Monday, February 23, 2009

KESIAN AYAH

Lama tak tulis n3 ni. kelam kabut urus banyak pekara dan baru -baru ni ayah aku masuk ward kat Hospital Kangar buat operation postat.Kesian ayah aku dah tua -tua ni macam -macam penyakit yang hingap dah la lelah (asma) seumur usia.gaout .lagi darah tinggi pun ada.so kesian ayah aku dah umur pun menjangkau usia 73 tahun. mau tak mau, selagi bernyawa terpaksa la ikhtiar.aku memang tak bagi ayah aku operate. tapi dia kat sakit dan pada hari jumaat lepas ayah aku selamat di operate. dan apa yang ada ketulan kat badan ayah aku semua nya di buang.

ayah aku di benarkan pulang esoknya mujur adik aku kat KL balik lega la sikit bab nak hantar menghantar urus -mengurus boleh bahagi 2 kalau tidak aku sorang yg kena handel semua.
tak baik betul pun hospital dah dicash keluar walaupun ayah aku masih sakit kira balik rehat kat rumah aje la..........

Tak pa la aku tak la nak gegas tengok ayah kat hospital cuma pi kat rumah mak aje. ni pun adik muzhar dah balik ke KL .anak dia miffzal pun asyik demam aje .tak tau la budak tu selang sehari asyik demam aje.aku macam aku la , bz . tambahan pulak sekarang ni asyik panas yg melampau sampai aku tak berani keluar rumah cuma sehari 2 ni baru hujan lega la sikit masa anak- anak aku bersukan memang panas terik.aku pun tak bagi anak aku masuk apa-apa acara sebab panas sangat takut pengsan pulak......ni pun ada kerja nak buat tapi dah lama tak tulis n3 ni ada benda nak taip so aku taip la.....

Friday, February 13, 2009

BIBIK LAGI......

Pulak dah,kisah si bibik aku lagi, 2 hari lepas sebelum hasben aku nak mi meeting kat KL tanya si bibik aku nak kerja lagi ke tak?@nak sambung lagi nak kerja pulak kena jantan jugak tanya ?kalau ibu singa ni memang tak mau .takut nak minta gaji lebih minta tambah RM 50 lagi kat laki aku.dekat aku tobat tak minta aku ni berkira sikit.so aku saja buat buat bodo tak tanya balik kat dia masa hubby aku infom kat aku kata Nisah nak kerja lagi,so semalam lepas hubby aku balik aku tanya la so dia cakap nak sambung ,nampak gaya tiket firefly aku nak burn macam tu aje....

Ni aku nak siap duit lagi nak nak perbaharui levi pulak.untuk setahun lagi fommema tak yah dah dia dah duduk lama dgn aku .tapi sekarang pun dia buat kerja pun macam biasa jugak ,aku pun nak bagi lain undang ungang baru kat bibik aku tu lama sangat dok ada yg terajin dan ada yang termalas nak buat terutama bhg celah celah almari yang belakang tu banyak habuk.dok megilat aje nak buat.......
aku pun sekarang ni sibuk sangat sepanjang minggu ni mana yg sukantara sekolah alia yg pergi dan balik nak pick-up ,mana syafiq yang sehari dua lepas masuk game catur MSSps perlis yang sekolah dia tak dak wakil cuma dia seorang saja masuk aku yg pi hantar n tunggu dia lawan sambai habis game selama 3 hari .anak aku tu kalah asyik nak bebal aje so ambik kunci kereta tempat lepas geram menangis la sepuas hati, pastu dah ok masuk pulak lawan round seterusnya amat lucu tengok telatah apiq kalau menang tu senyum pulak duduk table corot sikit tarik muka,aku pun tak paham apiq seorang tu,just ok la dia pun baru umur 10 tahun ada masa lagi yg lawan pun semua umur 12 tahun ada 3,4 orang yg muda .aku ingat nak hantar syafiq class chess kat dia sebab dia minat sangat nak main chess ni,aku pun dah jumpa cikgu yg bakal latih dia.nak harap nak main dengan kami dlm rumah ni jangan harp sapa pun tak nak main dengan dia w/pun abah dia terra main chess.apa-apa pun study la yng penting.

Monday, February 9, 2009

KATA PUTUS

Hai,lama juga tak tulis n3 ni aku sangat malas dan nak tulis pun tak dak modai nak cerita apa.hari ini teringat pasai ada orang dok talipon aku tanya bibik aku yg nak habis kontrak dengan aku tu,dah 2,3 orang tanya aku samada aku nak sambung lagi @ tak. sebab depa nak ambik bibik aku tu....... so tadi sekali lagi aku tanya dia samada dia nak kerja dengan aku atau tak mau, walaupun tiket flight dah beli .so bibik aku cakap dia dah tak mau kerja dengan aku. aku ada juga dengar dia nak kerja di tempat lain tapi dia tak habak kat aku ,apa pun dia nak balik dulu kut.so yang tanya- tanya tu bukan apa depa ingat senang kut lepas kerja dengan aku ,so lepas tu pi rumah depa pulak .kira lagu tu kut kiranya aku pun bukan paham sangat bab-bab imigresen ni sebab masa aku amik dia dulu semua diuruskan oleh agen yg buat siap kat aku .so aku tak pi pun pejabat imigresen ni.imigresen ni sangat la leceh....... macam -macam hal depa tanya tambah pulak imigresen belah kangar ni.......
So aku pun dah kata kalau dia nak continue dgn aku pun tak apa,kalau tak mau maknanya aku dah tak nak bibik lain dah aku nak amik org cuci selang sehari saja.dah dia tak mau sambung dengan aku dah nak kerja dengan orang lain lantak dia la..... aku tak kisah sangat. aku dah cakap apa-apa pun lepas dia balik Indonesia maka tamat la kontrak dia dengan aku so sapa nak ambik dia urus la sendiri dengan bibik aku dan dgn majikan baru dia dan imigresen .aku malas dah nak jadi agen tak bertauliah.
kata putusnya maka 28 ni terbang la bibik aku tu dan aku dah tak dak bibik lagi jadi aku la bibik pulok........

Wednesday, February 4, 2009

Teringat kat tok

Malam tadi shidi telepon habak kata tok Jah meninggal dunia,tok jah tu kita jiran lama kami di kampung aku, masa aku kecil-kecil lagi .bila ayah aku beli rumah taman so kami semua tinggal di rumah Taman Perumahan .so rumah usang aku tu masih ada, tapi Arwah tok aku bagi orang tu duduk saja tanpa sewa bulan. tok jah ni sangat pembersih orangnya.dulu aku selalu pergi beli apam lengang sebujik 5 sen saja.sebelum aku pergi sekolah,tok jah buat jual Apam lengang.sekarang apam lengang dah sebiji 30 sen.rumah Tok Jah sangat bersih.zaman tu payah nak cari rumah yg sangat bersih luar dan dalam rumah.sampai aku takut nak masuk rumah dia.pada zaman tu.

Bila shidi habak aku tak la terasa apa-apa maklum la sakit tua.tapi masa aku nak tidur aku mula la teringat sangat-sangat dekat arwah tok aku.aku tak leh nak pejam mata langsung terbayang arwah tok depan mata aku.aku baca fatihah, baca kul huwallah, pun tak boleh tidur juga,air mata ni tok sah cerita la tersedu-sedu aku nangis.sampai hubby aku tanya ? aku cakap aku teringat sangat dekat tok.mungkin tok jah sama tua dgn tok aku @ tok aku lebih tua .

Sampai bila- bila pun aku tak boleh lupa tok aku dan aku selalu sangat ingat kat dia sebab dia biasa bela anak aku dan jaga aku.aku terlalu rindu sangat dekat tok aku. AL Fatihah tok moga tok berada disisi orang yg beramal soleh. Dari NYA kita datang dari NYA kita di kembalikan,itu pasti.

Sunday, February 1, 2009

PADANG BESAR

http://www.myspace.com/index.cfm?fuseaction=postto" target="_blank"> HTML content to post goes here (e.g. text, images, objects, etc.)

" /> http://www.myspace.com" /> Post to MySpace! Share on MySpace!



Semalam aku pergi ke Padang Besar, setelah selesai menghantar alia ke sekolah .kami pergi pun dah lewat around kat pukul 11 lebih.singgah dulu ke kedai makan tok mek. makan pagi + makan t'hari sekali ingat hati nak makan kat padang Besar tapi hubby aku tak mau pulak.mula tu kami plan nak pi Haddyai rasanya mesti org dah tak ramai dah, ramai yang gerak balik lagi pun dah nak bukak sekolah dah.so hubbby aku tak nak pi haddyai. sekarang panas sangat kat sini .bila drive lama-lama sikit hubby aku dah mula sakit kepala.so aku segan nak drive walaupun highway.lagi pun aku tak la terdesak sangat nak pi. duit siam aku cuma ada 1500.bhat saja aku dah malas dah nak tukar-tukar.ni pun duit balance aku pi bangkok hari tu.....
kami masuk dalam Padang besar so kena cop boder pass la dah masuk pekan siam,ingat orang ramai dalam pekan siam tu.... rupanya tak dak orang pun......... mungkin orang ada di haddyai kut. aku nak beli apa memang tak plan. kalau ahad ada la pasar sehari.macam macam ada jual sayur ,ikan, buah ,dan pokok- pokok.ni apa pun tak ada. so aku masuk kedai -kedai yang selalu aku masuk aje terutama kedai antie supermarket tu.sekarang banyak barang mahai aku pun tak teringin nak beli sangat cuma aku beli bedak yang cooling fresh aje bagi hilang gatai -gatai kat badan.aku cuma ambik key chain yg gantung kartun kartun kat alia & syafiq .nak beli baju pun harga mahai -mahai sangat tak padan dengan baju siam letak pun mahal .so antie tu tanya mengapa lama tak mai aku cakap takut kena bom.dia cakap sini tak ada apa, belah atas aje yang takut .malas dok lama dalam pekan siam dlm 1jam aku n hubby pun chow balik..... singgah sat kat nuseri orkid yg selalu aku pi tak dak orkid pun. mungkin dia dah tak jual dah terbengkalai aje yg ada yg nak mampus je...... tokeh tu pun pi mana pun tak tau. yang aku geram tengok orkid tiger berpasu-pasu besoor........sebesar sepemeluk orkid utan tu..........geram aku tengok macam nak angkat boh dlm kereta aje

Aku balik terus dalam pukul 1.45 call alia samada ayong dia dah pick-up dia kat sekolah tapi anak-anak aku lagi cekap depa dua beradik tu pi tesco A/setar pi beli sushi katanya dah lama tak makan sushi teringin sangat..... aku memang tak harap ayong drive jauh-jauh tak harap dia tak cekap sangat bawak.taku tak pernah lagi naik kereta dengan dia walaupun anis selalu ajak aku naik kereta dengan dia.mamang aku tak confident kat anis.

No comments:

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails