Wednesday, March 25, 2009

Kembali.......

Hari ni apiq dah mula ke sekolah kembali selepas aku tambah cuti kat apiq pada hari isnin n selasa semalam.so hari ni apiq masih lagi ngilu untuk pakai underware so dengan hati -hati aku tolong pakaikan. dan masih lagi terangkat seluarnya tak nak tersangkut.dah biasa sebelum ni dok angkat kain terjungkit.parut muda kata kan rasa ngilu tu ada sikit -sikit lagi nanti bila dan baik betul tak kisah dah nak tendang bola pun.

Hari ni juga Hubby aku terbang ke KL menghadiri perhimpunan Umno kat PWTC. tumpang sibuk sama ,aku mcm biasa juga tak boleh ikut tapi kan aku bukan minat pun nak dengar amanat PM @ TPM pun aku lebih suka cara aku dok Hotel so jalan -jalan shopping kompleks.cuci -cuci mata pada dok melangut dengar apa depa cakap .aku biasa pi sekali dulu yg syox pun kat situ jual segala macam tok nenek ada.sampin harga sampai 10 K pun ada tu menteri aje yg pakai yg cak kana macam kita ni sapa la nak beli nak beli harga 1 k pun nak pakai setahun sekali waktu raya. cuma pakai 2,3 jam aje pastu dah tak pakai dah panas......

Lagi pun anak-anak aku pergi sekolah sapa nak jadi driver,kalu bukan aku.dah ni kerja aku pergi dan ambik anak balik sekolah n tusyen.

Rasa debar pulak nak ambik apiq sekolah sebab apa? cikgu mesti bagi result paper periksa hari tu kan! nak dapat berapa la markah anak aku tu..... ?suspen mama. minta-minta semua A jangan jadi macam tahun lepas sudah hampir tercorot n tersungkur .mama takut apiq.mama doa siang malam anak- anak mama berjaya di dunia maupun akhirat ,mama tak pernah putus doa tiap kali solat.Hanya ALLAH saja yg mengetahui permohonan mama,permintaan mama.samada ALLAH nak beri cepat aku lambat, mama reda dengan ketentuan NYA.......Alhamdulilah.........

No comments:

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails