Thursday, December 24, 2009

SHANGHAI - CHINA 11

layan la malas dah nak tulis tulis......










Atas criuse tingkat 2 tertutup tak la sejuk sangat atas sekali terbuka sejuk la angin.......

naik criuse pada waktu malam background tower kat belakang














Tower kat shanghai semua pakat mai ,pelancong mai nak tengok secara dekat





nak snap gambar pun terketar- ketar nak buka sarung tangan.view yg sangat cantik



masa kat sini sejuk sangat dengan angin kuat -2 c suhu buat aku nak terkencing terketar -ketar
memang tak tahan sangat.aku belah cepat selepas tangkap pic 7,8 kpg.

Wednesday, December 23, 2009

catatan perjalanan 1 china


aku dah seminggu balik dari china balik dari melancong aku pi dengan hb aku. tapi kali ni aku pi berdua aje...... anak- anak tak bawak konon nak honeymoon yg tak dak honey lagi.........dah tua dah apa yg seronok sangat tapi rasa enjoy tu tetap ada.........terutama bab shopping menyopping ni .tapi bila pi dengan travel agensi ni paham paham aje la jadual lawatan tempat kilang kilang di bawah kerajaan china ni wajib pi jengok.menyapah pun tetap kena pi juga walaupun kita tak nak beli......kilang jade,pearl,teh,urutkaki kedai ubat kilang sutera dll ,tembok besar semua nak kena pi itu wajib.
sebenarnya aku dah pi dah china pada 2006 bawak anak -anak so tahun ni depa buat pi 3 tempat bejing ,shuzho dan shanghai tu yg aku pi pulak tu .dulu aku pi beijing saja. masa sebelum sukan olympics dan stadium sarang burung pun dah siap sangat cantik.

nanti la aku cerita lain org mai rumah pulak........ chow dulu........sorry nanti saya sambung...........



















tak larat la nak load pic banyak- banyak saya tangkap lebih 300 kpg semuanya.......








BISMILLAH

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua a wan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

ALHAMDULILAH.................


sama-sama kita menjadi keredaan "NYA'

Thursday, December 10, 2009

B l u Rr r rR.........

Rasa tak sedap badan pulak aku ni ,rasa macam nak demam pun ada sakit kepala semalam pun dok sakit gak asyik dok tonyoh minyak cap kapak aje....kat dahi ni. dengan tak lalu makan dari petang semalam.beli bihun sup kat pasar malam pun tak habis semalam. pagi tadi aku hanya makan telur separuh masak aje.

Letih buat kerja apa la sangat,cuma sekarang ni asyik hantar alia aje pi tusyen ,tu pun cikgu tu bagi jadual tusyen tah apa -apa kejap dtg 10.30 ,kejap pukul 10.00 hari ni pulak suruh datang pukul 9 pastu habis subjek mate.pukul 1 sambung subjek sains aku pi hantar pukul 1 elok sampai rumah tak sempat nak duduk, alia call kata kelas sains cancel.tak ke geram aku.........cik gu tu tak tahwan sungguh.ni kerna nak cari ilmu kalu tidak aku dah angin satu badan dah......atur jadual kalang- pukang.

Perut aku sehari 2 ni rasa tak selesa aje mungkin aku payah nak "membuang" buat perut aku rasa sebu....... angin terlampau banyak.......bila makan ubat nak henti henti pulak....... sampai aku jadi lembik ulang alik ke toilet.,lagi tak habis apa yg ada dalam usus ni selagi tu la sakit nak keluar......ni la dugaan penyakit aku.......

Monday, December 7, 2009

Singapore.....

kalut.......kalut..apa yg buat aku tak memblogging sehari 2 ni aku pun tak tau sampai nak buka n/book pun tak sempat....... yg pasti aku dah mula hantar alia tusyen dan dok, pon cik gu tusyen tu minta jadual.apiq dia tak mau pi tusyen lagi nak rehat katanya
.


Hari jumaat lepas ,muzhar ,muniff ,fiza n miffzal balik ,bawak balik kereta aku ,dan balik mai makan kenduri kawan satu ofis depa kawin,aku tetap dengan hal aku juga dok cari duit nak bawak bekal duit nak pi china minggu depan tu yg dok pusing cari duit lebih tu....... ada la org bagi kerja ciput -ciput.

pic yg aku pi singapore hari tu pun tak masuk lagi ,sebenarnya aku pi singapore raya ke 3 hari raya haji tak la seronok manapun cuma dah janji dengan anak-anak bawak la ....juga tapi anak -anak aku tak enjoy pun pi sana tidur cuma semalam saja nak beli apa pun kena pikiq 2,3 kali mahai satu hal aku convet dgn duit rm pun sesuatu benda tu masih mahal lagi .aku nak beli yg branded sikit pun tak berani.so hanya pi cuci mata,ronda shopping mall ,Ion,lucky plaza esok hb aku ajak blah.........







Yang aku beli pun baju yg tulis singapore kat anak-anak aku dan anak buah. aku souviner fridge magnet tu yg aku wajib beli tiap kali aku pi o/seas satu lagi plate souviner . so layan pic-pic yg aku pi singapore ..............

Thursday, December 3, 2009

DALAM KENANGAN TOK 3 TAHUN,

Hari ni genap 3 tahun tok meninggal - Al fatihah .Rasa rindu teringat kat tok masih lagi dok dalam kepala ni.tak leh lupa saat tok jatuh angkat tok bawa naik atas kereta hantar tok pi Hospital dok ada dalam jiwa ni.Darah banyak sangat jatuh pun pada tengahari tok dengan Nisah(bibik)lepas sudah makan nasi tengahari tok nak ke bilik dia nak sembahyang zohor

Tok sakit sangat masa aku bawa dia pi hospital ,dalam perjalanan aku tanya tok sakit,dia dah dok mengerang sakit bila sampai Hospital kena jahit.bayangkan org tua yg tak pernah kena jahit dan tak mau pi hospital .masa tu sapa pun tak ada cuma aku dan bibik aje.mak aku masa tu dok rumah adik yin kat bangi. ayah pun tak dak keluar........

Lepas jahit dok dah boleh keluar tapi apa boleh buat dengan orang yg sangat tua hanya tulang dan kulit dan kurus pulak.taok aku yg kuat tu pun tak tahan sakit...... dan malam tu tok aku dah tak leh cakap ...... terus koma...... dan hari tu juga aku nak ke KL tapi hati aku berbelah bagi .......

Aku terus juga ke KL tapi Hati aku hanya Allah yg tahu.......... sampai ke bukit merah aku dah tak tahan aku ajak Hb aku patah balik aku dah tak leh nak kawal diri aku ......... dan tok telah di bawa ke Hospital dengan Ambulan .pada tengahari .petang tu juga aku terus pi hospital dimana tok dimasukan dalam ward masa tu nisah dok tunggu tok.dan mak dan adik -adik aku semua dalam perjalanan balik keperlis.dalam masa yg sama adik ipar aku doktor dok pon doktor yg periksa tok aku memantau keadaan tok aku .

Lepas tu tok aku masuk di ICU dan aku pun berkampung kat ICU .keadaaan tok aku tetap sama ,doktok mintak kami nak tebuk kat tengkuk tok aku.tapi aku tak tau ,aku serah semua pada niza dia doktor.tebuk juga. aku jangan cakap la aku dah tak leh nak tatap wajah tok waktu tu sebab aku tau tok aku sakit ,tok aku mesti tak mau kalau dia boleh cakap ,dia selalu kata nak mati kat rumah bukan hospital jangan bawa pi hospital. bila keadaan tak berubah hanya tunggu Allah menjemput tok aku di pindah ke wad biasa dalam bilik khas satu katil.disitu la pulak kami berhimpun. hinggalah pada malam 3.12.2006 jam 4.45 pagi tok telah pergi bertemu dengan pencipta NYA.
AL FATIHAH - EMBUN BT DAHAMAN (*22.07.1922 -03.12.2006)

Aku tahu kesakitan tok,aku tahu kesusahan tok.aku tahu gembira tok ,aku tahu sedih tok sebab aku selalu berada dengan DIA yang menjaga aku ,dan bila aku dewasa aku mengambil tanggungjawab itu menjaga DIA,

MOGA ALLAH TEMPATKAN TOK AKU DI KALANGAN ORANG -ORANG YANG BERAMAL SOLEH MASUKKAN DIA KEDALAM SYURGA MU...........YA ALLAH

Tuesday, December 1, 2009

Dah boleh pi LCCT dah........

saya dah balik kampong ,kangar sampai petang tadi,memula tu ingat tak nak balik lagi nak balik dengan adik saya muzhar jumaat ni .tapi hb saya tak kasi saya n apiq balik dengan depa so balik sekali dengan dia alia ,dan anis.saya tinggal kereta saya kat sana tu yg tak nak balik lagi tapi hb saya beria -ia suruh balik dengan dia.hari jumaat ni muzhar bawak balik sekali kereta saga kontot saya tu........

Lama juga saya dok bangi kali ni 10 hari dan sempat juga saya simen belakang rumah dan depan rumah saya yg laman hanya sepotet tu.... habuan nak sidai kain tak yah ada rumput langsung tak larat nak cabut bila pi saja dok kena cangkul rumput panjang .nampak la lapang sikit bila boh simen tu.

Masa saya dok sana selain raya dengan family saya disana saya pi jalan juga la dan saya pun dah mula berani bawa kereta area bangi dan boleh pi dah sampai ke airpot LCCT ambik hb saya yg mai petang raya ke 2 memula tu memang la cuak juga walaupun sebelum ni 2,3 kali saya pi airpot hantar hb saya tapi dia yg bawak balik pun saya ada co-driver adik saya tapi kali ni saya ambik hb saya dengan anak-anak saya saja . adik saya semua ada urusan hari tu... redah je walaupun takut...... dan was -was kebetulan hari sabtu hari tu hujan ,petir,guruh ya Allah, tuhan yang tahu........ takut yg amat........bertentum detam kuat kilat dok panah........ada 3,4 fuis saya rosak tak leh pakai . kilat sambar....... pastu hb suruh gak pi ambik dia bila hujan mula reda.....

kebetulan jalan yg saya dok pi ambik hb saya kat jalan nak masuk sg merab banjir kilat pulak celah tu.........air tinggi sangat nak masuk bawah jambatan tu...... kira kereta tak leh masuk langsung ingat nak pi la kut belah sek.teknik.sepang so saja terpaksa pi kut belah teras jerniang

Yang syoxnya memula tu main pakai ikut kereta depan main ikut aje ........ saya dok cakap dengan anis rasanya" mama biasa ikut jalan ni tapi tang mana simpang? , pak cik muzhar biasa bawak kita kan...........so sampai satu simpang tu dia tulis KLIA dengkil rasa -rasa betul so saya pun melaju la kereta pi so saya pun terus dan terus........ terus jumpa roundabout dan jumpa... dan saya dah berjaya sampai LCCT ambik hb saya tapi flight hb delay saya sampai pukul 5.30 flight sanpai pukul 8.00 mlm sabor je la janji sampai.......tunggu mujur En polis tak bagi surat saman.so suh saya parking tempat khas lambat sangat.tapi anak-anak saya cakap mama bawak kereta kali ni sopan santun.berhemah. mama bawak tak macam di perlis macam pelesit.belah lampu merah ikut dan aje. saya cakap tempat org mama kurang arif lagi nanti la selalu ha baru tau sapa mama ......... ha...... ha...........

tapi kan bila balik saya dah tak...... jadi driver ,hb saya yg drive sampai ke roundabout dia dah sosat........ masuk ke jalan h/way bangi punya la jauh...........boleh buat satu pusingan pulak.nak nak salah hb saya pun tak guna malam tu gelap sangat.............

Glitter Text

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA KORBAN


Dah lama dah saya duduk kat bangi ni dengan mak saya dan adik beradik yg lain.dari sekolah mula start cuti saya dah gegas pi KL nak jumpa mereka rindu sangat.tapi saya tak sempat pun buka notebook ni sibuk sangat mengalah menteri....... sibuk apa saya sendiri pun tak tau apa yg saya buat........asyik baca novel kut dok perabis satu buku ke satu buku........


rutin saya tetap sama macam dok kat perlis hari- hari basuh kain baju ,lipat kain dan ada masa saya jalan dgn hb saya .anak-anak tinggal kat rumah je .apiq pi rumah adik saya ,mak tok ada sana .cuma hari ahad hari tu saya ke genting saja abah dia org ajak jalan lama tak naik genting. di sana apiq bosan gila sebab tak main apa cuma pi makan makan so turun balik lepas makan .


Glitter Text

Friday, November 20, 2009

Akhir Persekolahan

Memula sekali Mama nak ucapkan Syabas,Tahniah pada anak-anak yang berjaya dalam UPSR 2009 juga pada mak bapa yg bertungkus-lumus memastikan anak-anak mereka dapat 5A .saya happy sangat dengan kejayaan anak -anak tak kira anak siapa pun apapun asalnya bab pelajaran anak -anak. ibubapa sekarang kalau anak -anak nak ambik periksa besar mau tak tidur termasuklah saya sendiri dan bila result nak keluar lagi la kecut perut.

Bila dengar radio kata pencapaian UPSR banyak dapat 5A uh...... bangganya saya budak sekarang pandai-pandai tak macam saya dulu.semalam saya sain repot card apiq kat sekolah bertembong pulak dengan ibubapa amik keputusan anak-anak mereka ,saya pun tumpang terharu ,gembira bila anak -anak melompat dapat 5A. sekolah apiq 34 org dapat 5 A.

Hari ni sekolah last persekolahan anak saya pergi sekolah macam biasa ada abah dia orang mana boleh mengalat. saya boleh la......... tidak bagi abah dia orang .

saya pun terpaksa kemas rumah lebih sikit sebab saya nak ke KL besok awal pagi saya terpaksa kemas pasai nak tinggal lama .walaupun hb saya kata nak ulang -alik nak balik mai sini tapi saya tak harap sangat org lelaki nak kemas rumah lagi kotor ada la.........berselerak dengan kain baju tu sah.

Sat gi ambik apiq,alia sekolah saya tahu anak -anak saya akan senyum memanjang dah tak pi sekolah dah HOrey............horey............ beban nak baca buku ,nak buat kerja sekolah dah berakhir kali ni buka komputer,games,Tv 24 jam la naik lagi la bil letrik saya bulan ni dah la hari tu saya tak puas hati dengan bil letrik saya yg mai hantar cara pos .pas tu bila suruh check lain pun yg lam a masih mcm tu jugak/.

ok chow.......... nak jemur kain mesin dah berhenti dah bunyi pun......

Wednesday, November 18, 2009

AKTIVITI RABU

Yes.... yes..... anak aku 2 org tu ponteng sekolah ,sapa ajar..... mak dia yg ajar ,....perangai huduh kan mak depa tu......

Sebenarnya aku segan nak hantar anak-anak aku ke sekolah lagi pun tak dak buat apa dah kat sekolah tu...... ada yg bawak games,card , anak aku hari- hari usung chess si apiq la sapa lagi ,dok lawan dengan kawan .... gamak nya dah habis dok lawan dengan kawan dia pun segan dah nak pi sekolah.alia lagi la pada dok sembang merapu -meraban taktahwan hala biaq la dok lena rumah......

lagipun pagi ni hujan tak berhenti pun asyik ujan aje renyai-renyai syoxkan buat taik mata ,mujur tak terbabas subuh aku bangun juga pastu aku sambung ZzzzZZZ....... sempat juga aku sambar kain -baju kotor baling dlm mesin n putar.......... aku bangun pulak dah boleh jemur tapi kat porch aje tak leh bawak keluar...........

Pagi tadi pi lagi pasar sehari(nat) beli belacan,rebong,daun palas dan kuih-kuih utk sarapan anak anak aku ......... semalam aku ke nat selasa pi cari daging dan tulang nak bawak pi kat mak ada saja kirim tiap-tiap hari mak aku pon suh beli yg tu yg ni. lagi.......... aku tak pi kat dia termasak ipar aku fiza taip hari pesan beli tu beli ni........macam nak borong semua kat nat tu mcm la kat Bangi tu tak dak juai apa semua hak perlis nak junjung bawak pi sana....... hikss......

Ni sat gi nak pi airpot, nak amik hb pulak nak perderas pulak pi kepala batas.............bila hb balik, esok aku tak jadi driver belah pagi dah boleh la bermalasan skit......sikit je........


Glitter Text

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails