Saturday, November 29, 2008

macam- macam cerita

Mixer baru
Oven baru

Balik pada hong kong ni aku rasa segan pulak nak tulis dalam N3 ni .mahmud(mood) aku masih tak ada mungkin rasa sakit hati masih bersisa...... so aku teringin nak tulis tapi otak aku blurrrrr....tak tau nak tulis apa tak tau nak story mori apa?.sedang kan macam benda berlaku pada hari- hari sebelum ni .nak habak pi la... semalam Yang Puan Besar perlis Tengku Budriah meninggal.so aku tak pi pun ziarah aku rakyat biasa dan orang biasa so aku tengok tv dah cukup kut......keadaan perlis macam biasa jugak walaupun berkabung 3 hari lagi pun perlis mana ada keramaian berbagai.
Dua hari lepas aku bawak anak -anak aku pi kat Alor setar sbb,anis hantar surat dan gambar nak lapur diri nak pratikal kat TM telekom so lepas selesai anis buat kerja aku pi bawak anak anak aku kat Tesco depa nak cari Sushi.aku kalau dah pandai buat aku dah segan nak buat.so aku saja pi window shopping nak beli apa kan, barang dapur aku baru aje beli.nak beli baju-baju pun dah pi sampai Hong kong nak cari baju apa ? so aku pi jugak Pin butik buat baju yang aku beli kain kat Terengganu hari tu.......
Aku balik pada hari tu memang teringin nak beli mixer buat kuih n oven baru so aku serve kat tenet ni pesen apa aku patut beli mixer ni? kalau aku nak buat kuih so aku beli mixer kenwood mahal sikit aku terjah kat blog resepi noraini lagi pun aku nak makan sendiri bukan nak jual.so oven aku beli jenis elba besar sikit dari oven lama yg cap koman dah pun lingkup api bawak dah tak boleh pakai.jalan duit aku hampir 2k .pejam mana beli jugak aku rasa perlu.roh nak masak tak masuk lagi baru try dok korodek mcm mana cara- cara nak guna mixer dah peraturannya .pastu......... bila roh masak sampai beli barang terus bake la......mixer aku ni dia tambah 3 brg satu jar jus untuk perah air buah dan blender dan berbagai nak potong daging pun ada kira baloi la jugak....3 in 1.

Monday, November 24, 2008

DENGKI SAUDARA SEPUPU

Keseronokan balik dari Hong kong masih lagi terasa dengan membawa anak -anak pergi berjalan.betapa anak aku seronoknya berada sehari di Disneyland.kepuasan masih terasa. tapi apa yang aku nak cerita kat N3 ni bukan kisah aku pi Hong kong nanti esok lusa aku tulis ni bab aku balik dari Hong kong.aku selalu nya pi overses aku tak pernah cerita kat orang selalunya kawan-kawan dan adik-beradik aku yakni mak saudara atau yang bukan family dekat aku jarang cerita sebab apa ......... ? depa semua dengki dengan kesenangan aku dan bila aku cerita depa kata aku riak, yang aku nak cerita disini mengenai saudara-saudara sebelah mak aku yg amat dengki kat aku yang perut busuk dan suka kata aku n mak aku di belakang tikam belakang .yang aku geram tu bila aku balik Hong Kong ada saja cerita timbul, n mak aku pulak bila aku tinggal rumah mula la dia merayap pi rumah saudara dia(sepupu mak aku) bila ada aku dia tak berani nak ajak aku ,tak mau pi melainkan terdesak sangat.
Ni mengenai mak saudara aku yang mak aku pi berjalan hari tu... masa aku tak dak dan mak aku cerita balik kat aku kisahnya .... mak aku ni ada la sedikit krisis dengan mak saudara yang ngah C ni bab nya lama dah 3,4 tahun lepas masa mak aku pi rumah dia dia tengah pack barang nak pindah rumah, so mak aku tanya la ....nak pindah mana kak C ?ada ka dia cakap RAHSIA.so mak aku terkedua la....ada ka pulak cakap macam tu sedangkan kami adik beradik sampai pindah rumah tak mau habak?mak aku ni pun satu dah terkilan sangat cerita la pada mak saudara dia ni macam sepupu mak aku la....... apa lagi cerita tu panjang sampai hari ini dan bila ada kenduri-kendara @ kematian kami tetap akan berjumpa nak pi mana kan saudara-saudara tu jugak yg jumpa so tegor menengor dan sentap menyentap pun jadi la ...... sepupu mak aku ni ngah C ni ada anak sebaya dengan aku n ngah C ni tinggal dengan anak dia la .... lagi pun dah masing -masing tua -tua dah dah beranak pinak.aku n si S ni pun dulu memang rapat tapi........ di sebabkan aku terlebih senang sikit pada dia. dia pun dah tak nak cakap dengan aku dan bila aku n mak aku datang ke rumah saudara aku berkumpul depa anak anak beranak akan lari pi Dapur or tempat lain yg tak mau tengok aku n mak aku melainkan tersempak.tu pun macam terkejut beruk..... memang aku kata depa AKU DENGKI Dgn KESENANGAN AKU.MEMANG PERASAN sangat.so sampai sekarang benda tu dok menyambung sampai sekarang yag sepupu mak aku dua orag mak L dan mak J aku la dok tokok tambah dan dok lawan menyampai bagi pihak ngah C n mak aku.dan aku ni tumpang sekaki kena kata aku MULUT JAHAT defen mak aku. dan si S tu memang SOMBONG so pura -pura baik.dasar tak sedar diri .aku ni memang nak lari dari itu semua sejak balik mekah tak mau nak mengata tapi aku tetap terkena dan aku ambil kesimpulan aku tak nak masuk campur dengan hal mak aku dan aku tak nak pi rumah mereka. dan aku tak nak ambil pot langsung.dan aku dah marah mak aku jangan panjang akan cerita dan FULL STOP.MEMANG NGAH C,SI S, LANG N DAN MAK.J KOMPLOT......DENGKI AKAN KESENANGAN KAMI ANAK BERANAK............

Saturday, November 15, 2008

Mula Bercuti

Memandangkan semalam cuti sekolah dah bermula, aku pun cuti jugak........dan aku pun nak pergi bercuti biasa la kan kalau ujung -ujung tahun aku selalunya ke overseas gitu.....hikss.......tahun ni aku akan ke HONG KONG YES......bersama dengan anak -anak aku tinggal anis seorang tak bawak b'coz hari tu masa aku ambik pakej ni dia kata takut ada pratikal kerja kat kilang.so aku pun tak la booking kat dia. so now settel bab anis nak pi kerja dah ok sebab anis dapat buat pratikal dekat TM (Telekom)dekat rumah aje Kangar.so mula pada 1/12 ni lapur diri hikss..... sian anak aku kena tinggal dok dengan mak tok n bibik so nak tambah pun dah booking awal so nanti POTO travel caj aku lagi tinggi pulak
Teruja sangat nak pi sebab tahun lepas aku tak bawak anak-anak aku pi berjalan sebab kami suami isteri ke Mekah buat Haji tahun ni kami bawak la mereka. Anak -anak aku kalau kat bangkok n indinesia mereka tak nak pergi tak syok katanya selalu nya nak jalan jauh kami ambil pakej.dan kami akan pi dengan POTO Travel tapi kan masa kami pi London kami main redah aje pakai jalan sendiri dan pandai -pandai naik sendiri tube.selamat jugak tak la banyak pakai duit.
Jadi aku akan mula tak tulis n3 ni esok dan pagi esok aku dah mula gerak ke KL kami nak tolak hari rabu but hubby aku ada kerja kat kementerian, so dia pi settel bab dia dulu.aku lepak lepak kat KL rumah adik aku.so hari rabu ni baru fly.............bye...bye...........

Thursday, November 13, 2008

APIQ

Aku hari ni mood kureng....skit tah apa-apa sebabkan aku dah give-up dengan keputusan fainal exam apiq yang jatuh merodum macam bom atom !!!!!!!!meletup aku dah geram sangat. bayang kan dua hari aku tak leh nak tidur lena asyik fikirkan apiq kemungkinan TURUN KELAS hikssss yang cik gu tu pun satu ...... kertas bm,dan mate yang anak aku dapat teruk haram tak bagi .
Kejap ni apiq pon aku dari sekolah suruh aku pi ambik dia. mak kekawan dia semua dah ambik repot card tapi mama & abah dia tak datang lagi so dia pun aku suruh mai ambil dia,dia nak balik......aku pun tak siap apa pun just pakai tudung pi pick-up dia disekolah dengan Dress bodo aku aje yg pakai kat rumah. so aku tak turun pun walaupun aku teringin nak tengok keputusan UPSR sekolah apiq.so bila sampai, apiq ajak aku keluar sain repot card aku "cakap mama pakai macam ni camna nak turun? tanya mana bag? dia cakap ada kat kelas nanti apiq amik. dlm kereta dalam perjalan balik apiq cakap " mama ,apiq tak TURUN KELAS apiq still dok kelas A n dalam keseluruhan apiq exam tahun ni ,apiq rengking 14/38 orang.SYUKUR ya ALLAH aku terbik air mata dengar macam tu...... syukur sangat .........syukur sangat.........terharu aku sunguh bila apiq cakap macam tu..........AKU PUN dah mula senyum tak la bad mood lagi......
Dan aku akan pasti kan kali ini apiq akan terus belajar tak tak buang masa lagi n aku kena betul -betul tengok dia dan follow dia dari belakang aku tahu ,apiq sangat perlukan aku .sebagai penyuntik semangat untuk dia belajar dan tak MAIN. sayang anak aku Aipq

Tuesday, November 11, 2008

Hairan bin Ajaib

ni pun yg kat depan kekadang tendang jugak!!!!!!!
nampak dak suis yg BIRU tu yg selalu tendang

Hairan sungguh letrik rumah aku ni sekejap black -out sekejap back-out.tendang main suis.aku wayering rumah aku 3 pac.tapi dari 2 hari lepas kejap tendang off.sekejap tendang off.bila petik ibu suis dah ok pastu sejam pulak tendang balik terutama di belah dapur. suis dapur lain aku wayering.di depan ruang tamu lain aku pasang.ada 2 main suis di rumah aku ni tapi yg hairan bin ajaib nya bila di dapur tendang dok kejap kat depan pulak dia jadik.so hari ni dah 2x cina letrik tu datang ,dia check kata tak ada apa rosak pada wayer letrik ibu suis pun ok.dia suruh aku tengok pada barangan letrik aku pakai. tapi kat dapur yg stay on 24 jam peti sejuk n pump air n pemanas air masak.
sekarang aku dah tutup air pump dan pemanas air so masih lagi jadi. cuna tu cakap pada aku mungkin peti sejuk aku tapi peti sejuk aku tak rosak dan tak bau hangit dan tak pulak tak sejuk.stay sejuk lagi ikan dalam tempat dingin beku pun ok ,cuma nya bila letrik tendang dan aku tak bukak balik suis dan dia pun mula cair.aku n bibik dah pening kepala dok cari benda rosak.cina tu dok tunggu now bila nak tendang balik berapa jam aku pun tak tau.air pada kolam ikan aku pun tak bukak hari ni ,nak tengok kut dia yg jadik punca pasai dok kat luar selalu terdedah ujan n panas tapi tak jugak.pasai apa ha............... kut ada org pandai bab letrik boleh jawab................

Monday, November 10, 2008

TERLEBIH RAJIN LA PULOK......

hasil nya...........
dah masak

dah nak masak jeng...jeng........


Apa angin ,apa ribut aku terlebih rajin la pulok...... hari ni aku masak lagi.maksudnya selang sehari aku akan cuba benda baru ......hari ni aku masak lagsane @lagsana memandangkan anis suka order lagsana kat pizza hut.hari ni dengan semangat gigih mamanya memcuba benda baru yg aku tak lalu nak makan begitu juga dengan hubby aku.yang makan lasana ni mak aku n anis only.dan resepi ni aku cari dan godek godek dalam ternet la....mana lagi....... aku sebenar nya pemalas masak tapi aku akan try sesatu yang baru yg aku tak pernah buat.tak la pandai tapi boleh la....utk anak-anak aku!!!!!!!!

nak resepi nanti aku bagi :-

1 caw.pasta jenis apa pun tak apa

1 tin sos spegetti prigo warna yellow chess &herbs

1/2 ketul ayam kisar (jenis saudi)

1/2 cream chess

separuh keju mozalella

1 ketul kuib ayam knor

caranya:-
senang bangat.

Rebus pasta tu dengan sedikit garam n tuang setitik minyak tak bagi melekat.masak toskan air .asingkan .
2. basuh ayan kisar dan tos masukan cream chess,sagat chess mozarella .atau rencik halus halus kuib ayam tu bancuh dengan air panas dan tuang dalam bekas sama dengan bahan tadi.3. ambil acuan pembakar bubuh sedikit mentega pada bahan pembakar tadi

3.mula tu tuang sedikit sos spegeti,pastu bubuh pasta ,pastu bubuh bahan cream chess tadi ulang sampai habis .pas tu panas oven pada 175 darjah bakar selama 45 min.selamat mencuba........

nak tengok gambar ok aku dah pun snap dah....... berapa bintang tunggu anis bagi .now anak aku tengah exam last dip.kat kolej matrikulasi .

Saturday, November 8, 2008

Mak aku......

baru keluar dari oven
Aik...... terbalik


Hari ni kan cuti sabtu, mak aku tidur kat rumah aku,sebab kan mak aku pening semalam so dia pun tak balik rumah dia. pagi tadi aku n mak pi market beli barang basah ikan n sayur untuk seminggu,banyak barang habis termasuk juga stok mak aku dia pun beli juga untuk rumah mak.mak aku bukan ada sapa cuma makan mak n ayah aku aje,so kami sama- sama berbelanja lepas balik pasar aku beli la breakfast utk Apiq dia dah lapar yg anak dara aku tu belum bangun lagi........ so aku biar dulu.bayangkan apiq punya lapar dia makan roti canai 4 biji dasyhat sungguh anak aku tu...... pastu aku hantar barang basah balik rumah dan roti canai apiq aku pun keluar second round nak beli barang dapur pulak kat supermarket segala mak nenek aku angkut.so mak aku mula la buat plan,mak aku tengok aku senang sikit dia mula la... mengajak aku pi ronda- ronda keperluan dia.memandangkan hubby aku sibuk dengan UMNO bahagian so aku tak perlu ikut hubby aku selalunya hari minggu kami selalu jalan berdua.

Mak aku dah mula ajak aku ke kedai perabut nak beli perabut katanya. dari sebelum raya lagi dia nak beli itu ,ini meja makan la, kabinet la.... katil.almari dan mcam -macam lagi tapi aku tak bagi beli.so tadi dia beria-ria nak pergi beli Almari baju dan tilam tak cukup katanya memandang kan bila adik beradik aku balik tak cukup tilam.so aku pun ikut ,dia cakap dia nak habiskan duit raya yang kami beri masa raya.kalau beli barang nampak jugak drp makan.mak aku tu sekarang ni akan dapat duit tanah sebab ,tanah mak aku kat kampong KTM ambil nak buat jalan dan laluan keretapi .so akan dapat la sikit tak banyak hanya <> 30K saja. so mak aku dah pasang angan-angan macam-macam. dia cakap duit tu dia memang tak nak bagi kat kami 5 beradik.dia akan simpan setengah dan lagi -lagi dia nak repair rumah dia.duit nak repair rumah tu dia nak itu dan ini ,aku selalu kata kat dia "tak cukup mak kalau banyak tu duit kalau mak nak buat mcm-mcm.yg syox nya nak buat porch,tukar pintu bilik pintu kayu, nak tukar paha tingkap kayu pada almunium,nak buat kabinet dapur bhg atas bawah dah ada,nak buat pintu Pagar sebelah tepi yg pintu tak ada dok ternganga. pagar ada tapi pintu pagar tak ada...... ha.....ha...memandangkan rumah mak aku tu rumah taman. so pintu pagar kena ada sbb mak aku selalu tinggal rumah pergi KL rumah anak -anak dia byk kat sana.tu la aku kata tak cukup mak banyak tu.... 15k tak cukup. tu bab dalam rumah tak habis lagi nak beli.aku n adik aku tak la tolong dia kali ini sebab dia nak guna duit dia sendiri .aku tahu duit simpan tu dia nak buat umrah lagi dan baki dia akan bagi kat adik Muniff memandang kan adik Muniff yang bungsu dan tak kerja lagi. so kami memang tak kisah..........hari ni aku sakit kaki ikut mak aku pergi tengok perabut satu kedai ke satu kedai so dia dah pun beli almari n tilam so petang nanti cina tu akan hantar la.......

Dan aku terlebih rajin hari ni ,ikut mood aku, buat makaroni bakar, selalunya bab memasak @ turun ke dapur aku memmmmang malasss............

Friday, November 7, 2008

KESAL......ahhhh....

Kenapa aku kesal? sebab keputusan akhir tahun apiq dah keluar di sebabkan tak baca buku dan tak buat latihan sebelum exam ini la bahananya anak aku dapat teruk sangat !!!! kesalnya aku bukan kepalang harap apiq ,apiq kantoi,sedih,pun ada nak nangis pun ada, apa aku terlalu manjakan apiq sampai apiq dapat macam ni. bayang kan BM pemahaman apiq tak boleh buat langsung keluar tajuk .58% saja. sapa tak sakit hati dapat C tak pernah anak aku yang sebelum ni dapat C dan mate.yang aku harap dapat 90 ke atas cuma dapat 78 ni la kalau aku tak bertegas dengan dia aku tahu aku terlalu manjakan dia sampai macam ni apiq dapat teruk sekali.
Aku cadang aku tak mau bagi muka kat apiq ,dan nak kurang manja dengan aku ,pagi tadi aku dah breafing cukup-cukup. aku tahu apiq sangat faham sebab jiwa dia sensitif .dan aku akan tak abai dia lagi dari segi pelajaran sekolah mau pun agama dia. aku akan tegas kali ni .ni kalau dia tak mau pi tusyen pun aku tak apa, ponteng Quran pun tak apa aku bagi, so aku sedih sangat semua kemalasan apiq aku yang tak tegas....... aku salah diri aku, aku kena muhasabah diri aku mengapa anak aku jadi macam ni? sebab aku terlalu berinternet... aku selalu lepak depan pc dengan main games .dan aku tak take care cara bersungguh kat apiq.aku leka dengan ternet aku,pc aku dan apa yg tak kena dengan pc aku.aku takut apiq turun kelas aku tak mahu....... aku kesian kat apiq kalau dia turun kelas....... aku tahu kat mana kebolehan apiq ,apiq boleh dan dia memang boleh cuma aku kena jangan ralit tengok pelajaran dia.
Aku nak buat jadual dalam cuti sekolah ni aku nak apiq tiap -tiap hari buat karangan dan penulisan biar kukuh dan paham perkataan dan ayat .aku tak nak dia asyik tengok TV astro 24 jam dan nak kurang games dalam komputer dia.Aku rasa ni lah salah satu anak- anak kurang tumpuan pada pelajaran banyak sangat benda moden yg di hulur kan pada mereka. bayangkan rumah aku ada 3 pc dan 2 notebook macam kedai siber pulak. tv pulak ,atas,bawah belakang ,depan ada siap dalam bilik. astro atas ,bawah ada.mau anak -anak tak terkawal.salah aku dan hubby..... kami laki bini salah.... aku mengaku ...................aku tahu anak- anak aku bukan pun keluar rumah amat jarang keluar rumah terutama apiq ,dia tak pergi rumah kekawan dia tak keluar berjalan rata tiap-tiap hari aku ajak keluar jalan-jalan pun tak nak dunia dia di rumah sebab apa? sebab ini la..... sebab rumah dia semua ada.......... PS 1,PS2 ada,gamesboy ada.apa nak .......mcm-mcm adaaaa.................munjur la prestasi alia sedikit meningkat exam kali ini tak macam exam hari tu teruk......tak tau la anak -anak oi........ mama dah buat bagi hampa senang tapi hampa buat mama susah hati....... mama,sterss............ sangat .aku rasa puas hati apa yang aku tertekan aku luah dalam N3 ni , aku rasa yg tersekat dalam dada ni dah lapang sikit.Hanya ALLAH saja yang tahu apa dalam perut, minda,benak aku selama ini.ya....ALLAH mungkin ini ujianNya lagi pada aku...................... aku kena tabah aku kena tolong anak-anak aku....... mereka nyawa aku selama ini..........

Thursday, November 6, 2008

ORCHID JAMU MATA

SELAMAT MENJAMU MATA YA...................HILANG TENSION


ORKID UTAN NI AKU NAK BELI TAPI MAHAL SANGAT rm 250.00. AKU NAKKKK.............. KAT DALAM MURAH SIKIT HANYA RM 120.00 -RM 300.00 POKOK BESAR, TAPI PAYAH NAK BAWAK KELUAR NANTI JAB. PERTANIAN MARAH KENA TANGKAP.KALAU LINE AKU CLEAR DENGAN DEPA AKU NAK AJAK ORG DALAM YG KERJA SITU BAWAK KELUAR....HE...HE....HORRY..........

NI POKOK AKU OKEH..KAT RUMAH ...........

NI ORKID DI RUMAH AKU YANG LAIN AKU TANGKAP KAT PADANG BESAQ TEMPAT ORANG JUAL ORKID CANTIK CANTIK U














UBAT PENENANG MATA













CANTIK KAN !!!!!

Monday, November 3, 2008

FINAL EXAM SYAFIQ

Hari ni apiq buah hati pengarang jantung aku Apiq periksa akhir tahun..... hikss....sebab apa dia tak baca buku langsung ,n nak try buat buku latihan pun malas. aku tak tau nak dapat no berapa? n berapa peratus? atau teruk lagi ? so.......bad.....sebab apa semalam dia asyik berperang dengan abah nya yak nak baca buku n asyik nak tengok tv n main computer game.so..... malas.yang aku takut sebab aku pun tak kisah kali ni tak tau pasal apa? confident sangat apiq boleh buat kut? tapi buat aku kecewa t'hari tadi aku pick-up dia balik sekolah aku tanya dia boleh jawab periksa? apiq cakap susah sikit la....mama karangan n kefahaman (B.M) mampus dah, pi dah anak aku ........aku tahu apiq tak berapa pandai dalam BM n Agama.tapi apiq cakap agama dia boleh buat, apiq boleh baca sikit-sikit, tapi kalau tak leh apiq hentam aje...... jawapan jujur anak aku.
Aku takut anak aku turun kelas tapi rasanya tak kut sbb result di + pada semua exam awal hingga akhir tahun.apiq tak la teruk sangat dlm kelas apiq tempat pajak no 12 dan 13 aje dari 38 murid.dlm kelasnya pun tak ramai murid lelaki cuma 12 orang aje .1,2,3..... di sapu oleh kaum hawa.esok periksa mate,n BI hari ni aku dah suruh dia buat latihan mate and english malam karang aku nak tengok . sian apiq hari ni dia tak dapat tengok Digimon .kartun dia kakak yg dua orang tu sekat dari dia tengok tv.sian anak aku tu...... tapi demi kebaikan dan masa depan tak apa kan apiq tahun depan dapat masuk darjah 4 still no tu kira ok jugak ,sebab apiq dah duduk kelas A kan. nanti result apiq good dapat A semua subjek teras, mama beli PSP yg apiq mau nanti cuti kita pi KL.Moga nak aku berjaya...........

Sunday, November 2, 2008

BULAN HAJI




since la ni musim orang pi mengerjakan haji dan 2 hari lepas penerbangan pertama dah berlepas ke Madinah.apa yang buat aku teruja sangat? sebab tahun lepas aku telah mengerjakan Haji .terlalu seronok tak boleh di ungkap dengan kata-kata.pi la ceruk dunia mana pun tak sama kita mengerjakan haji. walaupun duduk sana sampai 40 hari lebih.mengibau masa aku pi ke sana setahun yang lepas tak dapat aku luah dengan kata-kata hanya syukur pada ALLAH kerana aku pergi di usia yang muda 42 tahun masa tu badan masih kuat,cergas,kita dapat mampu melakukan ibadah tanpa merasa tak larat pada usia begini.ALLAH bagi kat aku kemudahan tanpa berasa ragu-ragu walaupun kita terlalu banyak berdosa kepada NYA. ternyata ALLAH makbul juga pemintaan aku hamba yang hina di sisiNYA.memang kita berada sini sana kita terlalu kerdil tapi kemudahan tak banyak kesukaran yang ALLAH menuji aku aku rasa terlalu bersyukur sangat.


Biar pun berada di bumi Arafah,Muzaliffah dan Mina itu kemuncak Haji kemudahan dan kesenangan tetap ada.


Kalau orang tanya aku tempat mana Tanah Haram paling seronok ?aku pilih Mekah sebab Mekah ada Kaabah dalam Masjidil Haram.walaupun orang Mekah tak sebaik orang Madinah.Madinah tempat Nabi.tenang,damai nyaman dan sejuk.tabung haji bagi tempat di Madinah Hotel elok yang ada star la juga ...tapi di Mekah tempat tak berapa cantik tapi di sebabkan aku pi dengan Utas travel yg RM 1****** Hotel tak cantik ... selesa juga duduk hanya 4 orang satu bilik.yang paling penting dekat dengan Masjid itu yang buat aku seronok sangat.sekarang aku rasa hotel yang aku duduk Al-Rea'd telah di robohkan nak perbesar lagi Masjidil Haram.aku cuma berjalan kaki <> 50 meter sahaja terus ke tangga masjid Madinah Gate @ Madinah Briged.@ naik askalator ke pintu shamia.kat situ kami geng Malaysia dan Thailand n India banyak kut belah tu .tingkat 2 selalu nya Indon tak ada kut belah ni depa akan ada di depan Kaabah depan Mutazzam.tingkat satu.Bila Magrib & Insya aku akan sembayang di atas bumbung Masjidil Haram.tu pun kena awal pergi walaupun kita duduk dekat, kalau tidak jawabya nya sembayang atas jalan kalau lambat.bila dekat dekat nak Haji bila kita keluar saja Masjid,berpusu- pusu orang keluar macam semut-semut saja keluar pelahan-lahan berkemutih orang keluar aku selalu tengok kat tangga Masjid tengok orang betapa Kebesaran Tuhan.tak tau la nak cakap sampa yang dok hajat nak pi ,pi la tumpang muda dan ada rezeki kalau kita selalu minta cepat saja ALLAH hantar.


Masa pi Arafah kami pi lewat kerana bas kami ambil lewat tapi tak la terlewat sangat.walau pun dekat tapi dengan berjuta manusia dan terlalu banyak kenderaan perjalanan memakan banyak masa.so boleh tidur dalam kemah pun tidur-tidur ayam satu kemah pun hampir 150 duduk sempit cuma ada karpet nipis tapi boleh la... kita nak pi buat ibadat bukan nak senang -senang dengan bilik tak banyak bagi aku tak ada masalah.Disini aku tak ambil apa pakej apa pun,sebenarnya di Arafah dan Mina ada pakej kalau nak duduk istimewa sikit kena tambah RM 700.00 seorang kalau tak silap. tapi aku dan hubby pilih tak mau .jadi kami tak kisah keadaan apa pun.lepas kutbah Arafah,zikir,doa dan lain-lain kami keluar dari kemah untuk berDOa di sana tak dapat aku bayang kan apa kita hendak apa yang kita minta Allah akan makbulkan Doa kita ALLAH akan Mengangkatnya ya...ALLAH ............hanya engkau yang tahu apa yang ada dalam isi hati aku ni.........so lepas aku habis berdoa bila aku toleh belakang ,aku nampak dramatis Fuaziah Nawi ada belakang aku. tak tegor pun dia pun dengan cara dia dan aku dengan hal kami.masa pun dah nak habis kami pun siap-siap dan pack barang nak pi Muzaliffah nak bermabit dan kutip anak batu 70 biji di sana sebentar ..... masa tu aku dah mula batuk dengan debu yang berterbangan tengah malam ullos,aku memang tak leh nak tidur pun.tapi aku tak la terlepas bas atau terkandas di mana- mana kami selamat perjalanan so dekat nak sampai subuh aku n hubby dapat bas so tu pun aku hanya berdiri n duduk betui betui belakang driver.tak kira la aci aku boleh naik bas macam tin sadin.himpit pun himpit la cuma pakai telekung tak la tersentuh aurat.so sampai di Mina dah nak masuk subuh so kami tunggu subuh sat sembahyang kami pun gerak pi melontar....di jamrah Akabah dan bertahlul so patah balik buang ihram dan kami dah keluar dari pantang larang Ihram.msa tu aku tengah dok syok bersembang dengan kawan-kawan yang sama pi melontar aku dah terjalan jauh dari terowong dah tersesat sikit yang hubby aku pi dah sampai kat Maktab yang kami baru tersedar kami dua tiga orang perempuan dah tersesat munjur satu doc.tu bawa handpon dan talipon geng Utas kami punya pakej. so dia pun habak tu ni... so bila patah balik nak bendera Malaysia aku dah rasa lega sangat.masa kami pi ni kami tak ikut time tabung Haji bagi kami pi sendiri.tak kisah asal kita pandai bawak diri.tabung haji selalu bawak geng Malaysia tengah malam taklah sesak sangat tapi yempat melontar dah tak macam dulu pergi dan balik tak sama so kalau ramai atas kita boleh melontar kat sebelah bawah ikut pada pihak polis arab bagi kut mana yg tak sesak.memang senang la melontar boleh pergi sampai depan jamrah.ada la jugak yg suka lontar jauh laju pulak tu... nak lontar syaitan.tu jamah dari bangsa mana aku pun tak tau kut belah arab kut.
Tapi kan aku selalu lepas melontar hari pertama tu aku kemas barang terus naik van balik Mekah masa tu Arab pancung kepala,kami satu kepala nak balik Mekah dia AMBIL 40 Riyal = dengan 40 rm kita.tu kira murah jugak org lain sampai 80-100 riyal depa hentam arab tak kira tanah haram ke apa ke depa ni kalau dasar kurang ajar memang pun.sini la aku berani cakap tapi memang depa tu tak guna. so lepas aku ambil kuncil kat hotel aku mandi so aku nhubby terus buat tawaf haji n masa tu aku dah teruk nak deman n batuk tanpa henti dan orang dah terlampau banyak balik mai Mekah nak Tawaf sangat sesak dan jalan pun dah terhimpit-himpit macam semut.dah nak sesak nafas nak masuk round ke 4 aku ajak hubby aku naik ke tingkat 2 walaupun putaran pusingan jauh aku gagahi jugak.lepas sembahyang sunat tawaf aku dah mula letih,lappp... dan aku dah rasa kelam sangat ngantuk bayang kan 3 hari aku tak tidur di Arafah,muzaliffah dan mina.so lepas sembahyang aku tidur sat dalam masjid aku terlelap aku dah mula demam dan terus batuk tanpa henti.so aku balik hotel aku tidur lagi dan aku tak leh dah nak pi sembahyang zohor kat masjid aku sembahyang kat hotel aje.so aku tak buat saie lagi so aku pi awal pukul 2 mekah aku nak buat saie tapi aku memang tak larat sangat.suami aku nak ambil whellchair kat aku nak tolak sewa nak 400 riyal aku tak nak. sebab ni saie haji. aku nak buat dengan kudrat aku sendiri .itu janji aku. dan aku akan buat sendiri.dalam saie aku menangis, dan dalam saie aku sendu dalam saie,aku reda, dalam saie aku demam panas dalam saie aku sakit kepala,dan dalam saie aku rasa macam nak mati.dan ada seorang dua perempuan yg sama-sama saie dengan aku dok tenang kan aku. kerana aku asyik menangis.dan pabila habis kerja haji aku aku menangis sepuas-puasnya dan kami sembayang Asar di pusingan ke 5.dan sambung hingga 7 dan aku gegas nak balik ke Mina balik untuk malam di sana dan esok aku akan melontar jamrah yang seterusnya.cabaran nak balik ke mina pulak hanya tuhan yang tahu sebab bas akan berhenti ikut suka dia tang mana dia nak buang pandai hampa la nak balik kemah hampa.kekagang buang kita kat kemah India,Turky dan lain lain pandai pandai la kita cari jalan keluar kesukaran komunikasi amat sukar. cakap itik dengan ayam.yang jadi polis ,askar Arab semua bodoh nak mampus.sesat la hang ikut suka hampa la..... di Mina sapa yang tak mau susah payah jangan ulang- alik dari Mekah -Mina susah.lebih baik jalan kaki saja naik bas@ van menyusahkan kita ingat dekat silap-silap kita kena jalan hampir 25 km nak cari kemah kita sebelah Malaysia.Kalau tahu jalan nak balik juga lebih baik jalan kaki dari mekah ke Mina. disebbkan aku selalu ulang -alik dengan hubby aku deman aku baik gitu saja cuma batuk aku ,aku batuk sampai balik Malaysia hingga 2 minggu.buat orang nak pi haji tak larat jangasn ulang alik .kira sesiapa yang kuat saja yang boleh buat.sakit jangan buat.aku terpaksa ikut sbb hubby aku dia kuat dan aku terpaksa..... ikut dia.
Kiranya kami buat Nafal awal cuma melontar 2 hari saja dan kami dah selesai buat semua ibadah haji serentak dankami hanya tunggu nak balik aje lepas tu kami dah boleh pi sembahyang kat Masjid macam biasadan tak yah nak fikir nak buat apa lagi.kerana orang pun dah makin banyak nak selesai kerja ibadah haji depa.so aku pun mula dok fikir dalam masa seminggu apa lagi nak buat dah nak balik .oh...lupapulak aku nak cakap sepanjang aku berada mekah ,Madinah,aku tak datang period pun aku doa kalau nak datang,datang masa aku belum buat Haji tapi ALLah pekenan doa aku, aku tak datang pun period sepanjang aku di sana syukur sangat. balik Malaysia baru datang.dan aku juga minta pada pihak tabung Haji kalau ada tempat duduk kosong aku nak balik flight pertama

Saturday, November 1, 2008

MAK KAU SEGALANYA


Happy Birthday
Awesome MySpace Comments & Myspace Layouts



Happy BESDAY MAK

Hari ni birthday mak aku yang ke 61 tahun.aku dah ucap pagi tadi masa buka telepon.mak n ayah aku tak dak kat kampong sekarang ni depa pi tunggu anak buah aku kat KL so depa dok sana hampir sebulan masa raya hari tu mak aku ikut pi sama sebab bibik adik aku yg no 3 tu balik Indonesia.so kata nak balik 27 hari tu lajak pi sampai lusa baru nak sampai katanya .awat ha.......bibik Indon tak tepat janji ikut suka hati teringat balik nak mai kerja.tang kita susah pihak depa buat tak tau. tapi bila jadi macam ni tak ambil hal pulak..............
yeah..... mak aku akan balik la......... rindu pada mak cuma cakap telepon saja tak tengok muka.esok mak aku akan sampai petang so sapa nak ambik dia, aku jugak........ hanya aku seorang anak dia yg dok kat perlis yang lain semua dok KL.Mak aku ni jadi rebutan anak-anak sebab dia suka masak.dan suka layan cucu dia.Maktok masak apa semuanya sedap.sedap kan mak tok.!!!!! hadiah...... aku tak bagi apa pun masa aku pi terengganu hari tu aku dah beli kat dia Kaftan dan baju Kaftan lengan panjang n tudung. so cukup kut kan nak demand lagi kut........
Dengar kata semalam adik aku wish makan kat luar jadi mak tok tak masak la semalam.......lega mak aku rest........ panjang.aku tahu pengorbanan mak aku hanya surirumah biasa,tapi mak aku lalui masa membesar kami apatah lagi ayah aku buat hal kawin satu lagi ..... mak aku cukup tersiksa masa membesar adik bongsu aku adik Muniff.sampai mak aku kurus kering sekarang mak aku tak macam dulu lagi apatah lagi anak-anak dia terlah berjaya.dan berkerja so mak aku tak susah hati lagi walaupun parut tetap ada dan ayah aku tak tinggal mak aku masih suami -isteri tapi mak aku............. dah tak layan ayah aku lagi lantak la..... ayah aku nak pi mana? nak ikut dia ke?,dia dah tak kisah........... ikut suka hang la.... yang kurang duit belanja sudah dan mak aku tak suka ayah aku menyusah kan kami @minta duit untuk belanja sebelah sana....oh........sorry.............no more to tolong dan kami tak pernah ambil tahu bab sebelah sana nak mampus ke tak.............ayah tetap ayah ..... ayah seorang saja. DAN BUKAN ORANG LAIN ada PAHAM.aku suka mak aku, aku sayang mak aku,.... MOGA ALLAH PANJANG UMUR MAK AKU DI BERI KESIHATAN YANG SIHAT BERBAHAGIA DI DUNIA AKHIRAT.Amin...........Syukur dengan ke limpahan NYA.Syurga di bawah tapak kaki IBU.I LOVE U mak...............

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails