Tuesday, June 30, 2009

Salam

Dalam seminggu dua ni aku segan sungguh nak buat kerja apa,pejam celik ,pejam celik hari berganti hati bulan nak pelan bertambah nak dekat nak puasa,Rejab dah pun menjelma, lagi pun aku tak jalan mana, cuma pagi aku beres kerja aku bayar bil-bil aku n aku beli apa yg patut benda-benda dapur so balik rumah.

Tengahari ambik syafiq so dok la......rumah sampai ptg ,lagi pun lepas aku ambik keputusan periksa penggal apiq ni yg teruk sangat dlm BM aku dah azam nak tengok dia ,asyik main ,tengok tv ,game komputer sampai tak nak baca buku ,dan buat latihan aku jadi risau sangat. yg lain tu result tu boleh la..... aku memang nak tekan subjek teras bagi dapat semua A,yg tu tak apa la sangat kecuali agama n arab.Insyallah apiq boleh kot......... baru darjah 4 ada lagi dua tahun untuk UPSR so cikgu dia cakap kat aku ni mereka tak berapa faham lagi gaya tahap dua punya pelajaran tapi pasai apa anak org boleh anak aku tak berapa bulih lagi........terutama bentuk karangan aku pun tak tau apa dia karang apa dia paham dengan karangan dia anak aku dapat C karangan tak ada imaginasi langsung .tak tahu nak reka cerita ,tak tau apa apa pengajaran yg dapat pada karangan tu .nak cakap aku pun macam luah tak keluar telan tak masuk aje.....

Dua hari lepas aku pi pameran perternak n pertanian kat Perlis ni so aku pi la tinjau -tinjau apa yang ada di situ,selain produk pertanian yg berasaskan macam-macam ada jual sampai la kain baju pun depa selit tapi aku tak pi pun jalan belah kain baju,so satu gerai tu aku mesti la pi gerai orkid yg tu aku terkam dulu yg lain tu aku jalan kemudian aku pi pun dah hari second last,so anak -anak orkid yg depa tunjuk pun dah tak berapa berseri dah bekas org pilih dah yg cantik cantik orkid tu hanya pameran aje nak la snap gambar.... h/pon pulak tinggal dlm kereta .gelabah sungguh aku ...... takut org kopek kereta kebas h/pon aku sambil jln aku dok doa jangan la org ambik h/pon aku.nak belek orkid lama -lama pun dah tak berapa sedap hati .......
so aku sempat juga tanya yg jaga pameran orkid tu ambik tang mana orkid ni.... dia cakap kat cik gu choo jalan kaki bukit aku tak pernah dengar pun yg di jalan kaki bukit dalam pekan kaki bukit ada nursery orkid tentu orkid siam banyak pasai apa Jalan kaki bukit tu dah dekat dengan
wan kelian sebab nak anak orkid yg dia jual banyak orkid hutan ,satu yg aku tak beli tu mahai sangat anak dia yg kecik konet pun sampai rm 35 so kalau aku pi nursery dia mungkin tak sampai harga tu....... ni yg nak kena pi cari tang mana tak tau nak rodong tengok kat mana tempat kena tanya cina- cina kat situ ,aku ni takut juga pasai apa Pekan kaki bukit dulu sarang komunis sebelah Utara. yg dok ada sekarang ni depa tu anak cucu komunis kebanyakan nya

Aku pun dah tak pi ke padang besar lama ada H1N1 ni takut pun ada kot kot depa dok ulang alik ke siam bawak mai masuk virus tu mai sini ,lagi pun hb aku dok larang sangat jangan pi situ .......dan aku pun tak la tambah dah koleksi orkid aku yg sedia ada saja kekadang jemu yg kalau bunga tu aje asyik keluar.tak dapat jamu mata bunga baru.

Bebalik ke pameran tadi aku lalu la gerai Bernas ,syarikat yg aku cari makan dulu tengok sapa kkekawan aku yg kena jaga gerai kalau aku kerja aku pun tak terkecuali kena juai beras bernas juga.beras elok juga depa polish lain patut nampak putih aje tapi hg mahai sikit rm 16
tapi kalau kami yg staff n bekas staff cuma rm 13.80 aje.aku pun tak sembang panjang aku balik sbb tak sembayang Asar lagi.

Wednesday, June 10, 2009

Tak sedap hati

Esok aku ke Bangi lagi,menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah yang nak bukak ni .aku pi kali ni nak menghadiri kenduri kahwin anak kawan hb aku.kat Bangi juga .nanti mak aku nak tumpang balik sekali .
Aku sebenarnya tak sedap hati nak tinggal rumah Bangi hari tu .masa mak n family adik aku pi Bandung hari tu ,rumah adik aku dah di naiki pencuri sedangkan rumah adik aku dengan rumah aku boleh nampak aje hanya seberang jalan tapi ,tapi memandang adik aku duduk lama kat situ dan rumah dia perumahan lama pokok -pokok yg adik aku tanam agak lindung dari rumah aku.terkejut aku dengar bila adik muniff balik tengok rumah tu masuk penyamun memang la malam pertama dan kedua adik muniff amik cuti untuk jaga rumah tu pastu malam last adik aku balik kerja kat ShahAlam.dan malam tu jugak di naiki penyamun.tu pun masa adik muniff sedar bila dia masuk dapur untuk minum air, bumbung rumah telah pecah penyamun tu gaji siling rumah berhampiran dengan meja makan.tu yg aku dengar cerita dari mu niff semsa aku dah perjalanan pulang balik Perlis .terkejut beruk aku dengar.masa aku call muniff masa tu tengah pergi ke LCCT nak pi ambik balik mak n family adik aku balik dari Bandung.
Hilang tu tak la apa benda pun cuma komputer adik aku n cincin adik ipar aku biasa saja yg selalu letak atas meja solek yg lain -lain barang kemas n laptop dia ,dah hantar rumah adik dia. mak aku pun dah tergerak hati masa nak pergi dia pi hantar barang kemas dia kat aku n duit dia di rumah aku masa tu. sedih jugak aku dengar bila balik holiday kita nak seronok tapi benda macam ni jadi ,adik aku terus pi repot polis dengan muniff masa tu jugak.
aku pun dah tak sedap hati balik sini pasai apa? masa aku pindah rumah tu aku beli la perkakas dapur peti sejuk ,mesin basuh,tv dan sebagainya serba sikit masuk rumah keperluan asas tu memang ada semuanya benda baru. takut pulak aku pasai penyamun tu selalu naik ikut atas bumbung.perumahan aku tu baru 3,4 orang duduk kira lorong aku yg ramai sikit duduk kalau belakang kebanyakan orang tengah renovet rumah,tak dak sapa pun duduk lagi . aku pun takut jugak sebab sebelah rumah aku tu Indon tengah dok buat rumah sebelah.pagar rumah aku tu terkopak kat belakang tu pun aku dah cakap pasang balik bila siap buat kat belakang.tak tau la macam mana .kut -kut dia prihatin @ tak sbb dia boleh dok bercakap-cakap dengan bibik aku.masa aku bawak bibik aku pi sana hari tu......aku tiap-tiap hari call mak aku suruh pi tengok rumah aku dari belakang ,kunci aku tinggal kat adik muzhar satu, hari tu pun muzhar tak sempat pi tengok rumah aku sibuk dengan saudara fiza kena tembak kat cheras masa pasang billboard. mak aku nak masuk pun payah cuma intai-intai aje.
Memang tak sedap hati bila pikir -pikir dok belah KL ni apa pun Tawakal aje la...........moga ALLAH beri perlindungan.

Monday, June 8, 2009

cerita cuti sekolah

Sudah lama aku tak tulis dalam n3 ni mungkin tak ada apa nak cerita atau malas nak tulis so sepanjang cuti sekolah ni aku tak ada di rumah,di perlis aku ke rumah ke 2 di bangi.bila dah dapat cf dan aku pun teruja nak duduk kat situ nak buat sewa rasa sayang pulak so aku buat la penempatan sementara di sana, pasang lampu so aku pun cuti sekolah kami anak beranak duduk la kat bangi dalam seminggu so sekarang aku dah balik ke perlis balik mungkin cuti sekolah ada lagi aku akan pergi ke sana kembali .khamis ni lagi pun hari sabtu kawan hb aku panggil makan kenduri di sec.5 bangi dekat sangat dengan rumah aku di sana,

Tapi yang tak syoknya bila balik sini pokok orkid aku still la pasal kekadang ujan tapi kat kolam ikan aku semua ikan mati dan ikan aku kucing makan habis yg tinggal pun ikan cuci cermin aje tu pun pagi tadi kucing dah tangkap seekor geram nya aku tapi apa nak buat dah tinggal rumah .kat rumah aku ni jiran aku 2 buah rumah ada bela kucing bukan sikit satu rumah sampai berbelas ekor 2 buah rumah pun dah cukup dengan tahi kucing depan pitu pagar ,muntah kucing depan porch bawah kereta yang membuat aku hilang sabar dengan jiran -jiran aku ni. pagi tadi baru aku tahu yg kucing si Azman yg dok makan ikan aku sampai habis satu kolam.dan pagi tadi jugak atu sound dekat bini azman yang kucing dia makan ikan aku ,aku bukan nak cari gaduh tapi aku nak ingat kan jangan biar kucing dok berselerak rata ceruk mai rumah tangga orang.aku dah nekad aku nak himpun semua kucing mereka aku tangkap aku nak pi buang biar mereka cari pastu aku nak cakap kata aku buang kucing mereka.


Aku balik balik perlis hari sabtu hari tu,itu pun dapat berita kata bapa saudara HB aku meninggal. kami tergesa-gesa balik sebab kata nak simpan lepas Asar tapi tukar pada lepas Zohor pulak tak sempat tengok hanya ziarah kubur aje yg dekat rumah mak mentua aku.
yg hb aku petang jumaat tu datang balik ke bangi dengan flight.pagi pulak dah bertolak balik pulak.so aku pun dah mula-mula belajar drive area bangi. nanti tak tau jalan pulak nak cari makan aku pun dah belajar jalan sebelah sana tempat yang dekat .aku punya stail kalau aku tak drive sendiri aku tak tau jalan n tak cam kalau aku bawak baru aku paham .so hari tu aku bawak kereta sendiri ambik hb aku kat airport.rasanya dah tau jalan dah kalau nak hantar or amik hb aku kat airport.

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails