Wednesday, February 3, 2010

Geram kat apiq

Semalam aku naik angin kat anak jantan aku yg seorang tu....... jarang naik tangan apatah lagi nak pukul teruk -teruk tapi semalam aku memang hilang sabar........ sebab apa? sebab dia tak reti buat karangan b.melayu.tak dak ideal. tak tau nak cerita macam mana ? tajuk cikgu bagi tulis surat kiriman cerita kat kawan satu percutian yang menyeronokkan .
buku yg sedia ada ........ tak baca pun tak tengok pun.........


Tapi kan anak aku tu tak tau nak tulis macam mana nak cerita dia biasa pi mana pun tak tau nak cerita........ so apa lagi menangis la....... nak kerau pasai apa bukan susah sangat?......habak pi la rata mana pun dalam malaysia .aku nak ajar kata reti buat pastu.... aku cakap la gamak tak reti sangat apiq cari dlm buku buku contoh karangan ambik yg tu salin balik pastu apiq tambah tambah sikit apa yg apiq tahu ,tu pun tak tau jugak....... last terpaksa aku buat surat kiriman tu suruh dia salin balik apa aku tulis ,komen pulak mama ceria panjang sangat.............


memang kena hentuk dengan aku....... airmata tu tak yah cerita la...... aku tau apiq memang sangat-sangat tak reti buat karangan apa pun. dia memang tak paham ka@ tak dak ideal langsung nak buat cerita macam mana tak reti nak fikiq @ nak nak pikiq.sakit kepala aku .tahun depan dah nak UPSR aku takut penulisan dia kantoi.........subjuk lain alhamdulilah ....... otak apiq memang otak sains dan matematik...... tu dia memang cekap habak dah boleh paham......



Aku ni sebagai ibu dok fikir nak buat macamana kat apiq......... cuma aku sekarang ambil pendekatan cara aku .......... aku beli buku contoh-contoh karangan so tiap hari aku suruh dia baca contoh contoh karangan tu....... pastu tutup buku tu ...... aku nak suruh dia salin balik apa yg dia paham tentang isi karangan tu........... boleh dak wahai,cikgu- cikgu b.,melayu..........dengan cara tu kut dia boleh ingat..........apa yg dia tulis .................apa maksud....... apa kehendak soalan...... aku tak nampak macamana lagi nak buat tak apiq tu .......melainkan kena baca......baca........

Rasanya belum terlewat aku buat macam tu........ tusyen pun aku dah hantar pada 2 cikgu b.melayu.Now aku kena jadi cikgu tak tauliah kat apiq ,terpaksa aku kena buka kamus dewan..... baca balik fomat soalan......last -last aku yg baca buku depa






dalam




Tak sat aku keluar beli buku lagi kat dia.........

6 comments:

piewahid said...

saya fhm sbb pernah mngalami stuiasi yg sama dgn ank saya, bahkan mungkin lebih teruk.

bkn saya nk mmandai2 mama, tapi skadar pandangan:
kita xleh nak slhkn dia org jugak. zaman mereka dah berubah. pc, tv & VHS x mrangsang anak2 kita mbaca spt zaman kita kecik2 dulu. maksudnya dia org kurang kemampuan berimaginasi. mmbaca pun kerana tpaksa & mreka mmg blur. mereka lebih suka grafik & sound berbanding teks.

insyaallah bila dia ada ksedaran sndiri, dia akan brubah. pe2 hal, wujudkn dulu budaya mmbaca BUKU di rumah.

fzi said...

Salam kak...
hehe...bese tu kak.. anak saya yang form 3 tu pun kalu tiba time ada homework karangan, berjam2 nak siap satu karangan...kita yang jadi isau, duk pk camana la dia nnt nak wat dalam peksa...huuuu

MaMa MuNiRa said...

piewahid,anak lelaki dan anak perempuan tak sama,yg akak tengok pada anak-anak akak la.... pempuan kira nak karang ada imaginasi boy sorry..... mungkin kurang membaca yg ada faedah......tu la jadinya...psp,gameboy,games segala matnika ada....

MaMa MuNiRa said...

fzi,tu baru seorang anak lelaki kalu mcam ni jugak 2,3 mau mama dia darah tinggi,sakit jantung.... insyallah akak akan usaha untuk anak akak yg kecik ni.....anak last memang manja....

Imran Yusuf said...

Assalamu'alaikum Puan,

Semoga Afiq semakin pandai membuat karangan.

Izinkan saya berikan satu tip: tunjuk cara dia buat karangan melalui dialog, insya Allah karangan menjadi mudah.

Sebagai contoh, begini:

Afiq bertanya kepada ibunya, "Mama, cuti sekolah ini kita akan pergi bercuti ke mana?"

Mama Afiq berfikir sejenak, lalu menjawab, "Mama mahu ke Langkawi. Papa belum beri keputusan lagi, tetapi Afiq suka ke mana?"

Afiq melompat-lompat sambil menjawab, "Ala, mama! Dua tahun sudah kita sudah pergi Langkawi. Kita ke tempat lainlah pula."

Mama Afiq berkata, "Isy! Budak ini! Pandai-pandai sahaja. Nantilah kita tanya papa kamu."

Papa Afiq baru sahaja muncul dari pintu hadapan sambil membawa sebakul bunga orkid yang dipetik dari taman orkid Mama Afiq. Dia menghulurkan bakul orkid kepada Afiq. Dia berkata, "Banyak bunga cattleya yang tumbuh. Papa percaya mama suka letakkan bunga ini di dalam pasu di meja sudut."

Afiq mangambil bakul orkid itu, lalu berkata, "Cantiknya bunga orkid ini! Papa! Papa! Kita hendak bercuti ke mana?"

Papa Afiq menjawab, "Kita pergi Cameron Highlands tahun ini. Papa dapat diskaun di Hotel CH Orkid Pandan! Mama pun boleh beli orkid banyak-banyak! Mama suka,bukan begitu, mama?"

.... sambung lagi..

[Semoga Afiq dapat belajar dari contoh ini.. dan karangan beliau mudah dibaca..]

MaMa MuNiRa said...

tq byk-byk imran bagi tips kat akak, insyallah akak akan menafatkan apa yg imran bagi dan cuba untuk ajar apiq.

dia memang malas sikit.

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails