Wednesday, December 10, 2008

PERGINYA SEORANG SAHABAT.


Pagi ni aku terima berita pakcik dee meninggal dunia.Inna lillaahi wa innaa ilaihi rooji' uun.nama arwah ni saidi bin kamis sebenarnya dia kawan hubby aku dan sekampung dgn hubby aku. usia dlm 65 tahun.pencen seorang guru. arwah memang baik dengan hubby aku walaupun jarak umur terlalu jauh kekadang dia tolong kami dan kami pun kekadang ada menolong arwah.


apa yang menjadi rapat dengan aku n hubby lagi semasa kami pergi Mekah tahun lepas maknanya genap setahun selepas memunaikan fardu haji pak cik Dee dah meninggal.kira dalam edah haji lagi .kira arwah tumpang kami pergi haji memandang kan kami muda dan pak dee tak dak sama nak bawak so dia tumpang kami la....aku ingat lagi masa kat airport Alor setar anak dia beria-ria suruh kami jaga ayahnya .aku jawab insyallah.mula dari ke Mekah lah aku mula rapat dan kenal pak cik dee secara dekat. masa kat sana dia tinggal satu bilik dengan hubby aku dan aku tinggal bilik sebelahan dengan bilik depa. bila pak cik dee sakit aku aku akan dengar suara dia samada batuk-batuk dan muntah ,memandangkan pakcik dee selalu batuk-batuk dan aku selalunya pancing" tak tahan aku akan bertanya dekat bilik saja atau diluar pintu samada pakcik dee ok ke? nak pi klinik ke? kalau arwah rasa teruk sangat dia akan ajak hubby aku bawak pi klinik.bila kita tanya pak dee sakit? jawapannya tidak sakit sikit saja .alhamdullilah pak dee dapat buat semua ibadah haji.walaupun kekadang kami tinggal dia tapi dia pun tak nak ikut sbb hubby aku jalan laju sangat dan cergas tak leh nak ikut dia tak larat jalan .ikut pada suka hati dia kekadang ikut kekadang tidak.begitu juga pergi masjid ,arwah tak pernah pi sekali dengan kami dia pi seorang saja lagi pun tempat kami tinggal hanya 50 m dari Masjidil Haram.


Begitu juga waktu nak balik mai Malaysia dia punya seronok nak balik terutama kami dapat balik awal memandangkan pak dee kurang sihat selama berada di sana.macam tu juga kenangan aku semasa aku ,hubby dan arwah nak makan nasi pabila kami dah tak lalu nak makan yang pakej sedia tiap-tiap hari.so aku selalu turun beli nasi turky yang harga sampai 40 riyal utk seorag = dengan rm 40.00 duit kita dia selalu mintak aku belikan sama kat dia.tapi tak bagi duit dia suruh aku belanja dia.aku selalu kata kat dia" pak cik dee nak beli mai duit nak beli sama , tapi dia selalu cakap kat aku" apa la..... hang ni tun(nama aku) nak berkira dengan aku macam bangla aje asyik mintak duit.aku kat la bukan sekali dua ni dah melampau tiap kami aku beli aku kena belanja dia......masih teriang- riang lagi di telinga aku ni"dengan lawak dia kat aku, dengan marah dia kat aku,dengan usik dia kat aku n hubby aku masih terasa .


Bila pagi tadi aku ziarah arwah pada kali terakhir, dia sudah tiada wajahnya tidak berubah dan aku melihat senyumannya yang terakhir. ALFATIHAH...................

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails