Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan Al Mubarak

Salam........ Selamat menyambut Ramadan Al- Mubarak .mungkin malam ni kita dah pi sembayang tarawih,dan malam ni gak kita akan bersahur.........

Persiapan apa makan malam ni ?aku tak tahu lagi tapi aku dah keluarkan daging,ayam n ikan untuk di masak.malam tadi aku dah buat agar-agar .buat agar2 biasa aje yg merah bodo tu......... buat puding pun bukan hb n anak -anak aku makan.

Hari ni aku tak la buat kerja sangat. syukur juga bibik sebelah rumah aku tu mau mai rumah aku tiap petang untuk serika kain .masa tak dak orang ni dia tawar diri nak buat kerja rumah aku secara part -time.so majikan dia bagi. aku pun minta kat majikan dia .so setuju dia pun mai la kerja rumah aku 1,2 kerja petang -petang .bab kain baju ni tak la aku hantar dobi untuk serika .lega satu bab.

Semalam aku pi padang Besar huh........ lega pi dari pukul 10.00 sampai pukul 2.00 baru balik yang pasti aku beli banyak benda..... termasuk la baju ...... memola kata tak mau beli pastu tengok cantik beli la gak so baju ayong pun beli jugak sehelai......... kat ct padang duduk kat 2 jam dok belek nak beli satu-satu barangan dapur dan segela bagai sabun,pinggan mangkuk sampai aku beli rice cooker kecik yg nak bagi kat anis disana .jenama sharp haga 55 henggit..... mahai ka...... @ murah?? tapi rasanya di sini tak dapat. tu dok intai yg besar sikit rice cooker tak sampai 100 pun.mak aku pun angkut 2 periuk besar bagi kat adik aku, kebetulan dik aku balik tengok periuk tu dia kata" besarnya periuk macam nak masak nak juai kat pasar ramadan pulak.......bayangkan ......... mak bila pi rumah adik nak buat yg jenis berkuah kat rumah adik ada periuk kecik aje so bila nak buat jamuan payah la sampai 2.3 bekas .

Sat lagi aku nak pi Airport sat nak ambik tiket firefly kat anis dia nak balik sat 26 hb ni rindu kat kangaq katanya rindu kat pasar ramadan kat kangar n rindu kat adik-adik dia ,nak buka puasa kat rumah sat. kebetulan cuti.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL- MUBARAK .RAMADAN DATANG LAGI.... DENGAN KESEMPATAN INI SAYA MINTA MAAF JIKA TERKASAR BAHASA DAN KESILAPAN DALAM MENULIS N3 SAYA YG TAK SEBERAPA INI.LUAHAN KU TETAP DISINI. MOGA KITA MEMPEROLEHI GANJARAAN "ALLAH DI BULAN
YG MULIA"


ASSALAMMUALAIKUM......

2 comments:

kakcik said...

Salam Mama Munira..

Selamat Menyambut Ramadhan. :) (banyak shopping, ek?)

MaMa MuNiRa said...

kak cik ,habis lak gak seratus dua.he....he...... lepas geram.

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails