Sunday, November 2, 2008

BULAN HAJI




since la ni musim orang pi mengerjakan haji dan 2 hari lepas penerbangan pertama dah berlepas ke Madinah.apa yang buat aku teruja sangat? sebab tahun lepas aku telah mengerjakan Haji .terlalu seronok tak boleh di ungkap dengan kata-kata.pi la ceruk dunia mana pun tak sama kita mengerjakan haji. walaupun duduk sana sampai 40 hari lebih.mengibau masa aku pi ke sana setahun yang lepas tak dapat aku luah dengan kata-kata hanya syukur pada ALLAH kerana aku pergi di usia yang muda 42 tahun masa tu badan masih kuat,cergas,kita dapat mampu melakukan ibadah tanpa merasa tak larat pada usia begini.ALLAH bagi kat aku kemudahan tanpa berasa ragu-ragu walaupun kita terlalu banyak berdosa kepada NYA. ternyata ALLAH makbul juga pemintaan aku hamba yang hina di sisiNYA.memang kita berada sini sana kita terlalu kerdil tapi kemudahan tak banyak kesukaran yang ALLAH menuji aku aku rasa terlalu bersyukur sangat.


Biar pun berada di bumi Arafah,Muzaliffah dan Mina itu kemuncak Haji kemudahan dan kesenangan tetap ada.


Kalau orang tanya aku tempat mana Tanah Haram paling seronok ?aku pilih Mekah sebab Mekah ada Kaabah dalam Masjidil Haram.walaupun orang Mekah tak sebaik orang Madinah.Madinah tempat Nabi.tenang,damai nyaman dan sejuk.tabung haji bagi tempat di Madinah Hotel elok yang ada star la juga ...tapi di Mekah tempat tak berapa cantik tapi di sebabkan aku pi dengan Utas travel yg RM 1****** Hotel tak cantik ... selesa juga duduk hanya 4 orang satu bilik.yang paling penting dekat dengan Masjid itu yang buat aku seronok sangat.sekarang aku rasa hotel yang aku duduk Al-Rea'd telah di robohkan nak perbesar lagi Masjidil Haram.aku cuma berjalan kaki <> 50 meter sahaja terus ke tangga masjid Madinah Gate @ Madinah Briged.@ naik askalator ke pintu shamia.kat situ kami geng Malaysia dan Thailand n India banyak kut belah tu .tingkat 2 selalu nya Indon tak ada kut belah ni depa akan ada di depan Kaabah depan Mutazzam.tingkat satu.Bila Magrib & Insya aku akan sembayang di atas bumbung Masjidil Haram.tu pun kena awal pergi walaupun kita duduk dekat, kalau tidak jawabya nya sembayang atas jalan kalau lambat.bila dekat dekat nak Haji bila kita keluar saja Masjid,berpusu- pusu orang keluar macam semut-semut saja keluar pelahan-lahan berkemutih orang keluar aku selalu tengok kat tangga Masjid tengok orang betapa Kebesaran Tuhan.tak tau la nak cakap sampa yang dok hajat nak pi ,pi la tumpang muda dan ada rezeki kalau kita selalu minta cepat saja ALLAH hantar.


Masa pi Arafah kami pi lewat kerana bas kami ambil lewat tapi tak la terlewat sangat.walau pun dekat tapi dengan berjuta manusia dan terlalu banyak kenderaan perjalanan memakan banyak masa.so boleh tidur dalam kemah pun tidur-tidur ayam satu kemah pun hampir 150 duduk sempit cuma ada karpet nipis tapi boleh la... kita nak pi buat ibadat bukan nak senang -senang dengan bilik tak banyak bagi aku tak ada masalah.Disini aku tak ambil apa pakej apa pun,sebenarnya di Arafah dan Mina ada pakej kalau nak duduk istimewa sikit kena tambah RM 700.00 seorang kalau tak silap. tapi aku dan hubby pilih tak mau .jadi kami tak kisah keadaan apa pun.lepas kutbah Arafah,zikir,doa dan lain-lain kami keluar dari kemah untuk berDOa di sana tak dapat aku bayang kan apa kita hendak apa yang kita minta Allah akan makbulkan Doa kita ALLAH akan Mengangkatnya ya...ALLAH ............hanya engkau yang tahu apa yang ada dalam isi hati aku ni.........so lepas aku habis berdoa bila aku toleh belakang ,aku nampak dramatis Fuaziah Nawi ada belakang aku. tak tegor pun dia pun dengan cara dia dan aku dengan hal kami.masa pun dah nak habis kami pun siap-siap dan pack barang nak pi Muzaliffah nak bermabit dan kutip anak batu 70 biji di sana sebentar ..... masa tu aku dah mula batuk dengan debu yang berterbangan tengah malam ullos,aku memang tak leh nak tidur pun.tapi aku tak la terlepas bas atau terkandas di mana- mana kami selamat perjalanan so dekat nak sampai subuh aku n hubby dapat bas so tu pun aku hanya berdiri n duduk betui betui belakang driver.tak kira la aci aku boleh naik bas macam tin sadin.himpit pun himpit la cuma pakai telekung tak la tersentuh aurat.so sampai di Mina dah nak masuk subuh so kami tunggu subuh sat sembahyang kami pun gerak pi melontar....di jamrah Akabah dan bertahlul so patah balik buang ihram dan kami dah keluar dari pantang larang Ihram.msa tu aku tengah dok syok bersembang dengan kawan-kawan yang sama pi melontar aku dah terjalan jauh dari terowong dah tersesat sikit yang hubby aku pi dah sampai kat Maktab yang kami baru tersedar kami dua tiga orang perempuan dah tersesat munjur satu doc.tu bawa handpon dan talipon geng Utas kami punya pakej. so dia pun habak tu ni... so bila patah balik nak bendera Malaysia aku dah rasa lega sangat.masa kami pi ni kami tak ikut time tabung Haji bagi kami pi sendiri.tak kisah asal kita pandai bawak diri.tabung haji selalu bawak geng Malaysia tengah malam taklah sesak sangat tapi yempat melontar dah tak macam dulu pergi dan balik tak sama so kalau ramai atas kita boleh melontar kat sebelah bawah ikut pada pihak polis arab bagi kut mana yg tak sesak.memang senang la melontar boleh pergi sampai depan jamrah.ada la jugak yg suka lontar jauh laju pulak tu... nak lontar syaitan.tu jamah dari bangsa mana aku pun tak tau kut belah arab kut.
Tapi kan aku selalu lepas melontar hari pertama tu aku kemas barang terus naik van balik Mekah masa tu Arab pancung kepala,kami satu kepala nak balik Mekah dia AMBIL 40 Riyal = dengan 40 rm kita.tu kira murah jugak org lain sampai 80-100 riyal depa hentam arab tak kira tanah haram ke apa ke depa ni kalau dasar kurang ajar memang pun.sini la aku berani cakap tapi memang depa tu tak guna. so lepas aku ambil kuncil kat hotel aku mandi so aku nhubby terus buat tawaf haji n masa tu aku dah teruk nak deman n batuk tanpa henti dan orang dah terlampau banyak balik mai Mekah nak Tawaf sangat sesak dan jalan pun dah terhimpit-himpit macam semut.dah nak sesak nafas nak masuk round ke 4 aku ajak hubby aku naik ke tingkat 2 walaupun putaran pusingan jauh aku gagahi jugak.lepas sembahyang sunat tawaf aku dah mula letih,lappp... dan aku dah rasa kelam sangat ngantuk bayang kan 3 hari aku tak tidur di Arafah,muzaliffah dan mina.so lepas sembahyang aku tidur sat dalam masjid aku terlelap aku dah mula demam dan terus batuk tanpa henti.so aku balik hotel aku tidur lagi dan aku tak leh dah nak pi sembahyang zohor kat masjid aku sembahyang kat hotel aje.so aku tak buat saie lagi so aku pi awal pukul 2 mekah aku nak buat saie tapi aku memang tak larat sangat.suami aku nak ambil whellchair kat aku nak tolak sewa nak 400 riyal aku tak nak. sebab ni saie haji. aku nak buat dengan kudrat aku sendiri .itu janji aku. dan aku akan buat sendiri.dalam saie aku menangis, dan dalam saie aku sendu dalam saie,aku reda, dalam saie aku demam panas dalam saie aku sakit kepala,dan dalam saie aku rasa macam nak mati.dan ada seorang dua perempuan yg sama-sama saie dengan aku dok tenang kan aku. kerana aku asyik menangis.dan pabila habis kerja haji aku aku menangis sepuas-puasnya dan kami sembayang Asar di pusingan ke 5.dan sambung hingga 7 dan aku gegas nak balik ke Mina balik untuk malam di sana dan esok aku akan melontar jamrah yang seterusnya.cabaran nak balik ke mina pulak hanya tuhan yang tahu sebab bas akan berhenti ikut suka dia tang mana dia nak buang pandai hampa la nak balik kemah hampa.kekagang buang kita kat kemah India,Turky dan lain lain pandai pandai la kita cari jalan keluar kesukaran komunikasi amat sukar. cakap itik dengan ayam.yang jadi polis ,askar Arab semua bodoh nak mampus.sesat la hang ikut suka hampa la..... di Mina sapa yang tak mau susah payah jangan ulang- alik dari Mekah -Mina susah.lebih baik jalan kaki saja naik bas@ van menyusahkan kita ingat dekat silap-silap kita kena jalan hampir 25 km nak cari kemah kita sebelah Malaysia.Kalau tahu jalan nak balik juga lebih baik jalan kaki dari mekah ke Mina. disebbkan aku selalu ulang -alik dengan hubby aku deman aku baik gitu saja cuma batuk aku ,aku batuk sampai balik Malaysia hingga 2 minggu.buat orang nak pi haji tak larat jangasn ulang alik .kira sesiapa yang kuat saja yang boleh buat.sakit jangan buat.aku terpaksa ikut sbb hubby aku dia kuat dan aku terpaksa..... ikut dia.
Kiranya kami buat Nafal awal cuma melontar 2 hari saja dan kami dah selesai buat semua ibadah haji serentak dankami hanya tunggu nak balik aje lepas tu kami dah boleh pi sembahyang kat Masjid macam biasadan tak yah nak fikir nak buat apa lagi.kerana orang pun dah makin banyak nak selesai kerja ibadah haji depa.so aku pun mula dok fikir dalam masa seminggu apa lagi nak buat dah nak balik .oh...lupapulak aku nak cakap sepanjang aku berada mekah ,Madinah,aku tak datang period pun aku doa kalau nak datang,datang masa aku belum buat Haji tapi ALLah pekenan doa aku, aku tak datang pun period sepanjang aku di sana syukur sangat. balik Malaysia baru datang.dan aku juga minta pada pihak tabung Haji kalau ada tempat duduk kosong aku nak balik flight pertama

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails