Sunday, June 15, 2008

MEMOGRAM (KANSER PAYUDARA)

Hati berdebar-debar sekarang tak tahu pasal apa? kekadang aku rasa takut sangat rasa macam nak mati. dalam kepala ni memikirkan macam-macam .aku sebenarnya, nak check dan nak buat memogram (pemeriksaan payudara)tapi aku takut.bila dengar kawan-kawan cerita aku takut juga buat ujian tu, bukan tak sakit.sakit.bila time Dr kepit payudara kita. bila aku ajak kawan aku semua mereka suruh aku pergi dulu.mereka tak sanggup aku asyik mengak aje .nak pergi ke tak? usia dah 40 aku rasa baik pergi check mana tahu pergi masa sakit sangat dah tahap ke 4 dah tak leh buat apa dah, dah tunggu masa.aku ni ada la rasa sakit sikit pada tempat tu tapi tak tahu la pulak sbb bila aku nak dtg period aku rasa sakit sangat.bila aku sakit aku mula sensetif sangat,sedih rasa macam nak mati tak lama lagi.kesian kat anak -anak ,amalan tak banyak macam-macam rasa.air mata mudah sangat mengalir.sedih sedih tawakal dan reda dengan ujian NYA. aku hanya mampu berDOA agar Allah panjangkan umur ku,moga ku berserah pada Allah.Hidup dan mati ku semua ditangan NYA"Allah ampunilah dosa-dosa ku

Tuesday, June 10, 2008

KEPUTUSAN EXAM ANAK- ANAK KU

Keputusan peperiksaan anak -anak aku telah mula di ketahui maklum exam ambil sebelum cuti sekolah. sekarang sudah tentu result dah banyak dah tahu.anak aku si apik yang kecik dah tunjuk markah markah nya BM pemahaman dapat 71 dapat B .yang lain alhamdullilah dapat A apa yang aku tak sangka hari ini ,Apik bawa balik mate dapat 98.bestnya aku dia dah mula faham tapi Apik memang malas baca buku dan buat latihan dlm buku latihan yang aku beli, dia cuma buat itu pun seminggu nak exam kalau tidak jangan harap.si Angah (alia) bila aku tanya dapat keputusan periksa cuma ok aje dia takut aku marahnya.sekolah selalu balik lewat mcm study tapi entah study entah tak asyik sembang dgn geng.semalam baru dpt english dapat A.yang lain tak cakap pun tah tah dpt ,aku yang tipah tertipu.hari tu alia ok juga examnya bila aku suruh kekal prestasinya, dia cakap tak leh kekawan banyak dah mula berlumba
maklumlah sek kluster.walaupun from 1 sekolah dia dianggap sekolah harian yang terpilih kat perlis ni.Ayong(anis)belajar pun ciput ciput dapat result pun ciput ciput saja.malas belajar pun main-main sambil tidur.otak boleh tahan, tapi kemalasan amat tinggi.aku tak tau nak jadi apa anak aku yang seorang ni.hobi nya membaca buku kalau tengok buku cerita satu bilik penuh aku pun naik takut. beli buka sanggup beratus ringgit.buku bahasa Inggeris.aku hanya dapat berDOA untuk kebaikan anak-anak aku. segala usaha dan melakar kehidupan mereka,mereka sendiri yang menentukan.apa akan jagi masa depan mereka.setakat ini anak-anak aku alhamdulilah ............Syukur......kepadaNYA.

Monday, June 9, 2008

HANYA KAU YANG MAMPU - Aizat

Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku….

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh…
Aku cinta oooooooo…

kapan adanya lagu mengenai "AKU?

My orchid n cuppy fish trerapy

Itulah hobi ku dan menyenangkan jiwa dan melapangkan fikiran ku.orkid dengan color yang menarik begitu juga ekor ikan cuppy yang kembang beranika warna cukup aku suka.walaupun aku cuba nak berhenti membeli orkid dalam zaman nak berjimat cermat tapi bila sampai ke nesery orkid aku dah mula nak gile di buatnya.semalam aku N my hubby ke satun (Thailand) saja jalan-jalan dalam keadaan minyak naik harga tapi kat siam minyak lagi mahal harga mencecah 420 bart sama dgn Rm 4.20 utk satu liter itu sebab siam berlumba -lumba ambil minyak kita bertong tong.
Balik pada siam, sempadan wang kelian aku dah nampak gerai jual orkid .orkid hutan aku suruh hubby aku stop aku terus melangkah ke gerai tersebut dapat 3 spesies jenis apa aku nak tahu sangat aku malas nak fikir paph, den,vanda ,catelya dll apa yang aku berkenan dan tak dak kat rumah aku aku beli aje. murah RM 34. aku ni tak pandai nak masuk gambar kalau tak aku dah masukkan orkid -orkid yg menjadi perhiasan my house.cuppy pulak memang tangan aku panas kata orang bela ikan ni tak pernah nak membiak ayik mampus aje orang lain kalau beli sekali membiak beribu ribu. aku jangan harap selalu mampus. tapi dah minat aku tak pernah putus asa.......

Tuesday, June 3, 2008

PENAT (ASMA) DAN ALERGI

Sudah 4 hari aku tak sihat dan hari Ahad lepas aku ke KMC .rasa badan macam nak penat(asma ) dalam usia menjelang ke 40 tahun ni aku dapat penyakit asma pulak bila bernyawa pun tak lepas tambahan dengan batuk batuk aku tak memikir panjang terus ambil ubat , aku ni sebenarnya terlupa yang aku tak leh makan ubat deman ,batuk dan selsema walaupun sebiji panadol, aku dapat alergi(alahan ubat) apa lagi aku makan saja ubat tak sampai 2 jam badan aku mula rasa gatai yang amat sangat tumbuh bintik bintik merah mcm kena demam campak naik halus seluruh badan satu badan merah mcm udang bakar.aku dah stop buat biar dia baik sendiri.bila tak makan ubat ,cuma minum air biar banyak cuma sekarang dah kurang sikit tapi merah kat badan stay ada.

Sunday, June 1, 2008

CECAHKAN DAHI MU KE SEJADAH

Cecahkan dahimu kesejadah
Bersihkan lah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solat lah kamu sebelum kamu di solatkan

Tutuplah auratmu sebelum aruratmu di tutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir merintih

Selepas itu kamu akan diletak kan di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah
Dengan empat kali takbir dengan satu salam
Berserta fatihah selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

Tapi apakah empat kali takbir dapat menebus
Segala dosa meninggal solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud mu yang telah luput?
Sesungguhnya tertipu dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian muslimim dan muslimat
Usunglah diri mu ke tikar solat
Sebelum kamu di usung ke liang lahad
Menjadi makanan cicing dan ulat

Iringilah diri mu ke masjid
Sebelum kamu diringi ke Pusara
Tangisilah dosa- dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izaril yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan



Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap berpijak di bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru ,sambutlah seruan Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jalailah kamu insan yang mempunyai erti


Ingat lah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok idik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agong dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakan lah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambut lah seruan ‘Hayya “alas solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal itu amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada guna harta,takhta,isteri@suami
Kad kredit,kereta kondominium
Saham dan niaga ,
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah di dunia

AN DAI KU TAHU - UNGGU

Andaiku tahu
Kapan tiba ajal ku
Ku akan memohon
Tuhan panjangkan umur ku

Andaiku tahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan ambil nyawa ku
Aku takut akan semua dosa dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andaiku tahu
Malaikat akan menjemput ku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa dosa ku
Aku takut akan dosa yang terus membayangi ku

Ampuni aku dari segala dosa dosa ku
Ampuni aku menangis ku bertaubat kepada padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga…………….

Andai ku tahu kapan tiba ajal ku
Izinkan aku mengucapkata taubat pada mu
Aku takut akan semua dosa dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangi ku………

Wednesday, May 28, 2008

kesal dan sedih

Sepatutnya hari ini aku dah pergi Penang dengan hubbyku dan pada pagi esok aku nak terbang ke Bangkok dengan AirAsia. alih alih hubby ku tak nak pergi takut bahaya kerana dia fobia apabila kami ke KL 2hari lepas kat Sungai Wang Plaza kami telah di pukau oleh sekumpulan warga Filipina habis duit kami lesap dengan sekelip mata tanpa berkata apa pun dan tanpa menjerit.kesal dan sedih nak bercuti hancur berkecai!!!!!Dan hari ni duit aku akan terbang lagi sebab tak pergi Bangkok .Hubby ku dalam keadaan fobia lagi ......................

Friday, May 23, 2008

Hati seorang mama

mama yang tak pergi kerja
mama yang kecewa dan bosan tak kerja
pabila mama telah berhenti kerja

mama yang rindu gelak tawa kawan-kawan
mama yang ingin bertekak dengan kawan-kawan
mama yang tersenyum senyum bila memerli kawan-kawan
mama yang mudah sedih mendengar cerita kawan-kawan

mama yang jiwanya kosong
mama yang fikirannya kosong
tak terisi dengan IT
tak terisi dengan akaun dan repot

mama yang sibuk mulutnya pada anak-anak
mama yang jadi driver ambil anak-anak balik sekolah
mama yang suka tanya macam-macam mengenai hal sekolah
mama yang naik angin bila anak-anak tak buat kerja sekolah
mama yang tension bila bertengkar dengan abah.

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails