Monday, June 30, 2008

SYUKUR PADA MU 'YA ALLAH"

Syukur pada mu YA ALLAH" aku panjat penuh kesyukuran pada MU yang memberi aku bernafas lagi
walaupun aku insan hina banyak berdosa pada MU tapi doa aku di penuhi jua.Hari ini aku telah pergi ke KMC Kedah untuk buat ujian Memogram bagi mencegah kanser payudara tapi alhamdulilah,
ternyata aku bebas dari kanser tersebut .telah acapkali aku bertagak untuk buat pemeriksaan tapi aku takut akan keputusannya.tapi hari ini aku gagahi jua kerana aku kadang kala sakit pada tempat tersebut, mungkin urat,yang menyebabkan aku sakit.aku drive pulang kerumah dengan hati yang lapang kerunsingan selama ini telah padam.kalaupun aku sakit tempat tersebut aku tak ragu-ragu kerana keputusan telah aku dapat dan aku perlui ulangi setahun sekali.biarpun di KMC agak mahal tapi aku puas daripada aku pergi di hospital kerajaan.yang free entah bila nak tunggu giliran aku.lagi tak sampai tahap4 baru nak scan.itu lah hospital kerajaan sekarang.
"YA ALLAH,sihatkahlah badan ku,YA ALLAH, sihatkan lah pedengaran ku,YA ALLAH,sihatlah penglihatan ku tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Engkau,YA ALLAH,sesungguhnya aku berlindung dari ENgkau dari kekufuran,kefakiran dan siksa kubur.Tiada Tuhan yang patut ku sembah selain Engkau.YA ALLAH ampunilah dosa -dosa ku...syukur akan nikmat yang ENgkau berikan pada aku sekeluarga.Syukur.....Syukur......Syukur....

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails