Sunday, June 1, 2008

CECAHKAN DAHI MU KE SEJADAH

Cecahkan dahimu kesejadah
Bersihkan lah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solat lah kamu sebelum kamu di solatkan

Tutuplah auratmu sebelum aruratmu di tutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir merintih

Selepas itu kamu akan diletak kan di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah
Dengan empat kali takbir dengan satu salam
Berserta fatihah selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

Tapi apakah empat kali takbir dapat menebus
Segala dosa meninggal solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud mu yang telah luput?
Sesungguhnya tertipu dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian muslimim dan muslimat
Usunglah diri mu ke tikar solat
Sebelum kamu di usung ke liang lahad
Menjadi makanan cicing dan ulat

Iringilah diri mu ke masjid
Sebelum kamu diringi ke Pusara
Tangisilah dosa- dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izaril yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan



Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap berpijak di bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru ,sambutlah seruan Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jalailah kamu insan yang mempunyai erti


Ingat lah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok idik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agong dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakan lah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambut lah seruan ‘Hayya “alas solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal itu amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada guna harta,takhta,isteri@suami
Kad kredit,kereta kondominium
Saham dan niaga ,
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah di dunia

AN DAI KU TAHU - UNGGU

Andaiku tahu
Kapan tiba ajal ku
Ku akan memohon
Tuhan panjangkan umur ku

Andaiku tahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan ambil nyawa ku
Aku takut akan semua dosa dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andaiku tahu
Malaikat akan menjemput ku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa dosa ku
Aku takut akan dosa yang terus membayangi ku

Ampuni aku dari segala dosa dosa ku
Ampuni aku menangis ku bertaubat kepada padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga…………….

Andai ku tahu kapan tiba ajal ku
Izinkan aku mengucapkata taubat pada mu
Aku takut akan semua dosa dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangi ku………

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails