Thursday, March 5, 2009

jeng.......jeng,,,,see.....

Hari ni aku keluar ke padang besar. lama sungguh tak membeli orkid,panas terik hari tu takut pulak orkid mati tu yang lama tak membeli ,walaupun hati aku membuak- buak nak beli.dan maka hari ini aku pergi ke padang besar n cuci -cuci mata n dalam hati ni memang la nak pi beli orkid. maka aku pun pi la beli dua pokok orkid.

Memandangkan hari ni bunga orkid sampai .banyak bunga yang cantik- cantik dapat juga aku snap sat dua gambar orkid untuk cuci cuci mata. aku kalau ke padang besar ni la kerja aku .aku akan hadap ke neseri orkid 2 buah kat situ yang satu kedai tu macam member la juga letak harga mahai gila,tapi yg aku suka beli ni satu kedai akak ni memang harga ok, tapi jangan ada suami dia, nak tawar susah sikit dengan dia senang berkira .masa aku sampai kejap tadi hasben dia ada so aku chow dulu pi makan so nampak hasben dia tak ada aku pi la beli ,memang adu dah pilih -pilah dah orkid tu nak beli. tapi aku kali ni nak cepat pukul 11.30 aku dah kena chow balik pi ambik syafiq balik sekolah. tu yang bergegas balik tak sempat tengok benda lain hanya orkid aje.


ni pun cantik saya tak tanya harga nanti pergi lain bawa duit lebih sikit saya ambil la...
ni pun mahal ,mau RM 40.00

yang ni saya tak berani tanya harga mahal. aku snap aje gambar ni


orkid utan yang saya panjat atas pokok rambutan di rumah tok wan saya di kampung. balik rumah saya letak pada dahan pokok n sangkut pada pokok laici saya dah pun keluar bunga 3 tangkai.



orkid ni bagai segan nak hidup so saya alihkan kedalam rumah orkid saya maka tersoroklah ia,bila saya tengok- tengok dia rupanya berbunga




lepas panas memanjang dan hujan pulak turun seminggu ni orkid saya berbunga meriah cantik cantik pulak tu seronok sangat .





see nak keluar bunga,sebenarnya orkid ni payah nak keluar bunga saya letak tempat yang penuh matahari so saya alihkan pada tempat redup n gantikan pada ranting kayu .dari kayu biasa tak nak lekat akar rupanya bila alih pada ranting kayu ni cepat melata akarnya alhamdulilah dah nak bunga baru 2 kuntum ,jadi la ..... penyeri mata.






Ni cattelya cantik sangat harga rm 20.00 ni. saya beli.


orkid ni harga dia rm 40.00 kalau ada bunga. tapi aku ambik yg tak dak bunga lagi harga dia rm 25.00 aje. spises-spises ni jangan tanya dek non- dek non oi, akak ni tak kenal spises sangat pakai sapu aje labu?


tengok baru nak keluar bunga tak tau macamana rupa first time nak keluar bunga warna kuning teruja nak tengok nanti berbunga saya snap kan ye.....


Dah pun berkembang ada satu ranting lagi yang nak kembang.










3 comments:

juliadam said...

hi mamamunira,
akhirnya saya jumpa juga blog awak. saya sgt berminat dgn okid yg awak amik dari pokok rambutan rumah tok wan (namanya cymbidium bicolour)& juga yg susah berbunga itu ( adakah ia dendro aphyllum?). Kalau awak tak keberatan saya ingin membeli cuttingnya.

MaMa MuNiRa said...

julia, nama spesis orkid ni akak tak pandai sangat.yg cymbidium bicolor tu kat kpg kpg n ataspokok besar banyak ada.hari tu akak ambil banyak kalau julia dekat ,akak dah kasi dah yg payah bunga tu memang payah dpt akak beli mana dah tak ingat.akak suka beli orkid utan .bunga nya unik.

Shida said...

Bestnya orkid kat Padang Besar, pernah kirim kat kawan yg balik kampung, tapi dia belikan dendrobium jer.

Papio putih yg no 1 tu berapakah reganya?

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails