Wednesday, May 28, 2008

kesal dan sedih

Sepatutnya hari ini aku dah pergi Penang dengan hubbyku dan pada pagi esok aku nak terbang ke Bangkok dengan AirAsia. alih alih hubby ku tak nak pergi takut bahaya kerana dia fobia apabila kami ke KL 2hari lepas kat Sungai Wang Plaza kami telah di pukau oleh sekumpulan warga Filipina habis duit kami lesap dengan sekelip mata tanpa berkata apa pun dan tanpa menjerit.kesal dan sedih nak bercuti hancur berkecai!!!!!Dan hari ni duit aku akan terbang lagi sebab tak pergi Bangkok .Hubby ku dalam keadaan fobia lagi ......................

Friday, May 23, 2008

Hati seorang mama

mama yang tak pergi kerja
mama yang kecewa dan bosan tak kerja
pabila mama telah berhenti kerja

mama yang rindu gelak tawa kawan-kawan
mama yang ingin bertekak dengan kawan-kawan
mama yang tersenyum senyum bila memerli kawan-kawan
mama yang mudah sedih mendengar cerita kawan-kawan

mama yang jiwanya kosong
mama yang fikirannya kosong
tak terisi dengan IT
tak terisi dengan akaun dan repot

mama yang sibuk mulutnya pada anak-anak
mama yang jadi driver ambil anak-anak balik sekolah
mama yang suka tanya macam-macam mengenai hal sekolah
mama yang naik angin bila anak-anak tak buat kerja sekolah
mama yang tension bila bertengkar dengan abah.

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails