INILAH "AKU".TEMPAT AKU MELEPAS PERASAAN SUKA-DUKA,GEMBIRA,MARAH SEDIH DAN BERBAGAI DALAM HATI DAN JIWA AKU YANG TAK DAPAT AKU TANGGUNG DALAM DIRI AKU BAGAIMANA PUN AKU TETAP HAMBA"NYA"YANG TIDAK DAPAT LARI DARI MEBUAT DOSA. AMPUNILAH AKU "YA TUHAN KU
Tuesday, September 29, 2009
Raya tahun 2009
Mungkin raya haji ni kami tak raya kat kangar @perlis kalau adik aku dapat buat haji tahun ni ,makaku kena dok bangi <> 2bulan jaga anak adik aku.so mungkin jugak aku akan raya di bangi jugak lagi pun cuti sekolah dah pun mula ...........so kami adik beradik akan raya di sana mak dan ayah kat sana....... cuma aku kena pi cari daging bawak pi sana.......... depa pakai tak balik kampung dah la........bila mak ada kat sana.........
Mak n ayah yg dok jauh sedepa........
Monday, September 28, 2009
Preview sebelum n selepas raya
Lepas angin kus-kus aku reda biasa la kan mula buat kerja banyak la songeh lepas tu dah ok dah. angin putung beliaung aku pun dah banyak reda.dengan bantuan sedikit sebanyak anak-anak aku anak dara aku 2org tu so aku dah mula buat kerja rumah tak la marah marah lagi .so aku terlepas juga 2 malam nak sembahyang tarawih .tapi malam last aku gagah jugak walaupun aku rasa sangat penat.tapi malam tu rasa shahdu sangat sebab iman baca sampai nangis -nangis nak tinggal ramadan. rasa puas la pi malam tu........
aku pun gigih la buat kek raya 2 biji so menjadi la juga hikss........ rasa pandai la aku buat aku la puji org tak puji pun......... Raya aku macam biasa pi sembayang raya.balik aku siap- siap makan.aku gerak la pi rumah mak la bukan lama pun sejengkal aje balik kampung aku ,pastu pi pulak rumah mak mentua aku ,so tak dak apa kupun balik kata nak la tangkap gambar ,satu family org punya la lama dak Q aku segan nak tunggu so kami anak beranak pun blah dah 2 tahun tak tangkap gambar.so balik rumah tukar baju so kami dok la kat rumah tunggu sama nak mai rumah. petang aku konvoi dengan adik beradik aku pi rumah tok aku n saudara sebelah mak aku. so aku singgah sat kat kubur tok n tok wan.
Dan seterusnya raya aku memang tak pi jalan mana dok rumah masak sbb hb aku ni tak suka berjalan asyik dok kat rumah aje. ajak pi raya mana pun tak nak pi ,bila kita pi berjalan dia pulak asyik pon suruh aku balik .so aku cuma ulang alik rumah mak aku aje bila aku rasa nak ceduk lauk mak aku.tu pun aku banyak masak sendiri.rumah terbuka saudara @kekawan panggil pun aku tak pi..... ajak aje hb semua tak mau ...........nyampah.....
Mujur hb aku puasa 6 raya ke 4 kalau tidak lagi banyak songeh nak makan itu ini........ pastu asyik membel kat anak -anak aku yg tak mau lipat kain n iron kain....... anis dah sampai tahap bosan dengan abah dia terus tak buka pintu bilik asyik lena.......... bangun cari maka waktu abah tak ada kt rumah aje @waktu abah tidur........bilik belakang aku macam kapal pecah penuh dengan kain baju...............hikss........ lantak la aku dah malas nak melipat aku biar aje basuh ...kering tuang...... nak panggil bibik harian, hb aku tak nak dok paksa anak-anak aku buat pstu asyik membebel tiap- tiap hari aku yg fed-up capai kunci kereta aku aku belah pi rumah mak aku.
hari raya ke 5 aku dengan adik aku muzhar+ fiza kami pi padang besar so hati tu hb aku kerja lega....... lepas aku simpan rumah kemas apa yg patut aku nak la ke padang besar dengan depa call hb cakap nak ke padang besar,dia cakap nak ikut sama aku kata tak payah sbb aku tak leh nak lewat lewat masa dia asyik nak balik la ........ nak sembahyang zohor la........... takut lambat..... nak masuk ofis balik ....... pi dgn adik-beradik aku senang nak santai makan -makan kat padang besar.orang banyak la juga kami pi sebelah pagi so org baru nak datang.......bukan beli apa pun musim -musim raya ni siam memang letak harga gila -gila semua mahal nak tawar memang tak layan cuma jamu mata tengok gelagat orang KL je beli barang...............
Khamis adik yin aku balik dan semalam adik muzhar aku balikdah tak dak sapa dah ......sunyi dah petang anis pulak balik kat kampus dia ........tinggal la kami 4 beranak yg tinggal ,mak pun tak mai rumah masih lagi berkemas di rumah dia.so aku pun dah mula jumaat hari tu dah start puasa 6 n sambung hari ni nak diaret sampai jumaat ni kalu larat........... dan semalam juga aku habis kan lipat kain n iron kain sampai habis dengan baju sekolah anak-anak aku n baju hb pi kerja semua aku pukul pukal sampai habis licin bilik belakang aku kemas..... lega rasa............ so sekarang kerja aku dah free............ bukan aku tak leh buat cuma aku malas.......... mengatasi segala-gala........
Wednesday, September 16, 2009
angin satu badan
Hb aku seperti biasa dok bagi arahan itu "mama buat itu, mama buat ini. macam aku tak tau buat kerja so aku dah mula naik temper mungkin dia nak melawak dengan aku ..... tapi aku dah cakap tak yah dok ajar aku ,aku tau apa aku nak buat........... dah la aku sakit ati kat mesin basuh aku yg selama ni bibik aku tak cakap kata mesin basuh rosak dia takut aku marah buat kerja kasar suka bagi rosak harta aku. so bila aku buat kerja aku dah terkantoi..........
lepas subuh selalunya aku buat taik mata balik. ni tak aku siap anak aku nak pergi sekolah pulak.so mana dok tengok mesin basuh tu.turun naik turun naik rumah aku dah pening kepala pastu hujan pulak aku angkat baju aku yg dah perah tu ,aku tinggal kat luar ,aku malas nak sidai lagi pun hujan.kepala aku dah mula ting...tong dah ..... lepas anak -anak aku n hb pergi. aku tutup pintu aku tidur la......... lagi pun kerja aku semua dah siap dapur dah kemas ..........cuma nak sidai kain aje.....
Aku bangun tidur,aku tengok mak aku dok menyelongkar kabinet dapur aku,aku tanya dia buat apa? mak aku cakap cuba tengok bibik hang buat kerja ? pakai periuk, belanga, kuali,besen tuppeware pakai main lempar aje dalam kabinet bukan dia susun mak aku dah lemas tengok cari apa benda tak jumpa so mak aku pun kemas la.....punya la kotor..... aku geram nak maki bibik tak dak dah berambus.... mak aku dah berapa kali suruh dia buat tapi dia kata "ibu tak suruh ."
aku pun mula la buat operasi bersih kabinet dapur aku sampai ke laci segala mak nika dia bubuh plastik pakai buang dia simpan sampai penuh kabinet nak bubuh apa pun tak boleh ......... bila dah kemas aku terpaksa sapu dan mop lantai balik .dah pukul 11 baru aku keluar rumah, mak aku ajak pergi beli santan dan cari keperluan dapur.aku punya penyapu bibik aku buat kerja buat aku sakit hati ...... melingkup harta aku no 1,aku tak leh nak post gambar nak komputer aku ni kekadang tak leh nak letak gambar kalau tidak aku nak tunjuk macam mana penyapu aku dia buat kerja kononnya sapu sangat la dia tu buat kerja.
