Tuesday, June 8, 2010

salam

Lamakan tak tulis n3 ni.buat apa pun tak tau .yg pastu aku byk masalah yg menimpa -nimpa lepas satu- satu. bila nak settel habis pun tak tau .bila mati kut tak payah fikir apa.habis cerita n tutup buku. sehari dua ni aku tak sihat sakit perut,senak sampai tercirit -cirit bukan sbb makan @ keracunan tapi perut aku ni memulas semacam aje lama juga la tak pernah sakit macam ni sampai aku pi inject tahan sakit. memang tak tahan sangat.........

pepagi ni aku bangun awal lepas subuh aje aku n hb gerak pi Airport ,hb ada meeting esok pagi so pi awal la sekarang Airasia dah takdak petang malam pun dah lewat sangat.hari ni boleh hb pi jalan -jalan n jumpa dgn anak busuk dia (anis) ada kat sana. aku lepas aje hantar hb patah balik kejar masa nak hantar alia pulak ada kelas tambah kat sekolah mula pukul 8.00 alhamdulilah sapai awal gak sempat lagi hantar alia pi sekolah .apiq mcm biasa la bangun awal buka tv n tangan dengan psp yg tak boleh renggang langsung.kekadang geram aku tengok sampai nak mandi n makan pun dok bertagak asyik main tu aje......... ni pasal cuti sekolah kalau tidak masa sekolah buka jgn harap aku nak bagi .mcm nak balas dendam masa sekolah tak main.

kat rumah ni tinggal kami 3 berank aje le..... mak pun dok kat sana .tadi dok la fikir kalau masa aku patah balik lepas hantar hb mau jadi apa -apa kat aku sapa la nak tau. anak masih lagi dok tidur @dok dlm rumah tinggal depa 2 aje. nak telepon sapa ? aku ni sekarang fobia dengar accident ni. bebaru ni pasal aku dok teringat abang ngah yg accident awal pagi kat nilai lepas turun bas dari perlis -KL pastu naik kereta kawan dia nak pergi kat kakak dia kat melaka so accident dengan lori yg berhenti tepi jalan driver rehat utk tidur. takut aku bila dengar mcm tu.bila ingat abang ngah yg umur baru 20 tahun macam anak -anak aku rasa seriau lak.

Nak buat apa pun tak tau lagi ni ........ tu yg berintenet pepagi ni kerja rumah dah sudah la..... yg lagi- lagi tu biar pi sat....... tak larat nak tengok......

Friday, May 21, 2010

MUSIBAH........MUHASABAH DIRI....

Dalam minggu -minggu ni aku dapat musibah pada keluarga aku terutama dari hb aku tempisnya terus pada aku. byk gak wang kami habis dengan cara tak nampak .2 biji kereta aku lesap dek kerana percaya pada saudara sebelah hb aku. ni la gara- gara terlalu percaya pada adik- beradik. aku tak menafikan kan yg suadara hb aku ni busuk hati ,jahat penyamun. tapi hb aku marah kat aku bila aku kata keluarga hb aku jahat .adik beradik dia tak boleh percaya. last aku kena marah.aku yg hb kata tak suka kat family dia. now terang lagi bersuluh.......... apa yg aku kata sebelum ni terselah kebenaraannya .

sekarang hb aku sedar apa yg aku kata keluar sebijik sebijik kena pada kepala dia tempisnya duit aku habis beribu-ribu. aku bila fikir bab duit.... $$$$$ kepala aku sangat pening .tambah zaman sekarang ni.........aku tau hb aku tak kisah sangat habis sangat dia kata bukan rezeki kita .Allah nak beri ujian dan ALLah nak kita beringat lepas ni........ nak kata apa tak kata gitu.....

Dalam minggu- minggu ni juga aku jadi sterss sangat....... geram, sakit hati . macam kalaau jumpa adik- beradik dia macam aku nak bunuh aje ,@nak maki ke tendang ke ..... memang aku geram........ sangat......... Tuhan aje yg tau...... tak apa aku berserah pada ALLAH ,aku berdoa org yg menzalimi kami akan dapat balasan dari ALLAH. "percaya lah walaupun orang kafir yg berdoa bila mereka di zalimi Allah akan makbul permintaannya."cuma dengan cara cepat @ lambat.

Air mata aku ni toksah cerita la ....... bila teringat mesti menangis.tapi hb aku suruh aku banyak -banyak bersabar....... banyak berdoa ........Hanya ALLAh yg satu .......... bukan duit aje habis dengki adik- beradik hb aku sampai rumah tangga aku ,kejayaan anak -anak aku pun mereka tak suka tengok family aku senang........ tak suka tengok keluarga aku bahagia. tak boleh tengok aku dok pi melancong rata cerok. depa dengki......... kesilapan hb aku apa -apa sikit cerita kat mak dia. org tua tu pulak nak megah canang rata bila org yg dengki kianat dengar mula la cucuk buat macam -macam kat family cut habis bisness aku .sekat habis bila aku nak lobi projek aku.......... jangan bagi kat kami sbb kami dah senang.adik beradik macam ni tepi jalan bercambah........ memang bangsa Ha###&@***** baik sikit.

Aku memang tak berkenan kat Mak men*** aku tu tapi yg aku dok sekarang pun dengan anak dia .yg aku dok peluk pun anak dia yg dok dakap aku pun anak dia. anak dan ibu mana boleh pisah. syurga tapak kaki ibu .itu aku tak nafi kan walaupun ibu laki aku ibu aku juga tapi apa yg dia buat kat aku ...... depan laki aku mak dia layan baik tapi sebenarnya............anak -anak aku tahu yg tok dia hanya pura-pura depan abah........ buat macamana pun abah tetap percaya pada ibu dia.apa yg aku dapat kata kan memang saudara sebelah MIL memang busuk hati,dengki,kianat, jahat..........

sekarang aku rasa lapang dada aku hanya doa-yg tak putus -putus moga ALLAH perkenan doa aku. permintaan aku manusia hina lagi terdesak....moga ALLLAH kabulkan DOA aku.....

Tuesday, May 4, 2010

Rumah lama make up baru............

salam.............

Tak ada pun yg menarik nak di kongsi macam biasa la dok rumah buat kerja rumah. bab settel bank -bank dah selesai cuma ada satu hutang cina bidai yg tak bayar lagi .

Now rumah aku telah make over lain (make up ) bukan la renovet rumah w/pun hati ni teringin yg amat sangat nak tambah rumah tapi di sebabkan dgn hb aku selalu bertekak dah meluat nak bertekak aku ikut aje apa yg dia buat
Tak la tambah apa pun cuma beli tank air yg besar sikit dari biasa dan tak bubuh dah dalam siling letak kat luar rumah dekat dengan Air pump kali ni air lagi sangat buka sikit pun dah laju .kalau tidak kalau buka air kat dapur air kat luar nak siram pokok tak jalan dah kena buka salah satu yg pakai tangki tu tak pa la......kali ni tak tau la nak kena bair bil air berapa? lagi deras air lagi syok mandi kan ............yg selalu mandi lama hb n alia la lagi la syok dok berendam dalam bilik air tu.....
Tambahan pulak bilik air yg hb aku mandi kat bawah tu ..... pasang pulak electric shower.apa lagi sekaeang tak la berubut bilik air dah selalunya alia,me n apiq mandi kat atas ada benda alah ni masing -masing pagi pagi mandi air panas tak tahan sejuk bila kat bawah dah pasang bilik air bawah .dah tak berebut lagi nak mandi terutama waktu pagi. tidak bilik bawah ni abah depa pajak seorang aje.......
e
dan satu lagi kami dah mula nak cat rumah lain dah duduk rumah ni hampir 8 tahun dah habis dah cat luntur so rumah org lain pun dah pakat cat lain dah tinggal 2,3 rumah yg tak cat so aku aku pikir baik la cat....... grill pun dah berkarat kat luar kena hujan...... so memula tu sat grill la dulu pastu baru mula cat kat luar baru masuk dalam rumah. tukang cat aku tu orang tua sian la pulak nak suruh cat cepat -cepat. buat kerja pun terpedap -pedap. tak pa janji cermat.so far tak la sememeh sangat...........dah seminggu cat besi tak habis lagi dok cat x ni apa aje besi kat rumah aku yg berkarat semua cat lain termasuk buaian ,pagar rumah. semua putih dah beli color tu jadi cat aje lagi tak habih.lepas ni tak tau nak tambah apa lagi........ rasanya dak kut aku segan dok dlm rumah hari -hari tunggu depa buat kerja kalau luar nak pi mana boleh kunci rumah kalau dalam dok tunggu terpacak jadi tanday............ malas la ........ kekadang bila depa balik ada lak yg bocor...... tak tengok habis...... terutama paip air yg air laju sangat.......

Wednesday, April 28, 2010

Cerita Biasa

Tak dak pekara menarik untuk di kongsi nak tulis n3 pun ala-ala suam kuku dah la ni cuma buka F/book lak .yg utama tu my hb dah pandai main internet dah pandai koset- koset l/top dah . ada facebook sendiri.dah pandai cari -cari bahan berita dalam ni. tu yg jadi aku malas nak buka. apa yg aku luahkan dia nak ambik tahu tu yg aku jadi tersentap nak berinternet tu...... dulu dia tak amik tahu pasal -pasal ni. sekarang kat office pun dia dok chat dgn aku tanya buat apa? dah pandai cari kawan dlm facebook dah hb aku tu..... tak terkial -kial macam
dulu buta IT.


nak cerita apa eek......?. tak ada yg menarik pun sepanjang aku menyepi ni.cuma aku sakit perut tak henti -henti makan keluar balik kalau tak muntah mesti aku sakit perut sampai tercirit -cirit mungkin musim panas @ tak cukup minum air. ada ketika sampai aku tak lalu nak makan apa tak ada selera langsung. pastu apa lagi aku hari tu niat puasa aje la....... dah tak lalu makan. perut ni asyik sebu saja.........

org dok rumah macam aku ni kerja rumah mana pernah habis mesti byk kerja aku nak buat? mak aku pun dah hampir sebulan tinggal kat bangi rumah adik aku. hari ni baru mak aku balik sekejap tengok rumah pastu bulan depan pi pulak rujuk balik bab telinga dia yg tak dengar tu.......

Anis pun tengah exam sekarang ni biasa la tak habis lagi last paper 5/5 ni pastu cuti ......makan tidur main internet itu aje yg anak aku tahu nak tolong aku jangan harap.......... malas...... alia aku tak tau la tengok belajar pun biasa -biasa aje aku naik kecut perut bila alia macam baca buku kurang PMR pun dah tak lama lagi .aku takut sangat alia tak dapat 8A .aku takut..... dan takut.... bila anak -anak tak bersungguh belajar.......macam tu juga anis bila balik rumah masa minggu study week asyik tengok tv aje .alia pun tumpang tempek gak dah ayang tengok dia pun duduk sekali la....... aku ni dah berbuih berleter.... marah .... tu tak termasuk hb aku lagi.......... depa tu buat deeeekkkkk............


sehari dua ni belah tengahari hujan dah mula turun balik..... Alhamdulilah seronok sangat bila hujan. sejuk sikit ,kain pun kering sebelah pagi sidai.selalunya aku mesin kain awal lepas anak- anak n hb pi sekolah aku mesin la...... air dah tak guna dah .kekadang terlewat gak...... buat kerja lain dulu.......

ok chow dulu ..... nak jemur kain n nak iron baju ada 2,3 helai kalau di himpun byk aku mula tengok malas nak iron penyakit M sentiasa ada dlm badan aku satu lagi dok tak larat tak larat........

Tuesday, April 13, 2010

ZAKAT

Lepas buka puasa n solat aku lepak -lepak la kat dlm bilik ,hb call kat dia pi jejawi tak tanya pulak pi buat apa? maybe dia pi rumah bapa saudara dia Dssk . kekadang depa panggil hb aku. so aku dok relax n anis kat rumah .apiq n alia pi tusyen .

pastu hb aku call lagi suruh aku n anis pi kat rumah adik Dssk kat jejawi gak .so aku ni tanya la buat apa? aku ni bukan kena mengena dengan depa adik beradik tu..... dia kata depa panggil semua anak -beranak, cucu- cicit yang kena menena dengan yayasan P& k nak bagi zakat .maklum la Dssk tu matan MB so mesti la duit banyak dah terlebih mesti la keluar zakat .

dok pikiq nak pi tak pi ...... so aku pun pakai baju n anis dengan tak rela hati pi la gak sat gi abah marah pulak tak hormat adik -beradik dia.......so sampai sana tak la byk org selalunya. mau kata adik beradik yg dok buat dah jamuan dan makan -makan bukan adik -beradik sebelah hb aku tapi adik beradik tak kenal yg byk sbb DSSK ni kalu jumpa dia tetap hulur duit kat org .tu org suka dia jadi MB. duit jenuh sedekah kat org.

Tapi kali ni memang yg aku tengok sepupu mak dia, sepupu sebelah pak dia tapi sebelah pak Dssk ni tak byk sbb org Indonesia datang sini dulu.ada 2,3 org aje.
adik- beradik Dssk cuma 7 0rg meninggal seorang yg lain tu salah seorg my MIL aku la .kakak sulung Dssk ni.
so dengan kata lain kami semua dapat la zakat tu yg DSSK buat atas nama Yayasan P & k tu.aku yg menantu ni pun tumpang dpt sama........ cicit pun dpt gak yg frust anak -anak yg pi tusyen tak dak . Alhamdulilah rezeki org nak bagi terima aje le........tu pun dia cakap suh boh dlm tabung Haji.

Nak try tanya lak kut -kut duit Yayasan tu boleh pinjam buat anak cucu nak pi belajar pi overseas satu hari nanti........ mana tau anis ke, alia ke ,@ apiq nak pi belajar esok -esok boleh ke depa nak taja...........tapi tau la kan la ni tengok anak cucu pun makin ramai n makin membear pun ramai gak.......tapi bukan untuk sapa anak cucu depa jugak kan...... kan........

Monday, April 5, 2010

Orkid musim hujan.........













Pepagi ni tak tau nak bern3 apa yg nampak orkid aku tengah berbunga so ambik camera snap yg pic ni boh dalam blogger.tak dak idea .nak cerita apa?
Tapi dalam sehari 2 ni aku sedih bila kenang arwah Din Beramboi dah tak ada. aku ni tak tau bukan aku minat sangat kat dia,@bukan aku selalu dengar suara dia di Era dengan pak Nil jauh sekali adik- beradik ke apa ka......... tapi bila dia tak dak aku jatuh kasihan kat dia..... ,,,, dalam usia muda lagi anak -anak baru nak membesar ,populariti dia mula nak naik Allah dah menjemputnya .........bila org priview dia kat TV tengok muka dia yg dok buat lawak aku tengok muka dia nampak macam belas sangat seperti org minta simpati suruh gelak kat dia.
Malam sabtu lalu mak dah pi KL dengan ayah depa pi yg mak buat appointment bab telinga dia di HUKM rujuk di sana pulak . dah di sini dok macam tu gak semua lapuran mak dah bawak pi sana ,kalau apa-apa yg mak buat kat sana .aku ada 4 lagi adik -beradik aku yg boleh tengok mak ....... pakat tengok la seorang sikit...... mungkin mak di operation sikit kat belakang telinga n mungikin mak kena masuk ward sehari dua gak.

Yang syok mak dengan ayah kalau pi bawak barang nak bagi kat anak -anak dia terutama buah mempelam .kan sekarang ni musim pelam harum manis dah di juai sekarang ni. sampai 5 ,6 bag tak termasuk 2 kotak bubuh buah mempelam semua jenis pelam ada dari pelam sala,harum manis,pelam siam ,apa ada kat rumah mak buah pelam semua ayah aku pungut bawak pi.sampai pokok kalapoley (kari) pun bawak sbb pokok kari rumah adik aku mati.
aku hantar malam tu kat stesen bas ada kat 13 biji + kotak dan beg. penuh bonet kereta aku.



Layan orkid di musim hujan........... nyaman.........
































ni baru kali pertama keluar bunga cantik kan.........







Tuesday, March 30, 2010

Biasa -biasa aje


morning ........ morning u olls ........ macam biasa la kan kerja tak pernah habis kekadang nak blogging pun tak sempat......



Me sekarang tengah tunggu mesin berhenti nak jemur kain. maklum la bibik sekarang ni yg buat kerja n tengah tengok apiq tidur. anak jantan mama tak ke sekolah hari ni pagi tadi masa breakfast anak jantan mama termuntah -muntah habis baju sekolah n lantai muntah dia .mama ni dah la pancing muntah tahan la gak, sapa nak cuci muntah kalau bukan aku.
kesian apiq yg tidur dari tadi tak sedar sedar lagi

Semalam sebelum hantar anak -anak aku pi tusyen aku buat Makaroni Bakar untuk anis .anis tak sihat balik rumah kaki dia terseliuh kena hempap meja kat U tu yg lari balik kat rumah tu aku dah bawak pi KMC x ray mujur tak patah @ retak cuma bengkak aje jalan pun terjenkek- jenkek .aku bandage kaki sbb semalam dia ada test .dah tak leh bawak kereta so semalam abah dia hantar ambk test .t hari aku ambik balik lagi pun doc bagi 2 hari MC hari ni ada kelas dah MC tak pi la .

Aku tengah dok gila buat Makaroni bakar sekarang ni org jual mahai sangat sekeping kecik tet. sampai 2.70 .geram aku .hari tu aku buat dah jadi tapi bubuh telur sikit bila potong dia berderai tak melekat kejap. dan semalam aku buat pulak jadi la cuma tak sapu cili sos kat atas n tabur daun sup @sadari aje .daun sup sat gi nak pi beli tapi anis punya lapar dah gap sebelah.....semalam .

cara buat makaroni Bakar

2 cawan makaroni rebus titik minyak sedikit + garam sikit.

1/2 peket daging kisar @ satu basuh cuci tos.

2 biji bawang besar putih -potong dadu

3 biji ubi kentang potong dadu gak

2 sudu kecil rempah kari daging.

6 biji telur

lada putih,garam gula ,sos cili, sos tomaato

rm 1.00 daun sup -ptong halus halus.bawang goreng ikut suka.

angkat makaroni yg di rebus basuh .tos bagi kering air ketepi

tumis b.putih sampai naik bau masuk lak rempah kari tadi sampai pecah minyak .

masuk pulak daging kisar masak sampai hempuk.bubuh garam sikit .masuk ubi kentang yg dipotong dadu kecil tu masuk bawang besar putih masak. bubuh sos cili sikit ,tomato sikit gula .

dah masak tutup api.sejuk sekejap gaul dengan Makaroni .mesin telur . loyang sapu dengan mentega ,masuk dalam loyang tekan -tekan makroni tu tuang telor dalam loyang bakar dalam 35 minit. bila masak sapu makaroni tu dengan sos cili dan tabur bawang goreng dan daun sup....

sejuk potong........

p/s: setengah org cuma buat makaroni telur n daging aje.lain lain tak bubuh.

Tuesday, March 23, 2010

Hujan






Petang semalam hujan syoknya hujan ,lama tak turun hampir 4 bulan kalu hujan pun sedikit aje org kata basah tanah aje.semalam ada la hujan hampr 2 jam lebih teruja lak bila hujan lebat macam tu.........macam turun salji lak.....

aku macam biasa la..... malas , malas pun kerja kena jalan gak sapa nak buat kan.... emo pun dah habis dah. sentap dengan hb pun 2 hari je pastu kena cakap balik berdosa tak bau syurga aku.......tak cakap rasa hidup kami laki bini mesti kureng..... nak sembang,nak cerita macam tersekat...... tidak dok pot pek....... pot pet tak berhenti..... bila salah seorang sentap ..... aku la sapa lagi......dunia kehidupan laki bini tak lengkap.

Hujan rahmat, hujan rezeki bagi petani nak buat bendang.tidak kering kontang tanah...... panas Subahanallah........... keluar nak angkat kain sekejap pun dah sakit kepala..... tu aku la ... org lain mungkin tak kut.

Petang semalam dekat nak Maghrib aku keluar rumah tengok hujan yg lebat turun tak dak guruh n kilat kira ok la keluar rumah ......bila tengok hujan yg turun lebat jatuh dalam longkang rasa teringin lak nak cuci longkang yg kotor tu..........dengan air hujan deras mengalir.... aku capai berus longkang aku angkat besi penutup longkang aku buat kerja dalam hujan...... main hujan la aku gak...... sejuk ........ syok la...... sampai azan maghrib baru aku berhenti .aku tonyoh longkang aku yg 2minggu lebih yg tak cuci .aku ni sebenarnya nak kata pembersih sangat pun takjugak. tapi aku tak leh tengok rumah bersepah, rumah kotor, tak bersih,sawang banyak lantai melekit.tu pantang aku ...... bila dah terlampau ambik berat tak larat buat jugak....... tu yg jadi emo semacam je..........

Pokok -pokok orkid aku pun nampak segar ,fresh pagi ni........ disimbah air hujan ciptaan
ALLAH.minta -minta la hujan lagi petang ni.......... syok sangat.......

Monday, March 22, 2010

MOODY

Kenapa sehari 2 ni mood aku moody aje .nak buat kerja rumah aku amat malas sekali. kekadang nak mop lantai rumah rasa macam tak terdaya sangat.tambah la nak nak basuh kain ,nak perah kain pun tak larat.

hari ni dah dua kali aku tumpah air kat lantai ,bukan air biasa tapi air yg meleket kat lantai mau tak mau kena mop jugak.segan,tak larat,malas bercampur campur bila nak buat kerja rumah.mula la rasa mcm nak pi kerja kat office balik .tak payah pikir sangat bab rumah yg kotor .

Rasa macam nak duduk goyang kaki aje ,apa kerja pun tak mau buat .nak relex nak santai-santai pi makan angin tepi pantai ke ? yg syok- syok orang kata .tapi aku tak daya nak buat macam tu sebab aku ada anak -anak dan aku ada laki yg aku nak kena jaga .nak siap kat depa semua.rasa macam nak dok sesorang sat.tenang fikiran.

Awat dengan aku ni mula dah tak tenang jiwa ni, apa aku buat rasa serba tak kena ........ ya ALLAH........... macam nak pi Mekah pulak ...... memang sejak 2 menjak ni aku teringat nak pi buat umrah lak .masa birthday aku lagi tapi macam biasa la hb aku selalu halang apa niat aku apa hajat aku. anak nak ambik exam la ..... payah la sapa nak jaga anak la.........tusyen la..... tu yg bila aku hajat aku tak sampai apa yg aku nak tak boleh yg buat aku sakit jiwa........ nak lawan pun dia laki aku...... aku lawan juga bila aku tak tahan ..... tapi dengan airmata dgn solat aku......

Friday, March 12, 2010

14 MARCH MY BIRTHDAY



Ayah dah keluar wad petang semalam,nak pi KL sat gi tak payah pikir -pikir dah.mak dok dengan alia kat rumah. alia hari -hari ada kelas tambahan sekolah buat mulai petang ni jadi ,alia tak ikut.duduk dengan mak tok.so pandai-pandai alia pergi dengan kawan dia kat taman ni 5,6 org sek Derma dan nak ambik PMR tahun ni.


Tak la..... nak pikir bab alia nak merayap rumah orang ,kelas tambahan pagi petang. nak tinggal pun kejap aje.


Mak pun dah ada kat rumah tengah buat bubur asyura. ada saudara mak dari kelantan nak balik esok suruh mak buat bubur asyura.


Lusa my birthday. Moga ALLAH beri aku kebaikan ,kesihatan badan umur panjang, murah rezeki ,keimanan dan segala kebaikaan di dunia dan akhirat. moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa ku. selagi aku bernafas di muka bumi ini.semua hak "NYA".bila -bila masa aku akan di jemput oleh NYA cepat @ lambat............. ALLAH MAHA BESAR ......

P/S* tulis siap-siap di bangi tak dak internet .tak leh nak buka dah.... main games aje...

INSYALLAH..........

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails