Friday, July 18, 2008

apa apa aje

Sampai bila? sampaai kapan? pastu !!

Monday, July 7, 2008

Sushi


Hari ni aku belajar buat sushi boleh la tahan walaupun tak berapa kemas dan cantik.rasanya jadi la..jugak dapat anis dan alia makan dapat dua gulung aje.Dah lama anis minta sushi kat aku tapi aku tak sempat nak bawak dia kat Tesco Alor setar.so sampai anis dah masuk U semula aku pun pergi cari bahan-bahan nak buat sushi ni.anak aku ni pelik sikit makan ikut selera yang kekadang tak dak kat Perlis ni.aku cari resepi ni kat internet aje dan apa yang tak dak aku main bantai aje,di Kangar mana ada semua benda-benda ni. aku cari beras jepun tak ada,cuka jepun pun tak ada.so aku pun tanya kat Tokeh cina yang jual seaweed tu dan bamboo mat ada pulak jual.aku ikut semua dalam resepi tu cumanya aku masak nasi biasa dan aku campur setengah beras pulut nak bagi melekat sikit dan cuka jepun tak dak aku masak cuka makan kita dengan gula putih dan garam didihkan bagi gula larut.itu aje so aku pun bubuh timun sikit, telur dadar, sikit udang,aku celur isi ketam,salad dan gulung aku tanya anak aku so dia kata not bad. cicah dengan kicap jepun wasabe aku tak bubuh nanti anak aku tak tahan pedas.

Monday, June 30, 2008

SYUKUR PADA MU 'YA ALLAH"

Syukur pada mu YA ALLAH" aku panjat penuh kesyukuran pada MU yang memberi aku bernafas lagi
walaupun aku insan hina banyak berdosa pada MU tapi doa aku di penuhi jua.Hari ini aku telah pergi ke KMC Kedah untuk buat ujian Memogram bagi mencegah kanser payudara tapi alhamdulilah,
ternyata aku bebas dari kanser tersebut .telah acapkali aku bertagak untuk buat pemeriksaan tapi aku takut akan keputusannya.tapi hari ini aku gagahi jua kerana aku kadang kala sakit pada tempat tersebut, mungkin urat,yang menyebabkan aku sakit.aku drive pulang kerumah dengan hati yang lapang kerunsingan selama ini telah padam.kalaupun aku sakit tempat tersebut aku tak ragu-ragu kerana keputusan telah aku dapat dan aku perlui ulangi setahun sekali.biarpun di KMC agak mahal tapi aku puas daripada aku pergi di hospital kerajaan.yang free entah bila nak tunggu giliran aku.lagi tak sampai tahap4 baru nak scan.itu lah hospital kerajaan sekarang.
"YA ALLAH,sihatkahlah badan ku,YA ALLAH, sihatkan lah pedengaran ku,YA ALLAH,sihatlah penglihatan ku tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Engkau,YA ALLAH,sesungguhnya aku berlindung dari ENgkau dari kekufuran,kefakiran dan siksa kubur.Tiada Tuhan yang patut ku sembah selain Engkau.YA ALLAH ampunilah dosa -dosa ku...syukur akan nikmat yang ENgkau berikan pada aku sekeluarga.Syukur.....Syukur......Syukur....

Saturday, June 28, 2008

Arwah Tok (EMBUN DAHAMAN)

Ini gambar Arwah tok aku yang meninggal pada 3.12.2006.terlantar sakit kat hospital selama 11 hari.akibat terjatuh .Tok aku yang membela anis semasa aku berkerja dahulu dan ikut aku semasa aku berkerja kat kedah, dan tinggal bersama aku.Anis cicit sulong Arwah tok aku .sangat sayang pada Anis.aku kekadang terlalu rindu padanya dan aku memang rapat dengannya.kasih sayang nya pada aku dan anis tak dapat aku luah dengan kata kata.semalam aku teringat nak ke kuburnya dengan anak anak aku tapi alia pulak balik lewat aku tak jadi pergi tapi apa pun aku sentiasa berDOA untuknya .semoga rohnya di cucuri rahmat.Al fatihah.ini gambar terakhir semasa hari raya pada 2006.walaupun tok aku telah lanjut usia .Arwah tak pernah nyanyok dan gigi masih penuh.banyak pantang larang.di sayang oleh kami 5 beradik dan cicitnya.senang menjaga, tak banyak kerenah.tak menyusah orang.kuat beribadat.sampai sekarang aku tak pernah buang atau usik pakaiannya masih dalam biliknya dalam almarinya.apabila aku rindu aku akan membelek-belek kain batiknya.pakaiannya aku cuma mengambil sepasang telekong hariannya,baju kedahnya dan sehelai kain baiknya menjadi pakaian hariannya masih lagi berbau minyak angin.

Wednesday, June 25, 2008

testing lagi......











saja nak try bubuh gambar lagi nak try tanpa bantuan anis nak jadi ke tak?ni orkid hutan aku yang beli kat wang kelian hari tu. sekarang bunga dah gugur.last sekali rumah orkid aku .yang minat tanam orkid mai la sembang dgn aku.kita kongsi cerita kat mama beli? kat mana jumpa?

Tuesday, June 24, 2008

Try bubuh gambar


PERCUBAAN YANG PERTAMA

masa kat Mekah,nak balik ke Mina melontar hari ke 2

Monday, June 23, 2008

kucing oh kucing dan tuan kucing

Pagi ni aku geram betui dengan jiran jiran yang membela kucing yang tak pandai jaga yang tahu hanya bela dan biar .iman aku yang lama aku jaga, sejak bergelar hajah ni rasa macam nak maki aje ......bila kita memekit buat pekak saja jiran aku tu buka pintu pun dak pada hal hari ni semua orang pagi nak pi kerja. tengah aku syox syox nak tidoq balik lepas siap syafiq.Bibik aku si Nisah kejut aku suruh aku ubah kereta kat porch kata kucing beranak bawah kereta,aku apa lagi meloncat la... aku geli-gelaman. mana nak muntah aku suruh Ayong ubah kereta, mujur hari ni ayong bangun awal.habis lekat darah pada kasut aku clark,sliper alia yang baru dan kasut kasut yang ada kat rak kasut dia sapu. aku dengar Nisah pun termuntah muntah nak buang anak kucing yang baru beranak berapa ekor aku tak tau?dia kata anak kucing tu dah mati beberapa ekor .aku suruh bibik aku dan ayong tolong nisah aku dah tak tahan. aku bila ada kat luar asyik naK MAKI saja jiran aku tu tak leh dah tengok muka.kalau nak jadi Abu Hurairah nak bela kucing pun bukan macam ni.ni tidak bela berpuluh ekor berak rumah orang merata lepas tu bila kita hambat kucing dia nak marah kat orang.aku suruh pi buat rumah banglo tak yah dok taman.ni la jadinya taman rumah kecik kalau nak bela apa pun.lama dah aku dok simpan mulut leser aku ni lama aku balik mekah.tapi dengan keadaan macam ni aku dah tak tahan.buat aku seorang aje merungut mana rumah sebelah dan lain-lain rumah yang tak bela kucing semuanya merungut bila hujan bau tahi kucing nak air kencing kucing.kembang hidung. ada dua buah rumah kat taman kami yg bela kucing banyak banyak.Geram aku.rasa nak aman sikit mesti ada gangguan.kan nak pindah kut balik dok rumah kampong.anak-anak aku tak nak.aku pun tak nak.kat kampong rumah nak la besar sangat,kalau nak duduk kena renovet lain tambah bilik dan lain lagi banyak belanja.aku cadang nak tmbh lgi rumah aku kat bhg atas nak tambah bilik sbb si syafiq tak dak bilik .bikik aku dah duduk bilik dia.syafiq pun dah tak selesa dok bilik aku shere.tengok lah macam mana nak buat dlm perancangan hubby aku asyik dok postpon. duit dia aku ni akitek tak bertauliah itu ni semua aku suruh.hubby aku dok marah mana nak cekau duit ini nak buat itu nak buat ingat kaya ke.......anakanak aku terutama si ayong cukup tak suka kalau bising bia ada nak renovet tang mana-mana tak tahan kata dia ganggu dia tidok.

Sunday, June 22, 2008

NYAMOK AIEDES @DEMAM DENGGI

Tengah aku syox dok main game Feeding Frenzy game ikan aku.mai jabatan kesihatan habak dia nak sembur nyamok denggi dikawasan perumahan kami ada rumah yang kena demam denggi tu yg depa mai sembur tu. sat lagi kut pakat kena satu taman tak kes nanya....tu depa dok habak suruh buka pintu depan dan keluar dari rumah aku tak keluar pun dan aku pun tak buka pintu buat-buat tak dak orang .bukan apa kalau depa sembur dalam rumah ubat tu bau kuat sangat habis lantai rumah jadi meleket dan nak kena mop pulak .cumanya simpan makanan bagi elok kut nyamok tak ko kita dlm rumah yg ko.time ptg macam ni hari minggu pulak aku jarang keluar rumah Hubby aku ajak aku pi jogging aku maleh,sbb aku sakit perut asik keluak masuk toilet aje tu yang tak mau pi tu hari toilet bilik aku,aku pajak. "angah anak aku tanya? apa yang mama masuk kerap sangat mama sakit ke? ini salah satu penyakit aku.yang susah nak baik.so tuntuk tahan sakit aku kena tidok sat. jgn makan ubat sgt aku tak leh makan ubat. dah bila semua dah lawas dlm perut dah kosong baru aku rasa sihat sikit aku lepak kat sini main game dlm komputer ni dan baca blogger org syox sangat tengok gambar depa anak-anak depa aku nak buat tak tak reti lagi nanti aku nak suruh ayong ajar aku bubuh gambar -gambar aku.teringin jugak nak interprem.macam depa tu.tu dah pelan -pelan nak habis dah depa sembor ubat nyamok bunyi dah pelan kurang aku segan nak turun kat bawah biar aku dok kat atas saja.kat pukul 7.00 ptg dah nak magrib pun.sat lagi anak -anak aku yg dok kat luar tu nak masuk.dah nak malam so mlm ni aku masak nasi goreng aje sikit nasi putih utk hubby.dia ni tak makan sangat biar anak- anak aku aje makan dia nasi dan lauk lauk lain ni yg leceh.hubby aku kata dia makan paling sempoi tak dia yang paling payah lauk kena ada kuah sikit ada sayur sikit ada goreng goreng sikit.senang ke mcm tu tu ...yg paling remeh. bila kata susah dia kata senang kalau nak panjang .....buat aje apa dia suruh sebelum aku pun tak naik hot....

Thursday, June 19, 2008

MOLITA ELECTRIO TREAPY

Inilah mesin yang aku dan mak pergi mengurut (boleh kata mengurut) sbb mesin ini bila kita duduk dan membuang toksik dalam badan dan melancarkan perjalanan darah kita so far ok juga sebab buat tiap-tiap hari. b'coz free.nak beli mesin ni RM 15000.00 so mahal kita dtg tiap-tiap hari buat dari pukul 9.00pagi hingga 6.30 ptg. sesiapa yang tak dak kerja, free time byk yang datang.untuk 1/2 jam @45 minit 30 tempat setiap sesi mengurut.ada satu batang benda tu nama dia pen apa benda tah lupa pulak.tempat mana kita sakit samada belakang ke dada ke letak tempat sakit kekadang boleh lega banyak dah tesimonia yang mereka pelekat kat dinding tu dah baik pada sakitnya.mak aku sangat teruja kerana sakit dia dah mulai kurang.aku tak nampak kesan lagi,mak dah ada tindakbalas,respon yang baik.sekarang mak tiap-tiap pagi call aku pukul berapa kita nak pergi hari ini?takut tak sempat buat.apa pun kurang- kurangnya mak aku sihat tak la asyik sakit kepala aje.aku pun tak boring sangat memerap kat rumah memanjang.

HAPPY BIRTHDAY ALIF SYAFIQ

Hari ini besday apiq anak mama, umur dah 9 tahun.Dah besar dah, tapi tak sunat lagi.nanti tahun depan kata sunat dia.mama tak kasi hadiah apa pun kat apiq cuma bagi kat kawan-kawan kat sekolah kek,wafer,cokelat dan jelly itu aje bubuh dlm plastik kasi kawan kawan dlm kelas.hari ni apiq cakap dia tak nak ke tusyen mlm ni sbb birthday dia.aku tak bagi green light lagi. kalau bagi melampau.bagus juga apiq tak nak birthday party.jimat duit aku .bagus anak mama ni nak susah mak pak.anyway hari ni nak beli pizza @ KFC makan family aje.malam tak yah masak.sememangnya alif syafiq budak yang kurang nakal jika di banding dengan budak lelaki lain.aku pun tak pening kepala nak fikir pasal dia keluar rumah atau ke mana.dia cuma keluar main pada pukul 5.00 ptg dan balik pukul 7.00 itu pun main bola depan rumah dan main chess.jarang membantah tapi tak tahu pulak bila dah besar ikut kawan-kawan.minta minta simpang jangan jadi pelik pelik .lelaki pun sekarang kena kawal juga.apiq tahu kan mama sayang apiq sayang sangat sangat. HAPPY BIRTHDAY TO ANAK JANTAN MAMA SEORANG.

Anda minat apa?

Related Posts with Thumbnails