Aku dah kesuntukan masa,mana aku nak bayar bil api ,mana aku nak beli baju melayu ayah aku,aku terlupa nak beli baju raya kat ayah...... dalam celah tu anis pulak call dia sampai rumah dah nak masuk tak boleh. dia dah cuti bawak balik baju lagi dah la mesin rosak .pi pulak hantar kunci rumah tinggal mak kat kedai baju so pi beli barang dapur baru pi cari santan mak kat market.gegas pulak pi kedai panggil cina mai tengok mesin basuh. aku pi ambik syafiq pulak 12.40 keluar awai hari ni sekolah.
balik rumah tup tap tup tap dah pukul 2.00 tak tahuan nak sembayang zohor lagi aku dah letih sangat lepas sembayang nak la letak badan sat.cina mesin basuh pulak call nak amik mesin .lepas ambik mesin lantai bawah mesin .ya robbi ....... mop lagi aku .... dah air dok meleleh ada dlm mesin. dok ingat pulak tak dak mesin kan aku nak basuh tangan oh.........no...no.....nak hantar dobi........ banyak duit aku mau kena seminggu.........teringat mesin lama ada dirumah lama aku masih elok mujur tak bawak dirumah bangi.pi pulak ambik mesin lama di rumah lama pastu pi amik pulak alia sekolah mana tak letih pastu pasang pulak sat air bersembur kat paip tu kunci tak kemas basah lagi ....... mop lagi ........ buat sampai ok pas tu baru la alu try mesin ok lega........
Masak aku tak masak, tak larat .... sapa pi pasar ramadan ? aku juga ........ hb aku jangan tak nak sapa tak geram ........... dia yg tau mama...... itu..... mama ini........ mau aku tak angin bila aku dah mual menempik dan aku dah mula maki............ kutip kain aku ..... mujur petang yg tak kering alia tolong sbb dia tau mama dia dah mula naik gila..............ni kira aku dah slow temper kira lipat kain pun aku tak bising kat anak -anak.tu baru hari pertama bibik tak dak ni seterusnya........... tak tau lagi............... tunggu.............
Sunday, September 13, 2009
pandai ke aku buat kuih raya???
Wednesday, September 9, 2009
Aduh....... letih la......
Adui............. letihnya semalam ,dengan pans terik membuat aku sangat letih ,nak buat kerja apa pun tak larat kalu ikut hati aku memang tak nak keluar rumah tapi.......... dengan tugas urusan resmi aku yg kena ambik anak dan ambil mak kat sepital aku gagahi jua...........tapi AKU MEMANG TAK LARAT SEMALAM, TAPI NAK TIDUR PETANG TAK LEH JUGA MATA TAK MAU PEJAM........nak masak lagi la aku segan mujur semalam mak mai rumah aku awai so mak aku masak yg paling simpel n sedap bihun pak Darus.
Bihun yg di buat oleh bihun laksa tapi bihun laksa urat besar tapi aku ambik bihun laksa urat kecil aje cuma besar urat mee ......... buat macam bihun sup cuma buat sup tulang + daging sikit je........ masak tumis bawang putih+ merah, garam boh air sup bila memdidih bubuh bihun laksa yg telah direndam biar lembut n tos so campak dalam kuali buh la sayur taugeh n sawi nak sedap tambah lada n bawang goreng masak dekat buka puasa panas kaw....kaw baru sedap kalau lama air sup serap dlm bihun kureng la sikit ......... so tambahan boleh bubuh lobak masin ,asam limau ,bawang goreng kalau tawar tambah la kicap cair sikit.......
so semalam kami tak makan nasi sangat makan bihun sup tu je....... tapi aku still letih tak habis ,sampai tak pi sembayang tarawih ,tu syatian dok mai himpit la tu...........
hari ni nak masak apa pun tak tau lagi ikan dah habis,daging pun dah kurang.aku bulan pusa ni asyik makan daging dgn ikan besar aje yg lain tak jalan ,ikan besar pun gurut,nyok-nyok,siakap .bawal pun anak aku kureng.........tambah buat sayur lagi la budak-budak ni tak makan ..........
chow dulu nak pi beli ikan kat depan .........
Tuesday, September 8, 2009
caca marba cerita
Tapi hanya DIA yang tahu pada siapa akan diberiNYA.............
Berbalik pada raya ni aku nak masak apa ek......? kuih raya sebijik pun tak dak lagi tahun ni pun tak oder sebarang kuih pun ,dok tanya diri nak beli ke nak buat? pandai ke aku buat biskut? resepi tak gaduh banyak segala mak- nika ada buka aje buku saji,rasa, nona ,mingguan wanita k.liza ,mat gebu semua ada....... nak buat dgn tak buat , rajin n segan n malas..............Tengok dalam seminggu terakhir ni kalu malas juga jawabnya kena cari la kat sapa sapa yg dok buat kuih raya tu.......... yg dekat rumah aku ada pun ada 2,3 org yg dok buat tentu depa ada stok lebih kan!!!!!!
Raya tahun ni aku rasa macam biasa aje tak pun tukar apa-apa yg baru semua serba lama apa yg ada pakai yg tu aje la........tahun ni abang pun tak balik cuma kami 4 beradik aje lagi pun nak meriah rumah mak........ rumah aku tak tau sapa nak datang ? aku pun nak bercatuk kat rumah mak la....... tempat senang cari nasi + lauk .
Tuesday, September 1, 2009
nak masak apa?
Aku baru balik dari Bangi semalam sampai awal pukul 2 dah pun sampai bertolak dari bagi pukul 9 pagi so tak singgah mana pun so cepat la sampai.aku pi bangi hari jumaat,lepas sembayang subuh mula pack brg pi la.... so anis pun balik kami pi satu family,aku ni jadi rindu bila tak pi rumah bangi sebulan sekali tengok rumah .kebetulan mak n ayah ada sana tapi tak dan nak buka puasa pun rumah adik- adik aku.hb aku tak nak pi .dia lebih suka buka kat rumah sendiri dan cari lauk ala kadar kat pasar ramadan Bangi.so kami buka kat rumah aje. ajak anak pi rumah adik -beradik aku pun anak -anak tak nak.so apa ada makan aje la.......dah mlm hb nak pi sembayang tarawih pulak .
Mujur la aku pi rumah aku,kalau tidak tak tau kata paip air aku tak jalan yg selama ni aku mandi pun air dlm tank besar bila air dlm tank habis air dah tak naik kat atas ,kelam kabut aku cari org buat paip air .so mujur pemaju tu dok ada lagi dok maintent lagi so bila repot pagi tu mereka cepat- cepat datang baiki so sekarang air dah jalan elok tak la tersumbat lagi .... patut pun aku dapat bil air tak yah bayar pun.....hari tu nak keluar KL pun jadi lambat la sikit. bukan nak beli apa, cuma anis nak beli buku dia sana.di sini memang tak ada. kat KLCC kinokuniya semua ada buku photonik co's dia pun ada .harga sampai 500 lebih ,tak tahan aku mahai sangat .......... so beli buku apa yg betui nak guna aje la.....so mama dia pun selit juga dua novel lagi pun abah yg tenyeh......... hehe...........
Hari ni nak masak apa ek.......? buntu la......... semalam dah balik awal pun malas-malasan pun mai la.dah pun pi cari kat pasar ramadan nak makan gulai batang pisang pun dah jumpa...... kebetulan aku ni tengah cuti....... so apa lagi buka hidangan awai la........cari oblong kat anak -anak ,black paper kat apiq n ayong .bawa alia tanya nak makan apa pun tak tau ikut mama aje..... sup perut utk abah pun beli. lain beli air buah n teh ais untuk anis....... tu aje. nak beli pun nampak mcm tak selera nak makan buat membazir aje....... kuih -kuih anak aku tak berapa makan abah ada agar n betik pun dah cukup.
ni mula dok pikiq nak masak apa pulak ,rasa nak buat sup cendawan kat abah ........ tapi anak -anak apa pulak ye.........sian anak aku..........