Saturday, June 28, 2008

Arwah Tok (EMBUN DAHAMAN)

Ini gambar Arwah tok aku yang meninggal pada 3.12.2006.terlantar sakit kat hospital selama 11 hari.akibat terjatuh .Tok aku yang membela anis semasa aku berkerja dahulu dan ikut aku semasa aku berkerja kat kedah, dan tinggal bersama aku.Anis cicit sulong Arwah tok aku .sangat sayang pada Anis.aku kekadang terlalu rindu padanya dan aku memang rapat dengannya.kasih sayang nya pada aku dan anis tak dapat aku luah dengan kata kata.semalam aku teringat nak ke kuburnya dengan anak anak aku tapi alia pulak balik lewat aku tak jadi pergi tapi apa pun aku sentiasa berDOA untuknya .semoga rohnya di cucuri rahmat.Al fatihah.ini gambar terakhir semasa hari raya pada 2006.walaupun tok aku telah lanjut usia .Arwah tak pernah nyanyok dan gigi masih penuh.banyak pantang larang.di sayang oleh kami 5 beradik dan cicitnya.senang menjaga, tak banyak kerenah.tak menyusah orang.kuat beribadat.sampai sekarang aku tak pernah buang atau usik pakaiannya masih dalam biliknya dalam almarinya.apabila aku rindu aku akan membelek-belek kain batiknya.pakaiannya aku cuma mengambil sepasang telekong hariannya,baju kedahnya dan sehelai kain baiknya menjadi pakaian hariannya masih lagi berbau minyak angin.

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails