Friday, July 2, 2010

Masak masak......


Aku dah start masak balik ,boleh kata 6-7 bulan gak dapur aku tak berasap kalau masak pun cuma hari minggu dlm sebulan sekali @ 2 tapi bila anak aku si hj syafiq(yg kat bwh tu) ni minta aku masak balik aku jadi kesian sangat kat apiq bila satu mlm tu" apiq kata kat aku " mama ,apiq dah tak lalu makan yg kedai punya apiq nak mama masak........." aku jadi sebak bila apiq ckp mcm tu kat aku betapa lamanya aku tak masak utk anak -anak aku yg depa semua teringin nak makan air tangan aku......... yg hb aku tak pernah suruh sbb hb aku tau aku ni hangin so dia tak akan paksa aku masak............ lalu tal lalu hb aku terpaksa makan kedai @ taupau bawak balik..........

bila si apiq ni minta macam tu .......... malam lepas tu aku mula masak nasi goreng yg bubuh carot n ikan billis aje. anak -anak aku makan nasi sebelanga............ dan aku cakap kat anak aku n hb "kalau mama sakit mama tak masak mama tak larat, insyallah mama masak kalau mama sihat .tapi mama masak 2-3 jenis saja ada ikan goreng,ada sayur n ada yg berkuah itu pun dah cukup. anak -anak aku kurang makan ayam mereka suka makan daging.

yg ni aku masak semalam masak kicap ikan ketul(keping) gurut.kailan ikan masin n sambal tumis sotong malam aku goreng pedal n hati ayam utk hb yg siang dah makan.


kari ni aku masak 2 hari lepas.apiq suka makan gulai ni yg ada ikan ketul . byk isi .1 jenis kat apiq dah cukup . alia tak kisah semua bantai ....... asal perut dia tak lapar dah........ anak aku yg tengah tu senang makan ......... makan pun lalu......... 2-3 pinggan tambah.......anis biasa la makan ciput -ciput makan tak nak pedas langsung ada ikan n kicap pun dah ok........ yg ni anak mat saleh celup....... nasi kurang.
yg dia makan sushi ............ aku cuma tak reti buat sushi yg mcm depa dua beradik tu makan anis n alia ,kalau aku tak buat sushi aku akan buat sampai depa tak minta dah nak beli sushi ni tiap minggu nak sushi sampai 70- 80 hinggit sekali beli botak kepala aku ............ hari tu anak-anak aku gila makan black papper stik.aku beli daging di tesco aku buat ,aku perap sampai 2 kilo sekali...... pastu dah tak lalu daging tesco tak sedap aku beli daging tempatan yg bhg lembut aku buat tiap -tiap hari aku panggang pakai oven kecik utk grill.sekarang tak tak lalu dah nak makan dan dah tak minta dah .mau tidak sekali adap 3 beradik tu kat kedai 70 -80 duit aku terbang

ni tart yg aku oder kat kakak jiran aku .tak sempat tunggu raya dia pun dah start buat sapa yg teringin nak makan aku oder 1 balang 2 hari dah tinggal 5 biji. ni nak oder lagi .lagi tak puasa......sedap lembut .... tapi inti nak lebih....... 1 balang 20 hinggit.....50 biji



buah pala yg hb balik dari penang hari tu ......dia pi meeting kat sana
2 hari. balik beli segala macam jeruk aku ambik buah pala aje yg lain aku suruh dia bawak kat office dia jamu kerani dia makan. aku kat mudah sakit perut........ nak mampus makan jeruk.......

Hari ni jumaat anak -anak n hb balik awal aku nak pi market nak beli ikan nak buat asam pedas , daging masak hitam, n sayur campur kat depa hari ni............ selamat masak buat cik tun...... ( sapa cik tun..? aku la.....) ok mesin kain dah bunyi bibik nak pi jemur baju so mandi .......n nak pi beli ikan hari ni tak mop lantai sbb kat luar dah start hujan best........dingin sekali.







4 comments:

kakcikseroja said...

Hadoiii.. lajunya Cik Tun 'bercakap'. kakcik yang 'tukang dengar' ni pulak yang rasa semput! :)

fzi said...

Salam kak...
Wah tiap2 kali masuk sini ada langsir baru...cantik..butterfly2 lagi...hehe

Ishk.... sedap tengok benda2 makan tu sume... saya suka sangat tart..murah tu kak rm20 @ 50 bijik... sini tak dapat rasa ghega tuh..

MaMa MuNiRa said...

tq kakcik salam zirah mood nak bern3 dah mai.....

MaMa MuNiRa said...

tq fzi,mood dah dtg hilang kemalasan..... ni mood rajin pulak ...... tak tau sampai bila?

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails