHI GANJARAAN "ALLAH DI BULAN
YG MULIA"
ASSALAMMUALAIKUM......
Monday, August 9, 2010
Girly Comments & Graphics
selamat pi kerja ,orang yang tak kerja kat opis ,kena jugak kerja tapi........ kerja rumah........
Nak pi padang besar sat.
Sian anak mama ayong puasa seorang kat sana, mau tidak kat Unimap dah cabut balik rumah sat buka puasa. ni jauh la sayang..........maybe mama akan gagah jugak pi kat ayong........ kena paksa abah gak pi....... abah paham aje la, sayang nak tinggal tarawih.........
Hu...... pagi ni hujan lebat......... syox sejuk........ tak pa sat gi jemur kain gak .......pagi ni kita cadang dengan mak nak pi padang besar masuk dalam pakai boder pass. so aku pun nak la pi lama tak pi. biasa la orang sebelah utara ni kalau nak puasa aje mesti nak pi siam nak beli beras pulut,pulut hitam segala bagai kat sana.............
aku pun cadang nak beli barang cuci dlm rumah ..... segala bagai banyak dah habis.... yg syox nak cuci mata sama nak perabih duit sama...... tapi bukan membazir untuk keperluan rumah.
boleh la singgah makan nasi kerabu kat gerai tu kalau dia buka kat CT padang tu.
Pagi tadi dah cakap dah kat hb nak pi siam dengan mak so nampak gaya dia nak ikut ....tapi aku tak bagi ada lelaki susah lagi pun dia dalam office sat gi bila orang call dan=dan nak balik.... tak mo aku macam tu tak bebas.........pi dengan mak best kami sekepala boleh jalan pelan -pelan ,pastu tengok-tengok tawar- menawar .dalam kepala hotak ni banyak yg nak beli kat siam ... lagi pun hari tu pi hadyai dengan hb duit siam tak habis lagi ......
ok la chow nak mandi n jemur kain janji dgn mak <> pukul 9.30. lagi pun hari ni apiq ada krusus kat library kangar balik pukul 5.00 yes...... mama apiq nak mak tok melambong sakan kat siam tu...........
Friday, August 6, 2010
My Hb ling....ling......
Thursday, August 5, 2010
Dah try buat.......Cupcake
hasil dari tangan yg tak pandai deko.nanti raya nak buat pulak....... tunggu fiza balik......
Wednesday, August 4, 2010
Kenapa Jiwa aku tak Tenang??????
Aku tak tau nak cerita pada siapa perasaan aku ni pada orang luar,kawan ,mak n ayah ,adik -adik....... cuma yg tau cerita ni aku dan laki aku n anak -anak aku tu pun depa tak tau cara menyeluruh.......... org sapa pun tak akan paham........ aku malu utk bercerita kebodohan laki aku telah lakukan ....... sbb dia dgn saudara dia....... mungkin laki aku kurang sakit hati berbanding aku........ tapi ............ aku bagai nak pekik ...... nak maki hamum........ rasa macam tak leh sabar.......... aku tak sanggup nak lakukan benda kurafat...... jumpa bomoh bagai...... tapi aku sakit hati sangat....... aku dah bertaubat...... aku dah pi haji aku tak nak buat benda tu..........
Apa yang aku boleh kata Allah duga aku........Allah duga aku.......... selalu nya orang yg terinanya Allah nak uji hati dan iman nya .subahanallah.........
Monday, August 2, 2010
basic cupcake
K erja dah beres dah.kerja rumah la........ dah 3 hari tak menyapu n mop pepagi hari lagi kerja tu aku pegang dulu......rasa mola tu nak la malas -malas lepas anak -anak pi sekolah sbb hujan turun wah........ sejuk...... dingin...... kalau tidox mesti la best gila.............. tapi kan ...... tapi kan...... kita tak sampai hati nak tidur ..... kita rasa lantai rumah kita melekit..........
syurahomemade yang tukang mengajar..........
Anak dara ni dah dok jual dah........ kut perlis ni.........
pebagai warna
tengah mendeco
hasilnya.........