Thursday, December 31, 2009

DOA AWAL TAHUN & DOA AKHIR TAHUN

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

See Full Size Comment

BYE 2009 WELCOME 2010

Happy New Year 2010 Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook
Comments and Graphics - New Year Layouts - Photobucket

Wednesday, December 30, 2009

AZAM BARU

Pejam jelek-pejam jelek dah nak masuk tahun baru bulan Islam dah masuk. tapi kita kira bulan orang putih pasai budak-budak dah nak masuk sekolah pulak.lusa dah tahun baru apiq naik darjah 5, Alia PMR ting.3 sat masa berlalu. anak anak dah besar panjang.mak dan pak depa dah pelan berumur dah. uban dok pelan banyak.usia pun mula berganjak.

Tiap -tiap tahun dok buat azam lagi tak mati kalu mati azam bawak sampai ke mati.stop sampai tang tu aje tak sambung lagi............

Aku pun ada juga azam yg dok buat tiap -tiap tahun dan dok doa tiap tiap hari moga anak -anak aku berjaya di dunia dan akhirat.

Nak perbaiki ibadah aku mana yg terkurang ditambahkan.... banya-k- banyak buat solat sunat,hajat dan puasa sunat moga Allah bagi ganjaran di akhirat dapat menghapus sedikit sebanyak Dosa-dosa pada Allah yg tak terhitung ni.

Nak kurang buat kerja tak tahuan hala shopping yg membazir, tapi tak janji........ sangat.......

Yang penting aku nak tengok pelajaran anak -anak aku ,aku mau anak-anak aku berjaya ,aku mau anak aku cemerlang dalam pelajaran tak lupa tentang solat mereka.

Moga kasih sayang kami sekeluarga dipanjangkan ............

Monday, December 28, 2009

orkid cameron highland

Kelmarin aku baru balik bangi,aku pi pulak raya krismas hari tu,la ni aku demam,selsema,dan batuk lama juga aku tak demam dan batuk ,buat kerja teruk sikit mula la penyakit dok mai.......
memandangkan masa balik pi china hari tu aku basuh baju banyak semua baju sejuk dan baju yg bawak pi china yg sidai dalam rumah so pi kali ni pi kutip kain dan simpan baju baju tu dalam almari dan kemas rumAH sana yg berabuk tu........ lega la sikit tak teringat dah bab baju baju tu sama tu pi la cuci-cuci mata kat KLCC dan Pavilion .lagi satu aku ni nak pi beli cleanser,toner aku dah nak habis kat perlis kedah butik clARINS tak dak nak kena pi penang@KL so bila dah pi beli siap -siap bukan senang nak ajak hb aku tu .....mau mood dia baik.......... satu shopping mall dia nak beli tapi kalau sebaliknya...........tobat........

dalam pada tu kami pi ber2 saja...... anak dah tak mau ikut........
so masa nak balik aku ajak hb aku pi cameron highland lama sangat aku tak pi seingat aku pi masa aku umur 18 tahun pi rombongan cikgu cikgu sekolah ayah aku mengajar so dia boh nama aku. aku pun pi la sama cikgu-cik gu masa tu.........dah hampir 20 tahun ni pi jejak kaki balik kat situ......jalan macam tu juga sempit kona -sana,kona sini pening kepala aku......
bila dah naik tu aku jumpa la gerai gerai kecil org asli jual petai.durian,madu yg paling utama aku jumpa ORKID UTAN........ yeh......yeh......... syok nya walaupun demam dan batuk tercelek luas mata aku bila tengok org asli jual orkid utan tengah jalan................harga sangat la murah.....



so apa lagi layan la orkid saya yg beli kat orag Asli dan di nurseri orkid kat cameron Highland



beli kat genting hari tu.........


ni beli kat genting gak..........




orkid depan rumah..........


ni pun kat rumah yg dok berbunga


beli kat org asli





beli kat org Asli kat lata Iskandar







beli kat nurseri orkid kat cameron ,ya Allah orkid kat nurseri tu cantik cantik sangat sampai aku terlompat lompat tapi aku tak bawak camera payah nak tangkap tapi hg dia ha......... boleh tahan mahai...... aku kalau orkid 50 aku kira mahai la....... aku tak berani beli......... tapi hb aku yg tersayang keluar duit aku rembat la 3 pokok free sepokok aku jet cina tu.....













ni free








ni lagi kat nurseri








seminggu dua ni keluar bunga hb pilih










see....... dah ada bunga beli kat org asli..............










ada lagi kulit pokok org asli tu siat pada kulit pokok













ni lagi.............













orkid yang beli tengah jalan masa nak naik ke cameron highlang kat orang asli hai gila betui semua orkid utan tu...... yg aku berkenan tak sempat nak berhenti byk gerai. tau saja la kan hb aku ni kalau jalan yg payah nak berhenti @sempit bukan mau berenti dia berhenti pun gerai org asli yg tak dak org .org jantan ni payah sikit ....... lagi pun semalam kereta byk sangat mana org nak turun balik dah lepas balik cuti krismas.



rasa puas berjalan bulan 12 ni rata pi genting,singapore,beijing,shanghai dan last sekali cameron tahun depan nampak gaya aktiviti berjalan kurang pasai kami laki bini nak push alia nak ambik PMR 2010 .nak bagi alia dapat 8 A Insyallah.............. alhamdulilah sekolah alia salah satu sekolah harian terbaik di Malaysia.pelajar dapat 8 A seramai 102 orang........ syukur sangat mungkin tahun Alia dapat lagi sekolah Harian terbaik di Malaysia







































Thursday, December 24, 2009

SHANGHAI - CHINA 11

layan la malas dah nak tulis tulis......










Atas criuse tingkat 2 tertutup tak la sejuk sangat atas sekali terbuka sejuk la angin.......

naik criuse pada waktu malam background tower kat belakang














Tower kat shanghai semua pakat mai ,pelancong mai nak tengok secara dekat





nak snap gambar pun terketar- ketar nak buka sarung tangan.view yg sangat cantik



masa kat sini sejuk sangat dengan angin kuat -2 c suhu buat aku nak terkencing terketar -ketar
memang tak tahan sangat.aku belah cepat selepas tangkap pic 7,8 kpg.

Wednesday, December 23, 2009

catatan perjalanan 1 china


aku dah seminggu balik dari china balik dari melancong aku pi dengan hb aku. tapi kali ni aku pi berdua aje...... anak- anak tak bawak konon nak honeymoon yg tak dak honey lagi.........dah tua dah apa yg seronok sangat tapi rasa enjoy tu tetap ada.........terutama bab shopping menyopping ni .tapi bila pi dengan travel agensi ni paham paham aje la jadual lawatan tempat kilang kilang di bawah kerajaan china ni wajib pi jengok.menyapah pun tetap kena pi juga walaupun kita tak nak beli......kilang jade,pearl,teh,urutkaki kedai ubat kilang sutera dll ,tembok besar semua nak kena pi itu wajib.
sebenarnya aku dah pi dah china pada 2006 bawak anak -anak so tahun ni depa buat pi 3 tempat bejing ,shuzho dan shanghai tu yg aku pi pulak tu .dulu aku pi beijing saja. masa sebelum sukan olympics dan stadium sarang burung pun dah siap sangat cantik.

nanti la aku cerita lain org mai rumah pulak........ chow dulu........sorry nanti saya sambung...........



















tak larat la nak load pic banyak- banyak saya tangkap lebih 300 kpg semuanya.......








BISMILLAH

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua a wan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

ALHAMDULILAH.................


sama-sama kita menjadi keredaan "NYA'

Thursday, December 10, 2009

B l u Rr r rR.........

Rasa tak sedap badan pulak aku ni ,rasa macam nak demam pun ada sakit kepala semalam pun dok sakit gak asyik dok tonyoh minyak cap kapak aje....kat dahi ni. dengan tak lalu makan dari petang semalam.beli bihun sup kat pasar malam pun tak habis semalam. pagi tadi aku hanya makan telur separuh masak aje.

Letih buat kerja apa la sangat,cuma sekarang ni asyik hantar alia aje pi tusyen ,tu pun cikgu tu bagi jadual tusyen tah apa -apa kejap dtg 10.30 ,kejap pukul 10.00 hari ni pulak suruh datang pukul 9 pastu habis subjek mate.pukul 1 sambung subjek sains aku pi hantar pukul 1 elok sampai rumah tak sempat nak duduk, alia call kata kelas sains cancel.tak ke geram aku.........cik gu tu tak tahwan sungguh.ni kerna nak cari ilmu kalu tidak aku dah angin satu badan dah......atur jadual kalang- pukang.

Perut aku sehari 2 ni rasa tak selesa aje mungkin aku payah nak "membuang" buat perut aku rasa sebu....... angin terlampau banyak.......bila makan ubat nak henti henti pulak....... sampai aku jadi lembik ulang alik ke toilet.,lagi tak habis apa yg ada dalam usus ni selagi tu la sakit nak keluar......ni la dugaan penyakit aku.......

Monday, December 7, 2009

Singapore.....

kalut.......kalut..apa yg buat aku tak memblogging sehari 2 ni aku pun tak tau sampai nak buka n/book pun tak sempat....... yg pasti aku dah mula hantar alia tusyen dan dok, pon cik gu tusyen tu minta jadual.apiq dia tak mau pi tusyen lagi nak rehat katanya
.


Hari jumaat lepas ,muzhar ,muniff ,fiza n miffzal balik ,bawak balik kereta aku ,dan balik mai makan kenduri kawan satu ofis depa kawin,aku tetap dengan hal aku juga dok cari duit nak bawak bekal duit nak pi china minggu depan tu yg dok pusing cari duit lebih tu....... ada la org bagi kerja ciput -ciput.

pic yg aku pi singapore hari tu pun tak masuk lagi ,sebenarnya aku pi singapore raya ke 3 hari raya haji tak la seronok manapun cuma dah janji dengan anak-anak bawak la ....juga tapi anak -anak aku tak enjoy pun pi sana tidur cuma semalam saja nak beli apa pun kena pikiq 2,3 kali mahai satu hal aku convet dgn duit rm pun sesuatu benda tu masih mahal lagi .aku nak beli yg branded sikit pun tak berani.so hanya pi cuci mata,ronda shopping mall ,Ion,lucky plaza esok hb aku ajak blah.........







Yang aku beli pun baju yg tulis singapore kat anak-anak aku dan anak buah. aku souviner fridge magnet tu yg aku wajib beli tiap kali aku pi o/seas satu lagi plate souviner . so layan pic-pic yg aku pi singapore ..............

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails