Wednesday, March 10, 2010

Ayah pulak masuk wad




Aku dah jadi malas nak taip n3 ,aku rasa macam tak sempat nak buka l/top langsung.rasa byk sangat kerja yg kena buat.
Hari khamis lepas mak dah keluar wad ,petang sangat baru semua benda-benda selesai discrach .esok tu pi lagi pagi ambil ubat , amik baki deposit .dan ambil balik kad rawatan mak. mak aku stay dok macam tu jugak masih tak dengar tak dak apa perubahan pun dah seminggu kat hospital.nak sakit hati aku bila buat tak dak apa perubahan ............. bubuh ubat pun telinga masih berair tak kering,pi buat utrasound lagi bertambah tak dengar langsung.............mak aku dok hospital semata-mata berehat......... apa satu pun tak menjadi..........
Lepas mak balik wad ,ayah pulak masuk wad malam ahad hari tu........ sekarang masih lagi di wad, aku ni dah jadi kelam kabut..... seorang demi seorang orang tua aku masuk wad ,penyakit biasa la ayah aku tu....... penat,batuk dan demam ayah aku penat(asma) penyakit tetap ayah aku . ayah aku tu kalau teruk sangat memang kena masuk wad...... tapi yg aku geram org hantar ayah aku wad 3 . sedangkan ayah aku pesara guru layak duduk kelas 1@ 2 . @ mungkin penuh...ayah aku buat tak kisah aje..... dah la ramai org wad tu tak selesa lagi terutama nak solat sempit sangat..........aku selalu sound ayah aku mintak duduk first class @2 ni bila dia rasa sangat tak selesa dia minta sendiri kat nurse cari bed di first class.

Aku datang semalam jengok ayah dah nampak perubahan dah sihat dah........ ayah aku ni suka makan ,makan tak pantang langsung ,asal teringin nak apa .... dia minta kat aku aku belikan....selagi mana aku pun nak tolong orang tua aku ........ selagi aku mampu buat..... lagipun aku seorang ada disini.abang dan adik- adik aku semua dok KL.sapa nak tengok depa.........
Aku selau berdoa Allah beri kekuatan dan keimanan pada aku untuk aku jaga orang tua aku selagi mereka hidup.aku akan jaga sebaik mungkin selagi aku daya......... aku pun bukan kuat sangat kekadang aku tumbang gak............

Mungkin ayah dah pindah wad sat gi aku nak pi hantar makanan baru tau dok kat mana? kekadang orkid aku pun dah tak terbela dengan musim panas yg panjang ni...... nak kena siram selalu yg tu hb aku yg ambik tugas dia pun sayang kat orkid tu yg dia siram lepas balik opis. aku pun dah cakap tak nak beli orkid lagi aku tak sempat nak jaga .tak sempat nak belek yg mana bunga yg tidak.... kekadang dah terlepas pandang bila kembang dan bila layu.........

Anak-anak aku sekarang sedang periksa penggal 1 , tengok ke angah macam ok boleh jawab macam confident aje tapi bila si syafiq tu...... buka aje pintu kereta ....... " mama susah la...... soalan pemahaman. karangan senang jugak " . aku jaga penulisan ...... tak reti pulak jawab pemahaman. pening kepala aku yg jantan seorang ni........ tapi aku nampak dia pun berusaha nak bagi dapat A takut jagak dapat nombor tercorot.
Anak .......... anak ,"mama tak tau nak buat macamana lagi..............










Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails