Tuesday, December 23, 2008

BERCUTI LAGI......

Hari ni lepas zohor aku n family nak pi KL .abah depa ada kerja jumpa pak menteri esok so dah cuti bersambung- sambung sampai hari isnin.kami anak -beranak plan nak pi berjalan kat KL aje la.ikut suka la hubby nak jumpa menteri. aku n anak-anak boleh pi shopping menyopping apa yang patut.kali ni pi bawak dgn anis sekali,sbb lama tak bawak anis jejalan hari tu masa pi kelantan,terengganu pun tak bawak pi Hong kong pun kena tinggal.aku kalau tak bawak semua rasa tak cukup lengkap aje. family. mesti teringat kat dia.so anis pun dah apply cuti kat Telekom selama 3 hari.
Aku pulak asyik sakit perut aje... nak 'membuang' sat rasa nak keluar pi tandas tak keluar banyak mana pun perut still sakit sangat.yg sakit sangat tu.... tempat membuang,aku ni buasir n sembelit tak leh silap sikit makan perut aku ni mudah sakit n sembelit aku lagi menjadi-jadi.rasa 'keras semacam aje'ni la masalah aku selepas aku menjadi seorang ibu.......tapi aku tak makan ubat,ubat dah tak jalan dah... walaupun doc.nasihat aku makan sayur n buah-buahan minum air banyak benda tu masih tak baik-baik sampai now,aku ikut cara aku ,aku cuma cari supplement tambah yg bagi senang 'membuang".sakit nya perut aku,tak larat bubuh minyak angin.cap kapak.

Sunday, December 21, 2008

shampoo ,batu sungai




Lama dah aku tak tulis n3 ni bukan apa tak dak modai nak tulis apa n mahmoood ...(mood) aku tak dak sama. ni pun bila aku teringat yang kemarin aku mandi,aku teringat yg shampoo aku selalu habis.alia anak aku perantam kalu dia mandi bilik ayaq aku jawapnya shmpoo n baby bath aku selau habis cepat. tak mandi tak apa,kalu mandi benda nak pakai utk stok sebulan jadi seminggu .mandi pulak 1/2 jam baru nak sudah. lama sungguh dia main air.




bila aku teringat yg shampoo habis dan terlupa beli aku dah 3 hari tak shampoo rambut .kulit kepala dah gatai sangat.aku ni kalau shampoo rambut aku akan biar dia kembang dalam kulit kepala biaq 2,3 minit dulu pastu baru aku basuh.biar air shampoo dok meleleh kat badan .so dengan air shampoo yg kembang tu dengan tak langsung boleh gosok daki memang keluar betui daki tu bila daki tu kita gosok dengan batu sungai yg kesat-kesat sikit jangan ambil batu sungai licin tak mau kena yang kesat, sekali tonyoh mesti keluar punya tak caya cuba try!!! terutama tempat celah celah badan kaki,tangan,ketiak terasa betui daki keluar seketui-ketui.




Lepas basuh kepala n badan kita akan rasa badan kita sangat-sangat licin dan lembut dan badan pun rasa ringan aje ,tu aku punya perasan la ,apabila aku selau buat macam tu.pastu nak pakai baby bath pun tak apa dah.lupa nak habak aku selau pakai shampoo sunsilk hijau yg limau purut tu.shampoo lain kurang keluar dakinya tapi kalau shampoo yg limau purut jamin keluar daki.batu sungai ni memang wajib aku ada dari aku anak dara lagi sangat sangat berkesan untuk tonyoh daki tapi..... jangan kuat sangat melecet badan nanti.....




so kalau nak try boleh try tak mau pun tak pa ni la petua aku yg aku amalkan tak mau badan aku kotor ,aku tak yah pi buat bleaching,mandi susu,,scurb dan mandi bebagai aku hanya perlu masa lebih sikit aku buat sendiri di rumah ,tapi kan kat rumah tak dak la bidadari nak tolong gosok, kena gosok sendiri kena la gagau sendiri nak tonyoh belakang tang mana sampai saja la...... ....yg pasti rm aku tak keluar banyak dan aku perlu beli apa benda @ serbuk apa untuk nak lulur dan manja diri aku jamin puas hati...........

Tuesday, December 16, 2008

happy birthday abah


End of story.



Mama Lupa..........

hadiah kat abah,ini aje

Sorry,abah mama lupa nak wish abah besday semalam,hiksss.....lagipun kan mana, mama keluar lewat pi baiki handpon alia n mama pi check mata mama yang pelan tak nampak biasakan dan mama 40 an jauh dekat dah pelan bertambah powernya.


lagipun semalam abah kelam-kabut nak ke Airport nak pi metting kat putrajaya hari ni. so tak sempat nak cakap apa. n pagi abah pi opis ambil surat n waran tiket abah, mama masih lagi Zzzzzz....... biasa kan cuti ...... apa pun mama doakan yang abah panjang umur ,murah rezeki untuk kita anak- beranak susah- senang mama tetap bersama abah hingga akhir hayat. sayang abah. so birthday abah ni kita tak jalan mana selalunya kalau besday abah kita ada kat overseas @ keluar dari negeri perlis ni, ni abah seorang terbang mama tak .tak apa la......


Yang buat aku lupa tu bukan pasai apa?sbb present kat hubby aku ,aku dah bagi awai,aku beli hubby aku handpon sony ericsson n simpan bila dia dok mengeluh handpon dia payah nak call n buruk aku bagi la kat dia handpon tu....ni pun dia jarang pakai handpon yg aku bagi .lebih sedap yg lama (Nokia).selalunya hubby aku suka pakai yang lekeh yg elok mahai dia suka beli kat kami je.hubby aku pakai yg 2hand anis.ni aku beli tak sampai 1k pun so tu dia ambik tu......

Monday, December 15, 2008

aku kena tag


Tajuk:TAG BergambarMotif:

Mengimbau Kenangan dolu2..


Syarat-syarat:-

1.sila amik gambar.. mcm gambar yg diatas ini.

2. dan letak kan di blog anda.


sorry,gambak lama tak dak dlm simpanan L~D nanti ada nak selongkar dulu,
(kira gambar ni bole kut!!!)


Saturday, December 13, 2008

orchid lagi

RM 25.00 wangi
ni harga nya RM 45.00 (mahal ke murah ?)

orchid tanah RM 12


buterfly (phal) rm 20



RM 25.00 (memang cantik )sepis hutan




ni harganya RM20.00(harga member)

sesiapa yang minat orchid kongsi-kongsi la bunga dengan saya !!!!saya tengan cari orchid spesis orkid hutan



Apa tu......


Apa ni? ini la meng kuam @ sireh siam yang di makan dengan daun kaduk? hang pa biasa makan dak ? setengah orang memang biasa makan setengah org tak pernah makan? sedap.......yammm...aku ni org kampung tentu la sedap.makan macam tu selalunya yg ni pembuka selera bagi orang Thai.kat restoran Thai kekadang dia ada sedia benda macam ni. macamana aku kenai Meng Kuam ni masa aku kerja dulu member aku bawak mai benda benda tu so suruh la member opis rasa so not bad macam makan sireh aje,bila aku jumpa kat mana benda tu aku mesti beli ,selalu nya aku jumpa kat pasar sehari tempat aku(Nat) dari harga RM 1.00 hingga la naik RM2.00 satu bila aku terasa teringin aku akan beli la..... tapi jarang ada kekadang ada kekadang sampai 3,4 bulan siam tu tak bawak mai....tak la dapat makan tapi aku tak leh makan banyak. aku makan lebih pada 2 polisterm tu aku kena sembelit mungkin daun kaduk tu ku buat sembelit.tapi aku tahu benda tu kekadang boleh jadi ubat.




Wednesday, December 10, 2008

PERGINYA SEORANG SAHABAT.


Pagi ni aku terima berita pakcik dee meninggal dunia.Inna lillaahi wa innaa ilaihi rooji' uun.nama arwah ni saidi bin kamis sebenarnya dia kawan hubby aku dan sekampung dgn hubby aku. usia dlm 65 tahun.pencen seorang guru. arwah memang baik dengan hubby aku walaupun jarak umur terlalu jauh kekadang dia tolong kami dan kami pun kekadang ada menolong arwah.


apa yang menjadi rapat dengan aku n hubby lagi semasa kami pergi Mekah tahun lepas maknanya genap setahun selepas memunaikan fardu haji pak cik Dee dah meninggal.kira dalam edah haji lagi .kira arwah tumpang kami pergi haji memandang kan kami muda dan pak dee tak dak sama nak bawak so dia tumpang kami la....aku ingat lagi masa kat airport Alor setar anak dia beria-ria suruh kami jaga ayahnya .aku jawab insyallah.mula dari ke Mekah lah aku mula rapat dan kenal pak cik dee secara dekat. masa kat sana dia tinggal satu bilik dengan hubby aku dan aku tinggal bilik sebelahan dengan bilik depa. bila pak cik dee sakit aku aku akan dengar suara dia samada batuk-batuk dan muntah ,memandangkan pakcik dee selalu batuk-batuk dan aku selalunya pancing" tak tahan aku akan bertanya dekat bilik saja atau diluar pintu samada pakcik dee ok ke? nak pi klinik ke? kalau arwah rasa teruk sangat dia akan ajak hubby aku bawak pi klinik.bila kita tanya pak dee sakit? jawapannya tidak sakit sikit saja .alhamdullilah pak dee dapat buat semua ibadah haji.walaupun kekadang kami tinggal dia tapi dia pun tak nak ikut sbb hubby aku jalan laju sangat dan cergas tak leh nak ikut dia tak larat jalan .ikut pada suka hati dia kekadang ikut kekadang tidak.begitu juga pergi masjid ,arwah tak pernah pi sekali dengan kami dia pi seorang saja lagi pun tempat kami tinggal hanya 50 m dari Masjidil Haram.


Begitu juga waktu nak balik mai Malaysia dia punya seronok nak balik terutama kami dapat balik awal memandangkan pak dee kurang sihat selama berada di sana.macam tu juga kenangan aku semasa aku ,hubby dan arwah nak makan nasi pabila kami dah tak lalu nak makan yang pakej sedia tiap-tiap hari.so aku selalu turun beli nasi turky yang harga sampai 40 riyal utk seorag = dengan rm 40.00 duit kita dia selalu mintak aku belikan sama kat dia.tapi tak bagi duit dia suruh aku belanja dia.aku selalu kata kat dia" pak cik dee nak beli mai duit nak beli sama , tapi dia selalu cakap kat aku" apa la..... hang ni tun(nama aku) nak berkira dengan aku macam bangla aje asyik mintak duit.aku kat la bukan sekali dua ni dah melampau tiap kami aku beli aku kena belanja dia......masih teriang- riang lagi di telinga aku ni"dengan lawak dia kat aku, dengan marah dia kat aku,dengan usik dia kat aku n hubby aku masih terasa .


Bila pagi tadi aku ziarah arwah pada kali terakhir, dia sudah tiada wajahnya tidak berubah dan aku melihat senyumannya yang terakhir. ALFATIHAH...................

Tuesday, December 9, 2008

Raya korban

macammana raya ? aku macam biasa aje lagi pun adik- adik aku tak balik, raya pun jadi sepi tanpa anak-anak sedara aku .so mak aku la yg sian borring sangat anak sapa pun tak balik. tapi aku pi la jugak rumah mak buat masak-masak n bakar daging kat rumah dia. aku ajak dok rumah aku mak aku tak nak nak raya rumah dia.tengahari kami sekeluarga pi makan di rumah mak aku dah awal-awal lagi hantar bibik aku tolong mak aku masak.so tak la mak aku tu nak buat semua seorang diri dengan ayah aku aje.

memang la mak aku sedih anak -anak dia tak balik so pepagi lagi adik- adik aku pon tanya habak mak aku,jawapnya mak aku kata tak masak apa just masak ringkas aje tu pun semua daging aku beli.mak aku beli daging 1kg aje.kalau raya selalunya mak aku akan beli 4-5 kg untuk anak cucu nya.tak pa...... mak nanti krismas ni anak mak nak balik cuti panjang.

Hari ni aku makan kenduri korban rumah mak mentua aku katanya sembelih 2 ekor lembu tu pun aku pi dah pukul 2 .hubby aku pi rumah kawan dia so aku cakung la.....tunggu hubby aku balik nak pi rumah mak dia.aku pun lapar so aku pi makan kenduri yg jiran aku buat dulu lega rasa........tak la...tahap kebulur bila aku pi rumah mentua aku, aku dah kenyang .aku makan sikit sikit aje cicah air asam + ulam_ulam ratah nak makan daging takut senak pulak .pagi tadi aku rasa senak sangat dah pun membuang tapi perut aku rasa sebu......lagik...

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA


DAN SERUKANLAH KEPADA UMAT MANUSIA UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI,NESCAYA MEREKA AKAN DATANG KE(RUMAH TUHANMU )DENGANBERJALAN KAKI DAN DENGAN MENUNGGANG BERJENIS-JENIS UNTA YANG KURUS,YANG DATANGNYA DARI BERBAGAI JALAN (CERUK RANTAU) YANG JAUH.
MOGA UMAT MUHAMMAD S.A.W.DI TERIMA HAJI YANG MUBRUR

Thursday, December 4, 2008

Ni kereta merah aku yg aku tak suka bawak tak sodap langsung........
my lovely handbag coach aku beli kat airport Hongkong masa nak balik,pasai apa aku tengok kat M'sia KLCC dah habis depa nak bagi kat aku display aku tak mau,org tu try org ni try beli mahai -mahai org dah try buat apa?

Blouse siam hanya rm 35 hingget saja.......



Hari ni aku berjalan lagi maksud aku,aku hari ni perabis duit lagi.....hikss..aku pagi tadi bangun lewat lepas saja subuh aku dum Zzzzz...... balik celek mata pukul 9.00 aku pun gosok gigi telan vitamin terus capai tudung pi rumah depan nak bincang bab tusyen alia. dengan anak dia farah dah satu sekolah dan tahun depan form two jugak dan aku tanya la kut kut dia nak join grop tusyen dengan anak aku. cik gu tu suruh cari 5 org.senang nak ajar mate n sains so aku pun dah bincang balik la mandi dak lagi so aku dok kemas baju- baju aku,seluar aku,

So aku dok tengok tengok jugak barang kemas aku memandangkan sekarang aku dah tak pakai emas 916 (kuning).aku buat kiraan berapa rantai?,rantai tangan ,cincin,rantai kaki aku.dan tengok jugak barang emas anak dara aku .sekarang trend aku dan anak-anak kami pakai white gold 18 k.senang aje .simpel aje. tak la sarat macam mami jarum.serba satu dah cukup.tapi aku suka pakai rantai kaki dari aku zaman budak kecik,anak dara sampai la aku tua aku tak pernah buang rantai kaki.dari emas kuning sampai la aku tukar ke emas putih aku tetap pakai kalau aku tak pakai aku rasa ada kurang pada kaki aku.pecaya tak? aku ada 4 rantai kaki putus 2 aku beli baru 2 aku pakai pada ke dua belah.rantai kaki emas putih ni payah cari sikit yang tahan putus. selalunya dia jual yg nipis aje tebal pun putus jugak tengok pada peten dia la.....nak beli yg ada gantung- gantong tu payah aku nak lipat kaki masa sembahyang so aku beli jenis biasa aje dan yang jenis ni memang tahan aku dapat kat Tomei.


Bebalik pada aku perabis duit aku ke Padang besar pulak tengah hari tadi ,mak aku call dia ajak aku pi pekan nak bank in duit dia cakap dalam akaun BSN duit tak dak ada cukup-cukup duit buku aje sbb apa? tiap-tiap tahun BSN akan potong setahun RM 10 lama-lama duit dah lelek pocit.so dia takut buku kena close so dia mak aku bubuh la sikit habuan akaun tak turup sat lagi duit pampasan tanah nak masuk. so aku pun pun tanya mak aku lepas ni nak pi mana ? mak aku cakap tak pi mana ? so aku bawak la mak aku sebagai peneman aku nak pi padang besar ,aku nak beli slack kat Anis sbb anis pi pratikal tak leh pakai jeans, kan nak pakai baju kurung kut nak terjun parit nak tengok tiang telekom tu......,aku aku kurang slack ada 2 aje so aku pun pi la padang besar senang sikit murah pun murah, aku pi dah pukul 1 .punya la cari parking payah nak jumpa kat dalam medan tu round punya round jumpa. so terus pi mencekek dah lapou.....u naik kebulur aku tak jamah apa pun cuma telan vitamin aje.so aku order bihun tomyam 2 dengan mak aku so air minum biasa baru lepas makan baru gerak cari seluar. so aku jumpa la 1 baju cantik la jugak color merah jadi red mummy pulak aku la ni handbag merah ,kasut merah,dan baju terambil warna merah,baru la aku cari seluar anis aku ambik 3 helai RM 60 so aku pun turun dari pi tempat orkid aku kalau pi padang besar tak sah kalau tak tempat orkid sambar pokok orkid 2 batang satu orkid utan satu jenis tanam atas tanah so balik pacak aje yg orkid utan tu aku suruh abang tu lekat siap siap atas kayu n ikat bagi lekat balik rumah aku sangkut aje kat rumah orkid ku. tu la dok habis duit aku tu. maaf kasut tak sempat snap.....

Wednesday, December 3, 2008

Tesco dan Giant

Aku baru balik dari Alor setar cari barang dapur skit. aku pi kat Tesco n giant memandangkan anak -anak dan mak pun ikut aku layann la anak-anak aku tu tambahan pulak anak dara aku gila makan sushi.so bila habis makan esok lusa depa gian balik ajak aku pi tesco.aku pulak suka sangat donat big apple so tu mesti beli .......bawak balik .lawak -lawak pun duit aku habis tiga ratus. nak beli itu ni so aku beli la keperluan untuk nak masa raya korban ni. gambar memang aku tak teringin nak snap pulok....... tapi banyak sangat orang perlis yg aku kenal jumpa kat Tesco depa pun macam aku juga kut beli barang nak sambut raya.tu...pun jumpa masa kat food court dah pukul 1.30 masing masing turun nak mencekek... lapar.

Apiq macam biasa tak nak makan pada mulanya tapi bila nampak mee yee mak tok n angah dia pun teringin so dia makan kongsi dgn mak tok.sian pulak mak tok makan dgn apiq aku nak beli lain mak aku tak nak dia cakap tak payah la ......lambat banyaqk orang yg dok order mee yee sazziling sedap kut, aku tak rasa pun aku hanya makan nasi capur hanya 2 hinggit saja murah kan......
Apiq beria-ia ajak aku pi tesco ni sebab dia nak ikut beli pedang n pemanah.minggu lepas pun aku dah pi jugak aku beli pedang aje dengan macam piring terbang tu... hari ni memandang kan pedang dah habis yg jenis dia hendak ,so beli pemanah aje tak sempat nak buka kat rumah dah bila masuk aje kereta dah koyak. sekarang asyik dok panah rata sat kat peti sejuk sat lagi dinding ,cermin ,akak ngah dia last sekali bibik juga jadi sasaran.aku tak beli apa pun untuk aku cuma aku beli kotak bertingkat senang aku nak bubuh segala make-up aku,kerongsang aku ,yang aku lama tu kecik aku beli dah hampir 10 tahun dah tahan so yg ni besar boleh bubuh berbagai tapi cuma 4 tingkat aje.jam aku barang emas aku aku sumbat semua dah nama pun besar lagi boleh pesok aku perosok la........Alia dapat baju sehelai dn baju panas lengan panjang dah ok..........

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails