Monday, February 23, 2009

KESIAN AYAH

Lama tak tulis n3 ni. kelam kabut urus banyak pekara dan baru -baru ni ayah aku masuk ward kat Hospital Kangar buat operation postat.Kesian ayah aku dah tua -tua ni macam -macam penyakit yang hingap dah la lelah (asma) seumur usia.gaout .lagi darah tinggi pun ada.so kesian ayah aku dah umur pun menjangkau usia 73 tahun. mau tak mau, selagi bernyawa terpaksa la ikhtiar.aku memang tak bagi ayah aku operate. tapi dia kat sakit dan pada hari jumaat lepas ayah aku selamat di operate. dan apa yang ada ketulan kat badan ayah aku semua nya di buang.

ayah aku di benarkan pulang esoknya mujur adik aku kat KL balik lega la sikit bab nak hantar menghantar urus -mengurus boleh bahagi 2 kalau tidak aku sorang yg kena handel semua.
tak baik betul pun hospital dah dicash keluar walaupun ayah aku masih sakit kira balik rehat kat rumah aje la..........

Tak pa la aku tak la nak gegas tengok ayah kat hospital cuma pi kat rumah mak aje. ni pun adik muzhar dah balik ke KL .anak dia miffzal pun asyik demam aje .tak tau la budak tu selang sehari asyik demam aje.aku macam aku la , bz . tambahan pulak sekarang ni asyik panas yg melampau sampai aku tak berani keluar rumah cuma sehari 2 ni baru hujan lega la sikit masa anak- anak aku bersukan memang panas terik.aku pun tak bagi anak aku masuk apa-apa acara sebab panas sangat takut pengsan pulak......ni pun ada kerja nak buat tapi dah lama tak tulis n3 ni ada benda nak taip so aku taip la.....

Friday, February 13, 2009

BIBIK LAGI......

Pulak dah,kisah si bibik aku lagi, 2 hari lepas sebelum hasben aku nak mi meeting kat KL tanya si bibik aku nak kerja lagi ke tak?@nak sambung lagi nak kerja pulak kena jantan jugak tanya ?kalau ibu singa ni memang tak mau .takut nak minta gaji lebih minta tambah RM 50 lagi kat laki aku.dekat aku tobat tak minta aku ni berkira sikit.so aku saja buat buat bodo tak tanya balik kat dia masa hubby aku infom kat aku kata Nisah nak kerja lagi,so semalam lepas hubby aku balik aku tanya la so dia cakap nak sambung ,nampak gaya tiket firefly aku nak burn macam tu aje....

Ni aku nak siap duit lagi nak nak perbaharui levi pulak.untuk setahun lagi fommema tak yah dah dia dah duduk lama dgn aku .tapi sekarang pun dia buat kerja pun macam biasa jugak ,aku pun nak bagi lain undang ungang baru kat bibik aku tu lama sangat dok ada yg terajin dan ada yang termalas nak buat terutama bhg celah celah almari yang belakang tu banyak habuk.dok megilat aje nak buat.......
aku pun sekarang ni sibuk sangat sepanjang minggu ni mana yg sukantara sekolah alia yg pergi dan balik nak pick-up ,mana syafiq yang sehari dua lepas masuk game catur MSSps perlis yang sekolah dia tak dak wakil cuma dia seorang saja masuk aku yg pi hantar n tunggu dia lawan sambai habis game selama 3 hari .anak aku tu kalah asyik nak bebal aje so ambik kunci kereta tempat lepas geram menangis la sepuas hati, pastu dah ok masuk pulak lawan round seterusnya amat lucu tengok telatah apiq kalau menang tu senyum pulak duduk table corot sikit tarik muka,aku pun tak paham apiq seorang tu,just ok la dia pun baru umur 10 tahun ada masa lagi yg lawan pun semua umur 12 tahun ada 3,4 orang yg muda .aku ingat nak hantar syafiq class chess kat dia sebab dia minat sangat nak main chess ni,aku pun dah jumpa cikgu yg bakal latih dia.nak harap nak main dengan kami dlm rumah ni jangan harp sapa pun tak nak main dengan dia w/pun abah dia terra main chess.apa-apa pun study la yng penting.

Monday, February 9, 2009

KATA PUTUS

Hai,lama juga tak tulis n3 ni aku sangat malas dan nak tulis pun tak dak modai nak cerita apa.hari ini teringat pasai ada orang dok talipon aku tanya bibik aku yg nak habis kontrak dengan aku tu,dah 2,3 orang tanya aku samada aku nak sambung lagi @ tak. sebab depa nak ambik bibik aku tu....... so tadi sekali lagi aku tanya dia samada dia nak kerja dengan aku atau tak mau, walaupun tiket flight dah beli .so bibik aku cakap dia dah tak mau kerja dengan aku. aku ada juga dengar dia nak kerja di tempat lain tapi dia tak habak kat aku ,apa pun dia nak balik dulu kut.so yang tanya- tanya tu bukan apa depa ingat senang kut lepas kerja dengan aku ,so lepas tu pi rumah depa pulak .kira lagu tu kut kiranya aku pun bukan paham sangat bab-bab imigresen ni sebab masa aku amik dia dulu semua diuruskan oleh agen yg buat siap kat aku .so aku tak pi pun pejabat imigresen ni.imigresen ni sangat la leceh....... macam -macam hal depa tanya tambah pulak imigresen belah kangar ni.......
So aku pun dah kata kalau dia nak continue dgn aku pun tak apa,kalau tak mau maknanya aku dah tak nak bibik lain dah aku nak amik org cuci selang sehari saja.dah dia tak mau sambung dengan aku dah nak kerja dengan orang lain lantak dia la..... aku tak kisah sangat. aku dah cakap apa-apa pun lepas dia balik Indonesia maka tamat la kontrak dia dengan aku so sapa nak ambik dia urus la sendiri dengan bibik aku dan dgn majikan baru dia dan imigresen .aku malas dah nak jadi agen tak bertauliah.
kata putusnya maka 28 ni terbang la bibik aku tu dan aku dah tak dak bibik lagi jadi aku la bibik pulok........

Wednesday, February 4, 2009

Teringat kat tok

Malam tadi shidi telepon habak kata tok Jah meninggal dunia,tok jah tu kita jiran lama kami di kampung aku, masa aku kecil-kecil lagi .bila ayah aku beli rumah taman so kami semua tinggal di rumah Taman Perumahan .so rumah usang aku tu masih ada, tapi Arwah tok aku bagi orang tu duduk saja tanpa sewa bulan. tok jah ni sangat pembersih orangnya.dulu aku selalu pergi beli apam lengang sebujik 5 sen saja.sebelum aku pergi sekolah,tok jah buat jual Apam lengang.sekarang apam lengang dah sebiji 30 sen.rumah Tok Jah sangat bersih.zaman tu payah nak cari rumah yg sangat bersih luar dan dalam rumah.sampai aku takut nak masuk rumah dia.pada zaman tu.

Bila shidi habak aku tak la terasa apa-apa maklum la sakit tua.tapi masa aku nak tidur aku mula la teringat sangat-sangat dekat arwah tok aku.aku tak leh nak pejam mata langsung terbayang arwah tok depan mata aku.aku baca fatihah, baca kul huwallah, pun tak boleh tidur juga,air mata ni tok sah cerita la tersedu-sedu aku nangis.sampai hubby aku tanya ? aku cakap aku teringat sangat dekat tok.mungkin tok jah sama tua dgn tok aku @ tok aku lebih tua .

Sampai bila- bila pun aku tak boleh lupa tok aku dan aku selalu sangat ingat kat dia sebab dia biasa bela anak aku dan jaga aku.aku terlalu rindu sangat dekat tok aku. AL Fatihah tok moga tok berada disisi orang yg beramal soleh. Dari NYA kita datang dari NYA kita di kembalikan,itu pasti.

Sunday, February 1, 2009

PADANG BESAR

http://www.myspace.com/index.cfm?fuseaction=postto" target="_blank"> HTML content to post goes here (e.g. text, images, objects, etc.)

" /> http://www.myspace.com" /> Post to MySpace! Share on MySpace!



Semalam aku pergi ke Padang Besar, setelah selesai menghantar alia ke sekolah .kami pergi pun dah lewat around kat pukul 11 lebih.singgah dulu ke kedai makan tok mek. makan pagi + makan t'hari sekali ingat hati nak makan kat padang Besar tapi hubby aku tak mau pulak.mula tu kami plan nak pi Haddyai rasanya mesti org dah tak ramai dah, ramai yang gerak balik lagi pun dah nak bukak sekolah dah.so hubbby aku tak nak pi haddyai. sekarang panas sangat kat sini .bila drive lama-lama sikit hubby aku dah mula sakit kepala.so aku segan nak drive walaupun highway.lagi pun aku tak la terdesak sangat nak pi. duit siam aku cuma ada 1500.bhat saja aku dah malas dah nak tukar-tukar.ni pun duit balance aku pi bangkok hari tu.....
kami masuk dalam Padang besar so kena cop boder pass la dah masuk pekan siam,ingat orang ramai dalam pekan siam tu.... rupanya tak dak orang pun......... mungkin orang ada di haddyai kut. aku nak beli apa memang tak plan. kalau ahad ada la pasar sehari.macam macam ada jual sayur ,ikan, buah ,dan pokok- pokok.ni apa pun tak ada. so aku masuk kedai -kedai yang selalu aku masuk aje terutama kedai antie supermarket tu.sekarang banyak barang mahai aku pun tak teringin nak beli sangat cuma aku beli bedak yang cooling fresh aje bagi hilang gatai -gatai kat badan.aku cuma ambik key chain yg gantung kartun kartun kat alia & syafiq .nak beli baju pun harga mahai -mahai sangat tak padan dengan baju siam letak pun mahal .so antie tu tanya mengapa lama tak mai aku cakap takut kena bom.dia cakap sini tak ada apa, belah atas aje yang takut .malas dok lama dalam pekan siam dlm 1jam aku n hubby pun chow balik..... singgah sat kat nuseri orkid yg selalu aku pi tak dak orkid pun. mungkin dia dah tak jual dah terbengkalai aje yg ada yg nak mampus je...... tokeh tu pun pi mana pun tak tau. yang aku geram tengok orkid tiger berpasu-pasu besoor........sebesar sepemeluk orkid utan tu..........geram aku tengok macam nak angkat boh dlm kereta aje

Aku balik terus dalam pukul 1.45 call alia samada ayong dia dah pick-up dia kat sekolah tapi anak-anak aku lagi cekap depa dua beradik tu pi tesco A/setar pi beli sushi katanya dah lama tak makan sushi teringin sangat..... aku memang tak harap ayong drive jauh-jauh tak harap dia tak cekap sangat bawak.taku tak pernah lagi naik kereta dengan dia walaupun anis selalu ajak aku naik kereta dengan dia.mamang aku tak confident kat anis.

No comments:

Thursday, January 29, 2009

Sepanjang cuti raya Cina

Awat tak tau mahmud (mood) kemalasan nak taip n3 ni,walaupun aku berjalan sepanjang cuti raya cina ni aku pi berjalan la juga.tak pi mana pun aku mula cuti hari sabtu tu aku pack la baju selai dua nak pi kononnya ke cameron highland tapi yang pi hanya dekat penang aje so pi jalan kat airport.cuba -cuba tengok tiket nak pi Jakarta @ Medan pun tak jadi.so balik aku bawak anak aku pi kat Queenbay aje. so hampir senja aku ingat nak la tidoq di penang last hubby terus naik Jambatan chow balik rumah.geram aku.......
so raya cina isnin tu aku makan kenduri rumah bapak saudara aku .sepupu aku kawin.so aku nak la snap gambar dapat snap satu dua tau tau bateri aku pulak kong.aku layan la sat tetamu datang lepas tu dekat pukul 2 aku pun chow la.aku kutip -kutip la lauk kenduri serba sebungkus pastu aku chow la........petang aku pi la pulak, pi ambik mak aku yang bertungkus lumus kenduri rumah adik dia.ambik lagi lauk kerana lauk banyak tak habis.
semalam aku keluar lagi pi penang jugak aku pi beli tiket firefly,bibik aku dah nak balik terus pada hujung bulan 2 so aku pun ambik tiket kat dia tanda terimakasih aku kat dia berkhidmat dengan aku 3 tahun aku pun tak nak sambung lagi anak aku dah besar-besar dan apa la kerja yang banyak sangat cuma kain baju aje nak lipat n setrika.aku pun dah mula dah cari orang yang nak kerja dengan aku balik hari atau selang sehari.aku dah tak nak bela orang dah aku malas. hubby aku dia nak ambik org lain tapi aku dah tak mau.so aku nak tengok dulu lepas bibik balik macam mana? lepas aku beli tiket aku pi ke Queenbay lagi ,aku cuma bawak apiq seorang aje dia pi kedai mainan Toys r us beli Bidaman dia.so aku dah 2,3 x dok round kat kedai crocs nak beli kasut tu tapi mahai sangat hanya kasut getah aje. aku buat tak tau aje. tapi hubby aku tanya "awat tak beli dah teringin ?so hubby aku masuk kedai aku pun menuju je la..... so hubby aku pun dia beli 2 pasang. dia kata kasut ni sedap pakai n ringan so aku pun tumpang lekat sama kasut aku kat cashier.lega ku......dapat jugak.......
Rasa nya esok @ lusa aku nak berjalan lagi,tapi kali ni ke Hadyai @ satun kut... he...he.... syok pasai nak pi cari orchid la..... lama tak beli. tak pun hari ahad ni kat wan kelian .ada orchid utan .walaupun aku tak berjalan jauh pun kali ni tapi janji aku keluar selalu dari rumah,tak la aku tension sangat janji aku pi berjalan ..........

Tuesday, January 20, 2009

Buku Abd.Jalil Ali


Pernah baca buku motivasi ?ni kira buku motivasi la juga untuk orang dah kawin,nak kawin dll buku yang tengah aku dok layan sekaran ni buku dari Alaf 21 penulis Abd.jalil Ali TEH TARIK KURANG MANIS.sebelum ni dia pernah terbit Asam Garam gula & kopi .aku suka baca buku jalil ali ni penuh bersahaja dan kekadang apa-yg kita lalui hari hari terutama suami isteri amat bertepatan sekali.kira buku ni himpunan dalam majalan sri dewi keluarga,pesona dll.bagi aku yg tak kerja sangat buku ni aku layan la........


Masa aku mula beli buku ni hari tu Hubby aku dok hairan awat aku asyik dok kelit buku ni pi rata sampai ke tempat jogging ikut dia ,aku tak jogging pun hubby aku seorang saja.aku dok baca aku dok gelak seorang- seorang.so hubby aku tanya "awat yang syok sangat buku tu.... aku suruh la dia baca tapi dia tak minat pada mulanya .so lepas aku baca dia pun mintak kat aku tanya mana pi buku yg mama dok baca dia nak baca ........ so last dia pun tertarik gak......


Buku ni mengimbau masa aku kerja dulu dengan kekawan aku yang sekepala dengan aku pasai apa? sebab kami boleh dok bicang balik apa yg penulis ni tulis banyak gelak pasai semua yang dia tulis 98 % ada dekat kami.boleh kata kena batang hidung tong...tong...tong.....

Aku mula dapat buku teh tarik kurang manis ni aku call best friend's aku di opis lama aku kak Norsiah walaupun dia sibuk dengan kerja-kerja account tapi dia paham apa aku nak cerita kat dia bila aku habak buku keluaran Abd.jalil dah keluak.dia tak sabar nak baca so aku cerita serba sikit kat dia dia pun punya la gelak besar..... dia kata" hang tau dak buku tu boleh aku hilang tension aku bila aku balik rumah " buku sebelun tu Asam Garam gula &kopi.

Pada cik Meen,akak dah dapat buku tu...... best tau........Walaupun aku suka baca buku novel -novel keluaran AlaF 21 .cuma 1,2 penulis saja yang aku berminat.terutama aisya sofia.tapi dia dah lama tak keluar novel mungkin dia sibuk urus anak-anak dia.

Pada kekawan yg baca n3 aku ni pi la beli tak rugi buku tu dapat banyak info berguna .aku promot pun aku tak dapat apa pun.... sekadar menambah ilmu laki bini.so apa lagi........ layan la......

Sunday, January 18, 2009

BIRTHDAY GIRL ALIA


petang tadi aku telah buat party birthday alia yang ke 14 ,dah besar anak dara aku tu.....sebenarnya birthday dia pada 14 Jan hari tu tapi waktu sekolah dan pada hari rabu Alia balik sekolah pukul 4.00 ptg aku tunda pada hari ni kek birthday aku beli pada 14.jan.aku ni punya la lupa satu gambar pun aku tak snap aku dok sembang dengan 2,3 orang yang datang terlupa nak snap.aku masak semua sendiri dasyazzz juga aku tapi tak ramai dalam 20 org aje.kawan alia ada la <> 10 orang n 2,3 orang kekawan aku saja.aku cuma masak bihun,puding roti dan kek chocolate aje n aku beli nugget aje.dan mak aku buat bubur asyura semalam so sekarang bulan muharam buat la bubur asyura untuk menjamu orang.

sorry ,no gambar tak dak gambar makan-makan pun tak dak ,so elok-elok aje bila habis semua makan pun habis.tak membazir langsung.alia happy sangat walaupun dia jemput kekawan ramai tapi datang tak semua tapi dia dapat hadiah banyakkkkk.....nyang paling dia syoxxx..... dapat Rm banyak kekawan aku datang banyak bagi RM <> 200 juga dapat so tahun depan dia suruh aku buat lagi .party ni aku buat macam kenduri kesyukuran la juga kenduri kat budak-budak.sama dengan bulan Muharam ni kan......

Girly Comments & Graphics

Sayang anak Mama
ALIA SYUHADA
ke 14

Girly Comments & Graphics

MY LOVE

Monday, January 12, 2009

Tahun gawat aku.......

Tahun ni aku mula rasa, tahun kegawatan bagi diri aku ,apa yang aku dapat kerja -kerja sebelum ni satu-persatu dah tak dak."projek-projek kecik -kecik orang dah tak bagi dah ..... biasa la kan tukar pemerintah dah bulan 4 tahun lepas tapi bahang tu aku dah mulai rasa tahun ni.hikss....... tapi aku tetap bersyukur apa yang aku ada n apa yg aku cari selama ni n aku tak pernah lupa @alpa pada NYa .

Maklum saja kan perlis ni kecik apa yang dapat pun hanya ciput -ciput saja lagi pun pemerintah sekarang tak macam Tok Dan umul Albab tu semua dia sapu dan semua dia mintak kat PM, MB dulu kan hemoi" lagi tak malu so ada la juga perkembangan perlis tu..... tak la lembab mak dai aje......... now aku rasa perjalanan n pergerakan ekonomi perlis dah mcm tahap 70an-80 an ikut pemerintah la, ni hak la .....macam puppet tak reti nak buat apa, bukan dia arah org tapi.....org lain arah dia .pemerintah sekarang hanya makan duit gaji jadi MB.so dah pekak lagi bodo dia sendiri tak dapat tambah lagi la org kecik mcm aku ni lagi la...tak bulih......

Aku ni dalam kepala sehari dua ni dok pikiq bab apa? kalau bukan bab $$$$$$ pasai apa banyak yang nak buat kelauq dari nak masuuuk...........Dulu aku rasa senang aje ada duit tapi aku rasa la ni payah jugak nak dapat duit dalam erti kata lain nak bersenang -senang saja.....@ nak enjoy sikit sikit .dulu aku tak yah nak pikir apa ,aku nak aku main beli aje tapi aku bukan membazir apa yang aku beli aku pun tahu yang mana aku rasa perlu aku tak. yang dok membazir n beli tak hatwan hala tu hubby aku pakai main rembat aje ,la ni....... dia pun tak berani nak belanja sangat- sangat takut aku marah.
Aku ni memang tak kisah nak pakai baju apa, blouse apa ,asai cantik n sedap pakai kira ok je...... baju aku pun banyak aku beli kat padang Besar aje,tapi sesekali bila aku pi KL tu aku akan borong la juga baju n seluar Mark & spencer sekutu isarel tu masa tu aku tak tau lagi org nak boycoot brand tu..... kan nak buang kut...... aku beli tahun lepas, org boycoot tahun ni jadi org bukan tau aku pakai brand apa.tapi hobi aku yg aku rasa tak leh buang tu aku suka beli handbag n sandal. aku ada 3 handbag branded coach,gucci n Dkny yng ni memang ori yg tak ori tu aku beli berlambak semuanya tu pun mahai sampai RM 150 - 300.ni la duit aku dok habis apu pakai pun bukan lama......... sebulan 2 aku dah tak pakai but aku tau yg tu tak ori hanya jenama saja yg gah........bila aku pikiq balik amat la sayang aku buang duit, but hujung tahun tu aku cakap kat hubby aku aku tak mau dah beli yg tak ori aku nak pakai yg ori lagi branded tu......so hubby aku cakap" aku hanya pakai handbag mahai pi market,nat (pasar sehari) n pasai tani sapa la nak tengok aku pakai branded ke tak? bukan pasai org nak tengok lagi pun org perlis ni tak reti nak belek belek tengok branded ke tak, cuma seorang dua aje yg perasan termasuk aku yg suka belek handbag org bukan nak curi cuma tengok kut jauh aje.....jeling jeling manja gitu.......so tak kisah la kan duit dah keluar habis pi dah .la ni aku kena maintain duit aku tak keluar banyak..... aku bukan ada gaji tetap yg ado tu ....... laki la.........
so tahun ni aku nak jimat cermat la sikit.... tang berjalan,makan angin kena pi jugak tang shopping tu kena la juga sbb shopping tu terapy aku walau pun pokok orchid sebatang.kut kena pelan pelan pi berjalan overseas la tu pun tak leh buat drastik sat gi aku jadi tak tahwan hala pulak dah dok biasa tau -tau nak stop terus.aku sangat -sangat syukur pada ALLAH bagi rezeki aku banyak tu.......kIRA ALLAH bagi banyak la kan setakat tu ........... apa yang aku dapat n apa yang aku senang selama ni aku tak pernah lupa pada NYA ,doa aku tak pernah putus -putus moga ALLah selalu mempermurahkan rezeki aku dan keluarga aku.tapi kalau ada kesempatan aku ada rezeki lagi aku akan ke Mekah lagi tahun ni ,aku nak buat Umrah kali ke 2 Moga ALLAH mempermudahkan aku n keluarga aku.INSYALLAH .

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails