Friday, November 7, 2008

KESAL......ahhhh....

Kenapa aku kesal? sebab keputusan akhir tahun apiq dah keluar di sebabkan tak baca buku dan tak buat latihan sebelum exam ini la bahananya anak aku dapat teruk sangat !!!! kesalnya aku bukan kepalang harap apiq ,apiq kantoi,sedih,pun ada nak nangis pun ada, apa aku terlalu manjakan apiq sampai apiq dapat macam ni. bayang kan BM pemahaman apiq tak boleh buat langsung keluar tajuk .58% saja. sapa tak sakit hati dapat C tak pernah anak aku yang sebelum ni dapat C dan mate.yang aku harap dapat 90 ke atas cuma dapat 78 ni la kalau aku tak bertegas dengan dia aku tahu aku terlalu manjakan dia sampai macam ni apiq dapat teruk sekali.
Aku cadang aku tak mau bagi muka kat apiq ,dan nak kurang manja dengan aku ,pagi tadi aku dah breafing cukup-cukup. aku tahu apiq sangat faham sebab jiwa dia sensitif .dan aku akan tak abai dia lagi dari segi pelajaran sekolah mau pun agama dia. aku akan tegas kali ni .ni kalau dia tak mau pi tusyen pun aku tak apa, ponteng Quran pun tak apa aku bagi, so aku sedih sangat semua kemalasan apiq aku yang tak tegas....... aku salah diri aku, aku kena muhasabah diri aku mengapa anak aku jadi macam ni? sebab aku terlalu berinternet... aku selalu lepak depan pc dengan main games .dan aku tak take care cara bersungguh kat apiq.aku leka dengan ternet aku,pc aku dan apa yg tak kena dengan pc aku.aku takut apiq turun kelas aku tak mahu....... aku kesian kat apiq kalau dia turun kelas....... aku tahu kat mana kebolehan apiq ,apiq boleh dan dia memang boleh cuma aku kena jangan ralit tengok pelajaran dia.
Aku nak buat jadual dalam cuti sekolah ni aku nak apiq tiap -tiap hari buat karangan dan penulisan biar kukuh dan paham perkataan dan ayat .aku tak nak dia asyik tengok TV astro 24 jam dan nak kurang games dalam komputer dia.Aku rasa ni lah salah satu anak- anak kurang tumpuan pada pelajaran banyak sangat benda moden yg di hulur kan pada mereka. bayangkan rumah aku ada 3 pc dan 2 notebook macam kedai siber pulak. tv pulak ,atas,bawah belakang ,depan ada siap dalam bilik. astro atas ,bawah ada.mau anak -anak tak terkawal.salah aku dan hubby..... kami laki bini salah.... aku mengaku ...................aku tahu anak- anak aku bukan pun keluar rumah amat jarang keluar rumah terutama apiq ,dia tak pergi rumah kekawan dia tak keluar berjalan rata tiap-tiap hari aku ajak keluar jalan-jalan pun tak nak dunia dia di rumah sebab apa? sebab ini la..... sebab rumah dia semua ada.......... PS 1,PS2 ada,gamesboy ada.apa nak .......mcm-mcm adaaaa.................munjur la prestasi alia sedikit meningkat exam kali ini tak macam exam hari tu teruk......tak tau la anak -anak oi........ mama dah buat bagi hampa senang tapi hampa buat mama susah hati....... mama,sterss............ sangat .aku rasa puas hati apa yang aku tertekan aku luah dalam N3 ni , aku rasa yg tersekat dalam dada ni dah lapang sikit.Hanya ALLAH saja yang tahu apa dalam perut, minda,benak aku selama ini.ya....ALLAH mungkin ini ujianNya lagi pada aku...................... aku kena tabah aku kena tolong anak-anak aku....... mereka nyawa aku selama ini..........

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails