Thursday, November 4, 2010

Banjir di Perlis 1 Nov 2010

Lepas aku balik KL hari ahad hari tu ,hujan tak henti -henti perlis dilanda banjir(bah) bah besar di perlis .so hari isnin hari tu hujan tak henti -henti air dah mula naik tapi sebelah arau dulu. pastu turun mai belah kangaq pula .pada malam tu air dah mula naik. so rumah aku pun tinggal 2 inci lagi nak masuk dalam rumah. tambah di taman kat perumahan rumah aku ada yg naik sampai paras pinggang,ada yg kat buku lali ada yg tak tak kena langsung tu kira tanah tinggi sikit. mujur la rumah aku ni dok main kut luar n porch .depa kata tahun ni teruk lagi teruk lagi pada tahun 2005.

Minta maaf gambar -gambar bah yg aku tangkap x dpt masuk sbb alia bawak camera jatuh tengelam air la pulak . sayang la gambar tak dapat nak bubuh dlm blog ni........x tau samada camera rosak terus ke apa ke ? nak pi repair pun pekan lagi jalan semua di tutup pakat yg keluar pun dgn lori,basikal,jalan kaki, ada yg naik bagheo,trakor....... depa pakat kutip duit sapa nak naik main air.....dari hari selasa memang darurat .semua sekolah n pejabat di tutup. sampai hari ni. tambahan pulak TMB tutup letrik.sehari semalam kami duduk dalam bergelap ,air pulak sangat sikit nak mandi pun x ada air memang seksa...... aku cuma simpan sedikit saja stok makanan. mujur hb aku kayuh basikal randuk air pi cari makan ,ada kedai makan yg x kena air buka..... alhamdulilah x la kebulur..........

Bila semalam air dah mula surut aku ni mula la kemas balik rumah .aku ni kan tak boleh rumah semak -semak rumah kotor, mula la yg hb aku tarik sofa n carpet perabut ketengah rumah kut air masuk .semalam hb n alia pi lagi randuk air .yg aku ni mula na tak senang duduk kemas rumah balik seorg diri ,semua tarik sendiri. sofa yg berat pun aku angkat ,meja berat pun aku tanggung. tetiba pinggang aku berbunyi........ aku terduduk merangkak ...... aku punya la kerau(nangis) punya la sakit . aku sakit pinggang mcm nak patah .dgn tu juga aku berhenti buat kerja.........dlm nangis aku gagah gak merangkak buat kerja yg tak habis.

Hari ni aku sakit seluruh badan sakit .sakit kepala mcm nak pecah. dlm celah tu panadol yg aku dok telan pun habis , kedai runcit pun x buka . tak tahan sangat aku nak pi rumah mak pun x boleh air masih banyak lagi kut jln. aku telepon jiran aku nurse pun keluar pi kerja van mai amik dia. last aku telepon jiran sebelah lagi minta panadol mujur ada dia bagi. masa tu jugak aku telan 2 biji dgn ubat tahan sakit. lega sikit........ mcm mana aku nak pi hospital.

kalau camera aku ok aku akan masuk gambar-gambar banjir 2010 di perlis ni.bukan senang nak dpt macam tu kan........

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails