Wednesday, April 28, 2010

Cerita Biasa

Tak dak pekara menarik untuk di kongsi nak tulis n3 pun ala-ala suam kuku dah la ni cuma buka F/book lak .yg utama tu my hb dah pandai main internet dah pandai koset- koset l/top dah . ada facebook sendiri.dah pandai cari -cari bahan berita dalam ni. tu yg jadi aku malas nak buka. apa yg aku luahkan dia nak ambik tahu tu yg aku jadi tersentap nak berinternet tu...... dulu dia tak amik tahu pasal -pasal ni. sekarang kat office pun dia dok chat dgn aku tanya buat apa? dah pandai cari kawan dlm facebook dah hb aku tu..... tak terkial -kial macam
dulu buta IT.


nak cerita apa eek......?. tak ada yg menarik pun sepanjang aku menyepi ni.cuma aku sakit perut tak henti -henti makan keluar balik kalau tak muntah mesti aku sakit perut sampai tercirit -cirit mungkin musim panas @ tak cukup minum air. ada ketika sampai aku tak lalu nak makan apa tak ada selera langsung. pastu apa lagi aku hari tu niat puasa aje la....... dah tak lalu makan. perut ni asyik sebu saja.........

org dok rumah macam aku ni kerja rumah mana pernah habis mesti byk kerja aku nak buat? mak aku pun dah hampir sebulan tinggal kat bangi rumah adik aku. hari ni baru mak aku balik sekejap tengok rumah pastu bulan depan pi pulak rujuk balik bab telinga dia yg tak dengar tu.......

Anis pun tengah exam sekarang ni biasa la tak habis lagi last paper 5/5 ni pastu cuti ......makan tidur main internet itu aje yg anak aku tahu nak tolong aku jangan harap.......... malas...... alia aku tak tau la tengok belajar pun biasa -biasa aje aku naik kecut perut bila alia macam baca buku kurang PMR pun dah tak lama lagi .aku takut sangat alia tak dapat 8A .aku takut..... dan takut.... bila anak -anak tak bersungguh belajar.......macam tu juga anis bila balik rumah masa minggu study week asyik tengok tv aje .alia pun tumpang tempek gak dah ayang tengok dia pun duduk sekali la....... aku ni dah berbuih berleter.... marah .... tu tak termasuk hb aku lagi.......... depa tu buat deeeekkkkk............


sehari dua ni belah tengahari hujan dah mula turun balik..... Alhamdulilah seronok sangat bila hujan. sejuk sikit ,kain pun kering sebelah pagi sidai.selalunya aku mesin kain awal lepas anak- anak n hb pi sekolah aku mesin la...... air dah tak guna dah .kekadang terlewat gak...... buat kerja lain dulu.......

ok chow dulu ..... nak jemur kain n nak iron baju ada 2,3 helai kalau di himpun byk aku mula tengok malas nak iron penyakit M sentiasa ada dlm badan aku satu lagi dok tak larat tak larat........

1 comment:

kakcikseroja said...

Salam..

Kejayaan anak-anak adalah kebanggaan ibubapa. Tapi, andainya mereka kurang cemerlang, usahlah disisih dan dibeza2kan. Berilah dorongan dan bimbingan kerana bukan sedikit mereka yang gagal dalam pelajaran tapi berjaya dalam kehidupan.

Apa2pun, kakcik turut doakan agar Alia akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam PMR dan juga kehidupannya pada masa akan datang. Insya Allah. :)

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails